Mimpi ku menjadi terputus seketika. Ujian keimanan buat ku hadapi telah datang untuk beberapa bulan dan tahun-tahun mendatang. 2015 adalah tahun kehancuran hati ku, ia retak berkeping-keping belum ku tahu andai ia bisa di sambung lagi.
Andai berjaya ku lalui UJIAN ini, pasti Allah akan bangunkan diri ku dengan kekuatan luarbiasa yang tidak mungkin aku miliki tanpa melalui perjalanan kehancuran ini. Andai ku kecundang, aku bakal mengkufuri nikmat dan petunjuk Allah.
Namun apa terjadi beberapa tahun kebelakangan ini, sungguh ku redha dan pasrah. Itulah ilmu tertinggi, ilmu PASRAH. Ubatnya cuma KESABARAN.
Pasti hasil di akhir cerita akan menjadi manis buat ku. Aku mampu pasrah dan sabar dengan dugaan penganiayaan ratusan ribu ringgit, apa lah yang ingin ku perbesarkan dengan dugaan yang kecil? Aku cuma di takdir untuk berdiam diri seketika masa sehingga datang masa-Nya untuk ku hidup kembali. Di akhir cerita pasti kemanisan memori ini terserlah.
Ini ujian terberat ku terima dari Sang Guru.

Bagaimana kamu merasai seperti ‘patah hati’ dari segala yang terjadi? Allah mengingini ku merasai kesakitan itu. Jika kamu seorang yang di kasihi Allah, pasti ujian-Nya bukan calang-calang.
Akan ku taati perintah Allah dengan hati yang tabah. Ditelan mati emak, dibuang mati bapa…begitulah ujian ini harus ku tempuhi di saat ini sehingga tahun-tahun mendatang.
Aku terbuang, di pisahkan dan di tinggalkan. Berdiam diri dari manusia itu lebih baik buatku.
Di saat ku menulis tinta ini, tahun 2021 adalah 7 tahun lamanya aku berdiam diri dari berbicara dengan manusia tentang keagungan Allah.
Jika diberi peluang untuk mengubah semua yang berlaku, aku tidak akan mengubah suatu apa pun, kerana mereka adalah pelajaran buat ku.
Kerana Ujian, aku menjadi Sang Abdi kepada Allah. Tiada satu hari berlalu tanpa aku mengingati-Nya dan sujud kepada-Nya.
Pasti suatu hari manusia akan melihat kebenaran ku kerana cerita hidup ini sangatlah pendek. Yang panjang itu adalah cerita mu di alam barzakh.
Wafatnya guru auliya bukan bererti berakhirnya dunia ku namun itu adalah permulaan perjalanan ku dengan ‘takdir’ yang baru dalam mendekati Allah.
Setiap amalan harus ada pembuktian.
Iqra’ dan baca timeline kamu lagi dan lagi.
Bodohlah manusia yang suka beramal ibadah namun mata hatinya tidak dapat melihat diri nya sendiri. Seperti orang buta mencari Jalan pulang….nescaya tidak bertemu sehingga mati.
Kamu rasa cukup dengan memegang teguh syariat Islam kamu akan ke Syurga?
Tapi kamu masih punya marah, dendam, hasad, ego, sombong, ujub, riak.
Kamu masih cemburu dan iri hati!.
Bagi mu ini lapisan sifat-sifat didalam diri, bagi ku ini adalah spirit yang harus kamu buang dari diri mu!
Kegelapan itu belum di suci sebelum mati mu!
Hanya dengan Bismillah spirit-spirit itu bisa terlucut dari diri mu. Percaya kataku!
Kamu berselawat keatas Nabi, tidak mungkin Nabi tidak mengenali anak-anak nya?
Mereka melihat buku amalan mu yang naik ke langit untuk menerima ‘benefits’ (balasan baik/ujian). Apakah kamu tidak mengetahui jika nabi mengetahui tentang kamu dan kitab mu?
Apakah nabimu tidak bisa membantu mengangkat beban mu? Apakah nabi mu tiada kuasa menyelamat dari kegelapan iblis yang penuh emosi didalam dadamu?
Jadikan pertemuan dengan Allah sebagai doa utama mu didalam solat, zikir dan kebaikan perbuatan mu!
Hidupkan frekuensi getaran solat dan zikir sebagai jambatan mengenali Sang Ghaib.
Bukan kah ini Jalan para Rasul?
Kamu mempercayai hadis dan kitab lama (ancient), namun terlalu banyak ilmu bacaan yang kaku itu (ini salah itu bidaah ini haram) sehingga lupa jika yang Ghaib itu ADA di dalam dirimu sendiri.
Rujuk lah kepada pakar-pakar yang ada didalam dada mu!
Ingat yang pertama, harus jadikan keyakinan dirimu dulu se-utuh nya dan kau TAATI ia.
Kedua, kamu taati Nabi dan Rasul.
Yang pertama itu wajib dan kedua itu akan menyusuli. Jika yang pertama itu tiada, bagaimana kamu bisa memegang keyakinan rasul?
Sedang Rasul lagi Ghaib. Keyakinan mereka juga Ghaib!
Halusi ayat rangkap pertama Al-Baqarah, sungguh kata-kataku ini benar.
Tidak ada sebarang syak bahawa Kitab ini di turunkan dari Allah menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga mereka yang beriman kepada apa yang diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu. – Al Baqarah.
Allah mengkehendaki kamu berpegang kepada keyakinan didalam diri mu terlebih dulu (keyakinan Ghaib) sebelum kamu memegang apa yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul.