13 September 2019 membawa khabar duka buat ku dengan pemergian bapa yang ku hormati. Usianya mencecah 86 tahun.
Pemergian beliau memberi ku suatu petanda besar tentang keagungan Allah. Saat pengakhiran bapa, Tuhan telah memilihku diantara enam anak yang lain untuk membawanya pulang ke Rahmatullah. Namun aku belum menyedari hakikat tentang itu.
Beberapa hari sebelum bapa akan meninggal, naluri ku gelisah ingin bertemu sang bapa dan mengambilnya tinggal dengan ku di Kuala Lumpur.
Walau rumah ku punya tangga-tanga kecil yang banyak, risau jika tangga itu akan menyusahkan bapa namun ku tetap pulang ke kampung, memujuk dia datang ke KL.
Bapa ikuti ku tanpa mengetahui jika ajalnya semakin hampir.
Siapa sangka jika bapa hanya tinggal sehari di rumah ku lalu terjatuh dan meninggal dunia?
Namun Allah telah menetapkan kematian bapa bukan kerana terjatuh pinggul pehanya patah tetapi kerana jangkitan paru-paru di hospital.
Aku melihat kasih cinta Allah kepada ku dan bapa melalui kalimah zikir Basmallah yang ku miliki. Hanya Basmallah yang ada bersama ku lalu ku hantar sang bapa ke rahmatullah dengan zikir basmallah.
Itu petanda bahwa Allah telah memilih cara kematian terbaik buat bapa.
Lembut saat akhir nyawa bapa dicabut..hanya dengan belas kasihnya Allah…hanya dengan kalimah Basmallah, sehingga tiada siapa yang tahu kapan saatnya bapa pergi. Di depan mataku tidak ada satu ombak nafas atau kerdipan mata kesakitan yang di rasai nya. Dia pergi sekelip mata.
Aku disisi bapa dengan zikir Bismillah. Aku melihat tangannya jatuh, hidungnya jatuh dan nafas di tenggorokan. Aku mengikuti lambatnya nafas yang keluar dari mulutnya lalu menghembus Bismillah ar-Rahman ar-Raheem.
Bagaimana pula dengan sakaratul maut ku nanti?…siapakah yang akan menghantar ku pulang dengan Bismillah? Tiba-tiba hati ini menjadi sebak.
Ya Allah, jika tiada siapa yang menghantar ku dengan Bismillah, kirimkan malaikat dan bidadari membaca Bismillah di saat kematian ku sepertimana aku menghantar bapa dengan Bismillahirrahmanirrahim.
… Itulah keagungan Allah, mengajar hambanya sesuatu yang dia tidak ketahui, bercakap sesuatu yang tidak dia terfikir dan terduga.
Kasih sayang Allah kepada ku tidak terhingga, sehingga Dia tidak membebankan ku untuk menjaga bapa.
Allah juga tidak langsung mengubah jadual penerbangan ku ke negara Balkan pada Oktober 2019. Allah memberi izin untuk ku travel, Allah Maha Pengasih!
Sungguh cinta Allah tiada dapat ku ganti dengan dunia dan se-isi nya.
Allah telah menguji ku, saat naluri ku teragak-agak untuk mengambil bapa dari kampung. Jika ‘masa’ itu ku ragu-ragu pasti terlepas peluang berbakti di akhir usia bapa. Pasti ku tidak sempat menitip Basmallah yang agung buat menghantar nya pulang ke Rahmatullah.
Aku tidak menghantar bapa dengan Lailahailallah kerana kalimah ini belum ku miliki.
Sungguh pelik berzikir Basmallah menghantar pulang seorang bapa, namun begitulah pengorbanan sang anak mengetahui jika tiada yang lain terpenting di dunia selain Basmallah bisa menolong sang bapa kembali dengan Rahmat Allah.
Salam sejahtera buat Bapa, semoga Allah merahmati jiwa kami, mengangkat makam kami dan memuliakan kami diantara hamba-hambaNya yang bertaqwa.