Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Author name: Ibunda

Stairway to Heaven

Aku tersedar dari tidur sambil tersenyum memikirkan bagaimana aku menghurai makna ghaib tadi kepada teman-teman walau ia cuma di alam mimpi. Ternyata mimpi juga bukan sesuatu yang boleh di kawal minda di bawah sedar. Nah, manusia mempunyai mata hati yang berbeda. Mereka melihat hantu namun aku melihat ruh yang beriman (righteous soul). Stairway to heaven itu adalah mimpi yang benar.

Laisalaha mindunillahi kasyifah

Suatu malam di waktu aku kegeringan, aku melihat jasadku berzikir nafas dengan “Laisalaha mundunillahi kasyifah” sedangkan ruh melayari mimpi di alam lain. ketika ruh kembali ke jasad, aku mendengar zikir ini dari NAFAS ku sendiri.

Bapa kembali ke Rahmatullah

Aku melihat kasih cinta Allah kepada ku dan bapa melalui kalimah zikir Basmallah yang ku miliki. Hanya Basmallah yang ada bersama ku lalu ku hantar sang bapa ke rahmatullah dengan zikir basmallah.
Itu petanda bahwa Allah telah memilih cara kematian terbaik buat bapa.

Huruf Hijaiyyah di Langit

Masya Allah. Apakah keagungan Allah yang ingin di sampaikan dari alam sana? Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan pada huruf-huruf itu pelbagai rahsia. Inilah firman yang hidup… dan semestinya Aku tidak harus tergopoh-gopoh menghabiskan suatu ayat sebelum waktunya….

Pintu Lauhul Mahfudz Tertutup…

Pengetahuan dan Suratan tertulis dalam kitab Lauh Mahfuzh tidak akan kamu jumpai setelah kematian mu. Ilmu mu habis disini, di hari kematian mu. Jika tiada perhitungan di buat semasa hayat mu, kamu tidak dapat kembali ke Negeri Langit.

Itu sudah Ter-TULIS

Kamu rasa cukup dengan memegang teguh syariat Islam kamu akan ke Syurga? Tapi kamu masih punya marah, dendam, hasad, ego, sombong, ujub, riak. Kamu masih cemburu dan iri hati!. Bagi mu ini lapisan sifat-sifat didalam diri, bagi ku ini adalah spirit yang harus kamu buang dari diri mu! Kegelapan itu belum di suci sebelum mati mu!

Beginikah rasanya sebuah kematian?

Apa benar begini rasanya saat peluru menembusi ruang dada ku. Tulang belakang terasa sejuk teramat dan seluruh tubuh lemah gemalai. Mata tidak bergerak lagi … Hati berkata apakah aku sedang di ambang kematian? Terdengar suara wanita di sebelahku, memegang kepalaku lalu berkata, ‘keluarlah Ruh dari jasad …dan kembalilah engkau kepada Allah’ …

Solehah, Makhluk Suci

Siapa Solehah? Pabila tersedar dari tidur di subuh hari, aku melayari maksud mimpi ini. Ku pasti wanita yang bernama solehah itu bukan siapa-siapa tetapi adalah amalan ku sendiri. Solehah itu adalah amalan kebajikan yang hidup dan boleh berkata-kata. Solehah telah menceritakan hal keberadaan ku, dan ia adalah suatu bukti bahwa Solehah mengenali ku.

Hari Kematianku

Pada malam itu, Aku sedang berdialog dengan seseorang, mungkin malaikat atau sosok arifbillah. Namun suara itu adalah suara seorang lelaki. Kata ku, “Khabarkan kepada ku tentang hari kematian ku, supaya diri ini tahu dan bersiap sedia”. “…katakan, bila hari kematian ku?”. Dia berkata, “ Mu mati muda, lebih awal dari teman-teman mu, dan usia mati mu 59 tahun”..

Keagungan Bismilah

Aku melihat asap awan berkepul di langit membentuk suatu rupa. Aku melihat tiga manusia yang terbentuk dari kepulan awan tadi dan mereka adalah manusia yang tinggi mencecah awan. Seorang wanita di tengah, dua lelaki kiri kanannya. Sungguh tinggi mereka sehingga aku terpaksa mendongak ke atas. Aku berlari-lari untuk mengambil gambar. Lalu wanita itu datang menghampiri ku. Rupanya dia hanya setinggi aku.