Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Author name: Ibunda

Debu Biru dan Gunung Qaf

Kuh-i-Qaf ialah gunung lagenda di Timur Tengah, di katakan kawasan penempatan kaum Jin yang di perbuat dari zamrud hijau oleh Allah. Tiada yang boleh merentasi Gunung Qaf. Jaraknya dari bumi ialah 500 tahun perjalanan. Tiada manusia dapat melewati kerana perjalanan mengambil masa 4 bulan dalam kegelapan tanpa matahari, bulan dan bintang. Langit disini adalah biru terang…

Bertemu Iskandar Dhul-Qarnayn

Petang itu, aku menelefon bapa menceritakan peristiwa semalam. Bapa mengulas tentang ayat tersebut iaitu ayat dari surah AL-KAHFI. Ayat tentang Dhul-Qarnayn dan peristiwa kejahatan dari mahkluk jin, YAKJUJ MAKJUJ. Mahkluk gergasi ini suka merosak dan mencuri tanaman dari orang-orang gunung yang baik sehingga Raja ini membina tembok yang tinggi diantara dua gunung tersebut dari besi yang panas. Masya Allah.

Aku ke Neraka

Tidak terfikir oleh ku tentang azab neraka bagi wanita yang melacur diri. Sungguh sama modus operandi nya seperti di dunia. Pelacur yang memakai wangian di dunia, rupanya berbau busuk di neraka. Badan dan kemaluan mereka yang wangi di dunia untuk santapan lelaki rupanya berbau busuk di neraka.

Nabi Adam, Bapa Segala Ilmu Putih

Ketika aku berada bersama seorang wanita di sebuah rumah kayu yang bertangga. aku melihat sosok seorang lelaki tua yang berkulit hitam seperti arab badawi sedang solat di bawah rumah, berhampiran tangga depan rumah. Sosok orang itu agak sederhana kecil saiz badannya dan kurus serta berkulit hitam.

Zarasthura, Nabi Majusi

Kereta Mercedez yang memiliki plat no seperti huruf-huruf Parsi berangkai-rangkai seperti ini – જરતોશ્ત Namun aku dapat membaca nama tersebut yang tertera Zarətauštra. Masya Allah. Siapakah pemilik kereta bernama Zarətauštra dan kenapa dia mendatangi ku?

Dewi Quan Yin

Kemudian aku terlihat sebuah patung wanita yang memegang PASU sedang menuang AIR ke kolam. Beberapa orang di bawah anak-anak tangga wakaf itu menyembahnya. Tika asyik melihat patung tersebut, tiba-tiba seorang wanita keluar dari badan patung itu. Dia muncul dan menjelma sebagai manusia. Ya, seorang wanita keluar dari tubuh sebuah patung!!.

Lelaki Misteri Indonesia

Ketika sekitar tahun 2002-2003, aku banyak sekali tidur terganggu di tengah malam atau menjelang subuh hari. Ketika tidur selalu aku akan memasuki alam yang lain. Tiba-tiba muncul seorang lelaki memasuki kamarku, berdiri di ujung katil. Wajahnya samar-samar. Aduh.. badannya sasa. Tubuh tidak tinggi dan tidak kurus. Dia mendekati ku dan berdiri di sisi katil.

Misteri ‘Aku’ dan Rama-Rama..

Kemudian tiba-tiba kelihatan turun seroang wanita persis aku dari bilik atas. ‘Aku’ berjalan menuruni tangga satu persatu, tersenyum melemparkan pandangan kepada abang ipar yang sedang terlopong terkejut. Dia tidak berkata-kata walau sepatah. Nah, setiap kita memiliki malaikat penjaga yang kita selalu tinggal dan lupa …

Suara Malaikat di Langit

Tiba-tiba aku dikejutkan dan dibanguni oleh satu suara keras dari langit. Ia kedengaran maha kuat bunyinya seperti guruh halilintar.
Allahuakbar! Aku terjaga dari kematian dan suara itu memanggil nama-ku. Aku terjaga dari sebuah kematian?

Aku Berdarah Putih

Lalu mereka membelah hati ku, terasa dalam tusukan itu seperti memeriksa bahagian yang paling dalam didalam diri aku. Mereka terlihat darah putih mengalir dari tubuhku. Kata mereka, ‘wanita ini manusia BERDARAH PUTIH’. Itulah yang kedengaran. IBLIS tersebut akhirnya tidak berjaya memiliki ku, lalu dia berlalu pergi.