Ia adalah sebuah dialog perbualan tentang hari kematianku. Pada 11 Mei tahun 2014, Aku menulis mimpi ini disini untuk ku hayati apakah kebenaran yang Allah ingin ku fahami tentang Dia. Andai ia benar, maka benarlah apa yang di kata, andai tiada benar, benar juga apa yang di kata.
Kerana mimpi jua adalah simbolis, erti kematian membawa erti sebuah perjalanan yang baru.
Pada malam itu, Aku sedang berdialog dengan seseorang….mungkin dia adalah malaikat atau sosok yang mulia lagi arifbillah. Namun suara itu adalah suara seorang lelaki.
Kata ku, “Khabarkan kepada ku tentang hari kematian ku, supaya diri ini tahu dan bersiap sedia”. “…katakan, bila hari kematian ku?”.
Dia berkata, “ Mu mati muda, lebih awal dari teman-teman mu, dan usia mati mu 59 tahun”
Kataku, “ Bagaimana dengan anak ku?”, tiba-tiba soalan ini yang ku tanyai dulu.
Dia berkata, “ Jangan risau hal anak mu, dia akan di jaga”.
Kataku, “ Kenapa ku mati muda?”
Dia berkata, “Mati mu kerana sakit, yang disebabkan oleh jangkitan”.
Kataku, “ Mati sakit?” “Apakah tika ku sakit, diri ini tahu aku akan mati?”
Dia berkata, “Ya , mu tahu dirimu akan mati ” ……sambil merenung jauh… Lalu seperti ada tayangan video yang mempamerkan diri ku sendiri terlantar sakit di atas sebuah katil….mungkin di hospital. Masih muda lagi tika ku menemui ajal… Allahu Akbar.
Kemudian ada seorang wanita mengambil token bulat seperti wang syiling yang besar dan meletakkan ia di dalam sebuah rak bulat bersama token-token yang sudah meninggal dunia. Dia menyelitkan token ku di sana. Lalu diri ini terkejut dari tidur sebelum subuh. Allahu Akbar.
Ini lah jawapan terpenting yang ingin ku dengar, iaitu hari kematian ku.
Ya Allah, diri ini redha andai aku harus pergi meninggalkan dunia di usia belum tua. Jangan Kau panjangkan umur ku lagi. Cukup lah usia ini bagi ku. Tiada cita-cita untuk memiliki dunia dan segala isi nya. Permudah kan kematian bagi ku…