Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Huruf Hijaiyyah di Langit

Bagikan Post Ini :

Sedang aku menjalani hikmah dari ilmu mimpi yg lalu, setiap solat ku bertukar menjadi bicara lagu. Sebaris ayat didalam bahasa Tuhan (arab) ku lantuni sebaris lg maksudnya membisik ke dlm hati. Solat ku menjadi lebih panjang dan khusyuk.. Kerna keasyikan ini , aku mengambil surah-surah baru yang panjang lalu ku hafaz dan fahami maksudnya, supaya lantunan bicara menjadi sangat peribadi.

Pada bulan Mac 2016 aku bermimpi sedang melihat langit…. sekali lagi huruf huruf hijaiyyah muncul di celah-celah awan… tapi warnanya bercahaya kuning kemerahan (jingga) seperti tembaga. Cuma huruf tersebut agak berselerak di lantai langit. Kekaguman pandangan menjadikan kaki ku kaku..dan tidak kuat utk berdiri lalu aku terduduk. Setelah itu, digagahi bangun dan solat 2 rakaat sebagai tanda kesyukuran.
Anehnya aku solat dgn pakaian yg ku pakai , ….tidak berhijab.
Ketika sedar aku menyebut Allah Maha Kuasa, Allah maha Kuasa….

Tersedar jam 4.30 pagi. Masyaallah, langit disini masih gelap… pasti aku berada di alam terang yang lain sebentar tadi.

Semenjak itu aku kokohkan kaki ku berdiri lama di atas sejadah. Aku takut kaki ku tidak kuat berdiri di hadapan Allah Maha Kuasa.
Masya Allah. Apakah keagungan Allah yang ingin di sampaikan dari alam sana?
Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan pada huruf-huruf itu pelbagai rahsia.
Setiap kali Allah berfirman dengan huruf hijaiyah, Dia menyatakan ini adalah ayat-ayat kitab yang jelas dan nyata bagi mereka yang bertaqwa.

The Quran has knowledge of everything, it is in the Huroof , no one knows them except Hakims of the ummah.
Everything has a secret, and every secret has a key, and the key is Bismillah ar-Rahman ar-Raheem.

Begitulah bermulanya amalan ku, hanya dengan zikir Bismillah ar-Rahman ar-Raheem sehingga ayat-ayat yang lain hadir mengikuti ku.

Aku kembali ke helaian mukasurat ini di tahun 2021. Ku dapati ayat masih tergantung di sini mungkin kerana aku tiada ilmu pengetahuan tentang hakikat huroof yang terlihat di langit. Entah di langit mana ia berada, namun inilah pengalaman ruhani melihat kebesaran Allah.
Setelah di perlihatkan kepada ku keagungan Al Quran, huruf –huruf hijaiyyah merupakan Qalam Allah yang hidup. Maka itu sebabnya guru mursyid yang arifbillah meminta agar murid-muridnya HATI-HATI tidak membaca AlQuran seperti membaca kitab, jika tidak mengerti maksudnya.
Al Quran bukan cerita-cerita lama kaum itu, kaum ini, nabi itu nabi ini. Al Quran itu ‘HIDUP’ dan ayat-ayat (His Words) adalah sesuatu keajaiban yang bisa menjadi pelindung mu, tentera mu, pengobatan mu, penyejuk hati mu dan menjadikan kalbu sering bicara dengan mu tentang Allah.
Berhati-hati jika membaca Quran kerana hati yang gelap akan membinasakan mu.

Al Quran mempunyai 92 ayat tentang neraka dan 62 ayat tentang syurga.

Tahun 2016-2019 Allah telah memberi izin dan ruang kepada ku untuk berdampingan dengan ayat-ayat Al Quran sebagai pengubat hati dan kesepian. Inilah firman yang hidup… dan semestinya Aku tidak harus tergopoh-gopoh menghabiskan suatu ayat sebelum waktunya….
“Maha Tinggi Allah yang sebenar-benar. Dan janganlah engkau tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan kepadamu, dan berdoalah: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku” Taha 20:114.

Kata Guru ku, hanya sepatah kalimah sudah memadai. Hidupkan Basmallah dalam diri mu nescaya ia akan menjadi pembantu mu di akhirat kelak.
Walau petanda nya sukar kau dapat, janganlah kau berputus asa. Teruskan dengan kesabaran kerana yang namanya Ilmu tinggi itu pasti hasilnya lambat berbuah dan buah itu pasti yang paling enak diantara buah-buah yang lain.
Begitulah dengan kejadian Basmallah.
Kalimat Basmallah merupakan refleksi prinsip KeESAan Ilahi. Kebergantungan seluruh anekaragam kepada Yang Maha ESA.

Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir raheem.
Sebahagian para Ariffin menegaskan, dalam perspektif makrifat kepada Allah, Bismillaahir-rahmaanir-raheem itu kedudukannya sama dengan ‘KUN’ dari Allah.

Walaupun Al Quran menceritakan hal neraka lebih banyak dari syurga, namun ayat-ayat hidup ini membawa nikmat syurga lebih banyak dari ketakutan neraka.
Allah Maha Besar, mengurniakan rasa nikmat syurga kepada manusia yang memiliki ‘Quran hidup’ di dalam jiwa.
Jangan nafi adanya tanda-tanda syurga yang kamu rasai didalam petunjuk mu.
Ya Rabb, jadikan lah diri ini hamba Mu yang terbanyak mengucapkan Bismillah ar-Rahman ar-Raheem di bumi dengan izin Mu.
Redha akan aku dan sempurnakanku..

Subscribe For Latest Posts