Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Beginikah rasanya sebuah kematian?

Bagikan Post Ini :

Malam itu selepas zikir yang panjang, aku sempat berdoa sambil menadah tangan. Jarang Aku meminta-minta didalam Bahasa Melayu kerna doa ku yang panjang (dalam Bahasa arab) sudah mencukupi. Namun malam itu aku berdoa yang doanya diselit selit antara zikir dan diam diri sehingga mengalir air mataku. Ku takut kemarahan Tuhan, ku takut tidak di redhai-Nya.

Doa itu di baca dalam hati, kerna mulutku memang terkunci untuk berkata-kata apalagi meminta-minta. Malu untuk berdoa yang bukan-bukan, selalu hatiku tidak membenarkan kerana prinsip hidup ku, redha dan pasrah…apa pon yang di kurniakan dan ujian yang di berikan, terima saja dengan ikhlas.
Namun malam itu aku memohon supaya di tunjukkan, setelah lamanya diri ini menyepi tanpa berita.

Ku menutup doa dengan alkahfi, ‘…dan mereka yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, mengerjakan amal soleh dan tidak menyekutukan-Nya dalam amalannya’, lalu ku tiup doa penutup dengan , ‘Maha Suci Maha Qudus Rabb Tuhan para malaikat dan ruh’… berdiam diri, menghantar amalan ke lauhul mahfuz.
Mimpi yg panjang membuatku terkejut jam 5 pagi.

Aku tidak dapat mengingat rangkap pertama mimpi yang panjang, namun suasana di dalam perjuangan menegakkan kebenaran, diri ini di buru dan mau di hapuskan oleh mereka yang ketika mendengar nama ku ingin saja membunuh ku..
Di dalam sebuah rumah, seorang lelaki berbadan gempal berjaya menyerbu dan melepaskan tembakan kearah ku.
Diri ini rebah….sambil melutut aku merasakan peluru itu menembusi dada ku dari belakang. Beginikah rasanya saat kematian ku nanti? Apa benar begini rasanya saat peluru menembusi ruang dada ku. Tulang belakang terasa sejuk teramat dan seluruh tubuh lemah gemalai.
Mata tidak bergerak lagi namun didepan ku cuma ada sebuah pandangan kosong. Hati berkata apakah aku sedang di ambang kematian?

Terdengar suara wanita di sebelahku. Wanita itu memegang kepalaku lalu berkata, ‘keluarlah Ruh dari jasad …dan kembalilah engkau kepada Allah’ ….wanita itu melepaskan ruh aku dari jasad yang sudah kaku.
Mata ku tertutup rapat, pandangan ku menjadi gelap ..…’blackness’.

Ya Allah aku sudah mati, hati ini berkata. Ntah berapa lama Aku berada dalam pandangan yang gelap.
Ketika sedar aku berada di sebuah Stesen perhentian. Ramai manusia sedang menunggu. Ntah apa yang mereka tunggu, mungkin bas, atau keretapi atau helicopter?
Kelihatan seakan stesen perjalanan, ia stesen bertingkat, di bawah adalah stesen keretapi dan di atas adalah stesen kereta terbang (2-seater flying carriage). Namun aku tidak membawa sebarang beg, hanya sehelai sepinggang. Aku seperti di iringi oleh seseorang, tidak dapat melihat wajahnya.
Kami pergi ke kaunter pertanyaan. Memberi-kan nama pendek ku. Lelaki di kaunter meminta nama penuh ku dan setelah itu dia terus menelefon. Kemudian dia memberi ku sekeping kad, yang tertulis destinasi ku…nama tempat itu pelik kedengaran untuk di sebut seperti tulisan bahasa lama. Lagi pelik kerana aku tidak dapat mengingati namanya.

Aku melihat seperti kenderaan terapung atau ‘flying carriage’datang mengambil seorang wanita lalu aku bertanya, kemanakah wanita itu akan di hantar? Lelaki itu berkata, wanita tersebut akan di hantar ke kawasan sejuk di Selatan.
Kenderaan 2-seater terapung yang lain kemudian datang untuk menjemputku. Agak cepat juga aku di jemput berbanding mereka yang masih menunggu. Lelaki itu berbisik ke telinga ku, ternyata aku akan di hantar ke sebuah perkampungan.

Perkampungan? Lalu terjaga dari tidur.

Berfikir dan memikir maksud mimpi tersebut. Apakah ini perkampungan yang Guru pernah ceritakan? Iaitu ‘perkampungan’ dimana ia terletak antara kedudukan jari telunjuk yang mengangkat Shahadah.
Ini yang dikatakan perkampungan yang terletak di antara persimpangan dua Jalan. Jalan tertunjuk ke atas adalah ke SYURGA dan Jalan tertunjuk ke bawah adalah NEFRAKA.

Ia berhampiran stesen Syurga Firdaus. Tempat pemeriksaan amalan dan kelulusan akan diberi di sini.
Ia juga di sebut di dalam Taurat, antara ‘Heaven and Sheols’?. Entah apa , mungkin maksud perkampungan yang sama?

Apakah disini tempat ku nanti ya Allah?
Masih kah ada waktu untuk ku beramal menjadi seorang petugas –Mu di langit?

Benarkan diri ini berkhidmat kepada-Mu Rabb. Benarkan aku bertugas di bawah panji bendera rasul dan malaikat Mu…
Ya Allah. Mengalir airmata ku. Di saat ini aku harus menerima takdir…tidak ku pasti kenapa ku sedih.
Masih ada-kah waktu untuk ku mendaki ilmu mencari keredhaan-Mu?
Aku harus bersyukur kerna tidak di hantar ke neraka. Aku juga harus bersyukur kerna tidak menjadi penunggu bumi.

Perkampungan nabi adalah tempat berhimpun ahli keluarga para nabi dan rasul. Alhamdulillah.. semoga aku menjadi sebahagian dari ahli keluarga mereka. Amin.
Ini tahun 2015 dan aku punya masa yang panjang untuk mendalami Ilmu Allah yang luas agar Dia mencintai ku untuk sebuah kedekatan.

Aku memiliki tanda lahir (birthmark) di bahagian belakang dada ku, persis seperti bekas luka. Namun, hanya Allah yang tahu tentang cerita ku. Semoga aku mendapat pencerahan dari Nya…

Subscribe For Latest Posts