Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Solehah, Makhluk Suci

Bagikan Post Ini :

Ketika hangat website ini dibaca oleh majlis agama, ada yang berani mengugut ku melalui email , tidak berpuas hati dengan tulisan ku. Bertubi-tubi soalan di lontarkan di website juga di email ku. Mereka tidak ingin aku menulis buku. Mereka ugut ku jika dapati buku ini di sebarkan. Kerana aku tidak mengikuti syariat mereka dan Ilmu ku berlainan dari mereka?

Bukan kah Ilmu Allah itu luas dan tidak habis tinta di tulis!

Nah, sempat aku bermimpi  di bulan Februari 2014 yang menceritakan tentang sesuatu yang menambahkan kekuatan iman ku.

Aku berada di sebuah perkampungan entah di mana, kelihatan ramai manusia sibuk melakukan ibadah masing-masing. Ada seorang polis dari majlis agama seperti sedang mencari ku di perkampungan tersebut. Entah mungkin kontroversi isu mimpiku.net, mereka ingin menyiasat ku.
Apa yang ku rasa di bumi begitulah ku rasa di alam ghaib. Ini cuma mimpi tapi ia mimpi yang penuh makna tersirat.
Aku melihat sang polis menghampiri seorang wanita. Sang Polis sudah melihat kereta aku di situ tetapi berlalu pergi lalu menanyakan tentang aku kepada seorang wanita yang tidak aku kenali, kebetulan ada di situ. Aku mendengar perbualan mereka.

’Wahai Solehah, kenal kah wanita ini? (polis menyebut namaku disini).
Wanita itu menjawab, ‘Kenal. Aku melihat dia selalu datang ke sini’.

Kenapa wanita itu pandai-pandainya bisa mengenali aku dan mengesah akan kehadiran ku kepada polisi?
Dia bisa memberitakan tentang keberadaan aku di sini tanpa kebenaranku?

Siapa Solehah? Aku tidak kenal wanita bernama solehah.

Pabila tersedar dari tidur di subuh hari, aku melayari maksud mimpi ini.
Ku pasti wanita yang bernama solehah itu bukan siapa-siapa tetapi adalah amalan ku sendiri.
Solehah itu adalah amalan kebajikan yang hidup dan boleh berkata-kata. Dia wujud mahkluk yang memiliki nama solehah dalam rupa seorang wanita.
Solehah telah menceritakan hal keberadaan ku, dan ia adalah suatu bukti bahwa Solehah mengenali ku.

Terima kasih Allah. Aku tidak pernah terfikir akan pemilik nama solehah ini dan maksudnya.
Ramai manusia menggunakan perkataan solehah dan ramai wanita mengingini untuk menjadi solehah. Namun, sedihnya Solehah tidak boleh di miliki.
Kerana SOLEHAH adalah sosok yang hidup mengetahui tentang kamu.
Kamu meletak gelar solehah kepada dirimu sendiri sedang solehah sebenar tidak mengenali mu. Kamu cuma pandai membohongi manusia dengan solehah palsu yang kamu cipta sendiri dan bukan anugerah dari Allah.
Ramai manusia menggambarkan ‘solehah’ dengan pakaian dan kebaikan yang terlihat zahir. Namun solehah sangat tersembunyi dari pandangan zahir. Solehah juga tidak menerima arahan mu dan dia tidak berbohong tentang keberadaan mu.

Solehah sangat kenal akan tuan-nya jika kamu adalah empunya solehah.
Pabila aku melihat perjalanan ku akhir-akhir ini, semakin kuat keyakinan ku kepada kebenaran Rahsia Tuhan. Kata kunci SOLEHAH dalam mimpi ini sangat penting kerna ia adalah petunjuk tentang diri ku.
Ya Allah aku berdoa agar SOLEHAH menjadi pakaian ku dan sentiasa mengenali ku walau di mana aku berada.
“Janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya pagi dan petang, mereka mengharapkan keredhaan-Nya, engkau tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan mereka tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatanmu” – al an’am. 

Subscribe For Latest Posts