Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Pintu Lauhul Mahfudz Tertutup…

Bagikan Post Ini :

Didalam mimpi yang pendek ini di bulan Ogos 2015, aku melihat ramai ruh-ruh manusia yang sudah meninggal dunia keluar dari kuburan masing-masing. Dari kuburan lalu mereka menuju ke sebuah rumah yang sedang ku diami. Lalu satu suara mengajarku untuk menyampaikan ilmu kepada ruh-ruh tersebut.

Dengan tiba-tiba aku berkata kepada mereka, ‘sesungguhnya pintu Lauhul Mahfudz sudah tertutup kini, pergi lah kamu beramal mencari diri mu sendiri kerana itulah saja Jalan untuk kamu kembali’.

Aku terkejut lalu terjaga sebelum subuh.
Masya allah, begitu hebat kata-kata ini. Aku sendiri tidak tahu apa maksudnya, Ya Allah. Pintu Lauhul mahfudz sudah tertutup? Apa ia benar-benar sudah tertutup? La haw lawala.

Namun hati ku pasti, di akhir zaman banyak pintu yang sudah tertutup. Janganlah leka lagi wahai manusia. Bertebar lah kamu di muka bumi mencari jalanmu…kerana itu adalah laluan yang akan membawa kamu kembali ke tempat asing.
Saat mimpi ini dituruni, aku belum punya hakikat tentang ini, lalu tidak ku hurai lebih lanjut.

Setelah 5 tahun berlalu, di tahun 2021, aku melawat mukasurat mimpi ini. Tertarik untuk menyambung hakikat Ilmu disini, tentang Lauhul mahfudz. Baru kini aku mendapat fahaman, dan ia harus di sampaikan.
Sekitar kita inilah kitab yang tertulis. Iqraa… Bacalah ayat di sekeliling kita.

Pengetahuan dan Suratan tertulis didalam kitab Lauh Mahfuzh tidak akan kamu jumpai setelah kematian mu. Ilmu mu habis disini, di hari kematian mu.
Jika tiada perhitungan di buat semasa hayat mu, kamu tidak dapat kembali ke Negeri Langit.
Kamu mungkin saja punyai ‘universal knowledge’ di alam barzakh, tetapi kamu tidak dapat berbicara tentang rahsia Allah.
Jadi lah kamu jiwa yang hidup, memiliki tablet masa silam mu dari awal sehingga akhir.
Tiada Takdir untuk mu!
Nah kenapa ada arwah-arwah yang masih tertinggal di bumi, tidak dapat kembali ke alam ghaib / negeri langit?
Kamu melihat bayang mereka ada di belakang mu. Nah, bukan kah itu leluhur mu?

Mereka adalah ruh-ruh yang tidak dapat kembali ke alam ghaib! Bukan sedikit tetapi aku melihat begitu ramai sekali manusia yang tidak lepas.

Lalu jadilah mereka ruh-ruh yang berkumpul bersama-sama sebahagian yang lain bercampur-campur sehingga hari Kiamat.
Ruh-ruh ini sedang sibuk mencari Jalan penyucian untuk ‘kembali’ kerana Rasul tidak lagi dapat melihat mereka (locate them) dan malaikat tidak lagi akan datang mengintip amalan mereka.
Apakah kamu tidak melihat ‘mereka’ ramai berada di Mekah dan Madinah?
Nah, jangan nafi jika kamu sudah melihat mereka.
Ingat teman, Rasul tidak dapat menjumpai kalian setelah mati walau sebanyak mana kamu beramal, kerana tablet buku mu sudah ter-TUTUP.

Rasul dan malaikat hanya bertugas mengenali ruh-ruh yang memiliki tablet buku yang ter-BUKA.

Andai jiwa mereka baik, mereka tenang, andai jiwa mereka gelap, hiduplah dalam kesedihan dan kesuraman sehingga hari kebangkitan.
Sungguh aku tiada Ilmu tentang hari selepas kematian, namun aku di perlihatkan sedikit oleh Allah, kejadian selepas kematian ku.

Aku di hantar ke sebuah stesen di langit, berhampiran syurga firdaus. Disitu aku mendengar wanita yang ku temui itu akan dihantar ke tempat sejuk di Selatan.
Kenapa wanita itu boleh menyeberangi langit untuk sampai ke Stesen ini sedangkan jiwa-jiwa yang lain tersekat di bumi?
Apakah dia sudah menjalani perhitungan oleh Allah lalu gagal?
Aku yakin sekali wanita itu sudah di hisab amalan nya dan dia menerima nasibnya seperti yang ku lihat.
Dosanya lebih banyak dari kebaikan dan tempat Sejuk di Selatan adalah ma’wahum Jahannam (tempat huni jahanam)?

emua rahsia Allah tersimpan utuh tiada manusia yang mengetahui.
Guru auliya pernah bersyarah tentang Stesen ini. Ia tempat pengecaman identiti jiwa manusia yang sudah menjalani proses ‘pengesahan’ (reckoning) di bumi. Maksudnya, mereka orang-orang yang sudah di hitung amalan nya. Pasti mereka juga mengetahui hakikat DIRI sendiri sebelum mati.
Bukan mencari Ilmu dari ruh-ruh yang meninggal hanya membuang masa! Itu Ilmu yang sempit!
Apabila kamu biarkan penglihatan mu berada dalam frekuensi Iblis dan Jin, maka kamu tidak akan bisa melihat Rasulullah. Frekuensi mereka berbeda!
Sungguh rahsia Allah itu tiada siapa yang mengetahui selain mereka yang diberi kebijaksanaan hikmah oleh Allah.

Tiada siapa punyai ilmu pengetahuan tentang hari ESOK.

Pada Allah, tiada ESOK dalam penglihatan-Nya, Dia melihat awal dan akhir.
Maka begitulah kamu akan melihat seluruh timeline hidupmu setelah mati. Kamu mempunyai memori yang jelas akan kehidupan mu dulu.
Kepada yang telah MATI, pintu akses kepada kitab mu sudah di tutup sehingga kamu menunggu Hari Perhitungan (day of Judgement).
Hiduplah kamu wahai arwah, Sang Immortal, carilah diri mu yang wujud sehingga hari kiamat (day of rising).
Lauh Mahfuzh disebut di dalam Al-Qur’an sebanyak 13 kali diantaranya adalah dalam surah Az-Zukhruf 43: 4, Qaf 50: 4, An-Naml 27: 75.

Subscribe For Latest Posts