Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Malaikat Bersayap Putih

Bagikan Post Ini :

Beberapa bulan terakhir 2021 berlalu dan aku masih bernafas di bumi. Ku sangka kematian ku semakin dekat dengan penyakit misteri itu. Namun Allah memanjangkan usia ku, mungkin khabaran MATI itu bukan sekarang, lupakah aku jika usia kematian ku itu ’59’ tahun? Belum lagi waktunya wahai Sang Diri. Ini hanya permulaan dirimu.

Kenapa Ya Rabb? Kenapa ku hilang keyakinan tentang usia kematian ku, saat ku sakit?

Berdosa kah aku kerana SYAK dengan mimpi ku sendiri?

Nah manusia itu sememangnya takut dengan kematian ya Allah, itu termasuk diri ku.

Rabbi, Engkau berkehendak ku HIDUP supaya aku belajar ERTI MATI sebelum MATI. Begini kah Kau menghidupkan diri ku yang BARU? Yang akan selamanya tunduk kepada Iradat-Mu?
Jadikan aku wanita yang mampu menakluki jasad dan akal agar mereka ‘kuat’ untuk mengikuti kekuatan JIWA/RUH ku.

Berdiri lah wahai JASAD, ikuti kehendak JIWA ini..berdiri lah sehingga kaki mu tegang dan duduk lah sehingga kaki mu bengkak!!

Hanya Rabb tahu betapa sunyinya hati ku di bumi yang sibuk!
Ilmu ku tiada teman berbicara, apakah tiada wanita di bumi seperti ku Ya Allah?

Aku tidak menemui mereka. Tiada! Mereka tidak melihat seperti ku…mereka tiada keyakinan seperti ku…..mereka tiada mencintai nabi-nabi seperti ku!
Semangat ku untuk hidup di dunia ini telah hilang.

Ya Allah, jika Engkau menghendaki aku hidup semula tolong berikan ku erti kehidupan yang baru dan semangat untuk hidup.
Berikan ku SATU TUJUAN hidup supaya aku bisa memanfaatkan dunia dan seisi nya.

Qudrah ini tidak tidur Ya Allah. Aku mendengar mereka dan menyambung ayat-ayat itu pabila terjaga.

Allah Maha Agung!!

Aku belajar dari DIA yang berjaga malam, tentang ‘Hebrew’ (Ibrani). Semua ayat-ayat Al Quran yang aku mengigau di dalam tidur itu adalah sama dengan ayat-ayat Hebrew.
Apakah dulu ‘aku’ seorang ahli kitab? Selama ini aku memikirkan jika Bahasa langit itu Bahasa Al-Quran.

Tetapi Dia tetap mengatakan Bahasa itu adalah sama. Perbualan yang sungguh luar biasa!
Setiap kali diri ini membaca ayat-ayat Al-Quran (dalam tidur), Sang Ruh Suci (suara yang membimbing) akan mengatakan itu ayat-ayat Injil dan Taurat.

Kemudian ku cuba google ayat Hebrew ini בשם אללה Beshem allah sememangnya Bism allah – In the name of God, All Glory to Allah.
Allah Maha Kuasa!

Allahummasalli a’la Muhammad wa’ala ali Muhammad, Kamasalli a’la Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Dua bahasa yang dituturkan di bawah Arasy Allah.

Aku juga bermimpi diberitahu tentang ‘my new journey’ dan tiket penerbangan (flight) telah ditempah pada 22hb (tidak disebut bulan).

Tarikh kematian ku kah? Berdebar-debar hati menunggu setiap kali datangnya 22hb. Bulan November berlalu, Disember berlalu…namun 22 tidak membawa sebarang tanda!

Pada Januari 2022, pertama kali dalam hidup ini, aku melihat dengan dua mata batin ku, bertemu Sang Malaikat Bersayap Putih.

Dia seorang lelaki, segak seperti wajah darah campuran, kulit putih kuning langsat, rambutnya paras bahu dan berombak. Dia seorang lelaki tinggi. Sambil terapung (floated) di hadapan ku, aku berbicara dengan nya.

Aku berkata, ‘tolong saya cari Isa Al Maseh, saya ada ‘mission’ yang perlu dibuat’.

Ini adalah komunikasi yang sangat aneh seolah-olah tahu kalau malaikat itu bisa terbang laju mencari keberadaan Nabi Isa dari atas langit.

Allahu. Tidak lah ku tahu kenapa JIWA ku berkata-kata begitu. Ya Allah, apakah ‘dalam cinta’ ku kepada Ruhullah sehingga tidur ku menyebut nama-Nya Isa?

The Angel of Virtue (image not relevant)

22 itu adalah nama Malaikat Kebajikan (The Angel of Virtue) dan dia melawat ku bukan pada hari ke-22 tetapi pada 6 Januari 2022.

Jika kamu tidak pernah mati sebelum mati , kamu tidak akan memahami erti kematian dan apa yang telah aku lalui.
SOLAT!! seolah-olah engkau melihat kematian menuju kepadamu.
SOLAT!! seolah-olah hari esok tidak akan muncul lagi.

Andai kamu mendapat nikmat Mati sebelum Mati, kamu akan di lahirkan sebagai seorang yang baru. Hanya mereka yang sudah mati ‘tahu’ rahsia kematian.
Firman yang Hidup adalah Ruh yang mengetahui ada rahsia kehidupan abadi tersembunyi di dalam Kerajaan-Nya.
Aku yakin pertemuan dengan malaikat ini akan membuka pintu-pintu langit buat ku, untuk mengenal Allah dan para malaikat-Nya.

Subscribe For Latest Posts