Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Aku Berdarah Putih

Bagikan Post Ini :

Di awal usia dari kecil hingga dewasa jika di amati kehidupan ku sentiasa di jagai dengan kecukupan yang penuh kesederhanaan.

Mau di kata mewah, cukuplah Allah tidak pernah memberi ku rasa kesusahan. Ada saja yang di bantu, sekolah rendah lagi sudah mendapat biasiswa hingga ke universiti juga biasiswa yang lumayan.

Namun aku sudah di takdirkan Allah untuk mencari sesuatu rahsia yang tersembunyi di alam ini untuk ku buka dan hitung ia dengan mata hati ku.

Lalu aku mencari Ilmu itu walau di mana ia berada, sehingga ke hujung belantara aku tidak akan lelah. Walau pun sang guru arifbillah tinggal jauh sekali di pendalaman negeri, aku selalu bersemangat untuk mencari Ilmu keruhanian. Saban bulan aku akan menyusuri ke pendalaman hanya untuk mendengar kuliahnya sahaja, dan pulang ke KL dibekalkan hanya dengan zikir ‘Allah’.

Kedua dunia, material dan ghaib tidak ku pisahkan. Kata guru ku, yang ‘bijak’ itu adalah apabila kamu mengejar dunia dan akhirat, bukan salah satunya..

Aku pastinya jahil tentang Ilmu Allah namun takdir sudah tertulis untukku baca sebuah perjalanan baru yang panjang.

Suatu malam aku bermimpi di tahun 1998, tentang satu hal yang agak tidak selesa untuk di ceritakan seolah-olah menceritakan tentang kejahilan-ku.

Di dalam mimpi tersebut, aku melihat KILAT menyambar aku dengan panahan yang sangat pedih sehingga aku meninggal dunia. Masya Allah.

Apakah dosa besar aku ketika itu sehingga di panah petir? Apakah keseronokan hidup membawa padah?

Ketika itu aku mendengar suara ramai manusia mengelilingi ku seperti berada di sebuah tempat keraian atau upacara. Aku mendengar mereka bernyanyi. Tiba-tiba datang seorang IBLIS membawa sekeping surat bersamanya. Ditunjuki surat itu kepada orang ramai sambil berkata bahawasanya nama aku sudah tertulis di dalam buku mereka (Iblis) dan beliau datang untuk mengambil jiwa ku. 

Masya Allah. Seramnya terasa peristiwa ini. Aku masih tidak lupa sehingga sekarang.

Aku mendengar semua percakapan mereka namun aku seperti tiada daya upaya untuk kembali hidup ketika itu. Iblis sudah menulis namaku sebagai milikan mereka dan jiwa akan di tuntut. Tika dalam kekalutan itu, mereka mengarah agar darah ku di periksa. Lalu mereka membelah hati ku, terasa dalam tusukan itu seperti memeriksa bahagian yang paling dalam didalam diri aku.

Mereka terlihat darah putih mengalir dari tubuhku.Kata mereka, ‘wanita ini manusia BERDARAH PUTIH’. Itulah yang kedengaran.IBLIS tersebut akhirnya tidak berjaya memiliki aku seperti yang dikehendaki, lalu dia berlalu pergi.

Terkejut dari mimpi yang menakutkan. Masya Allah. Kencang degupan jantung, terasa seperti mati hidup semula.

Aku berdarah putih? Siapakah manusia berdarah putih?

Nah, mimpi tentang DARAH selalunya di kaitkan dengan simbol kesakitan, kesabaran dan rasa sanubari paling dalam. Ia juga bermaksud penyucian yang penuh kesakitan. Darah juga membawa erti kenderaan ruh yang tersimpul dalam generasi lama dan pintu gerbang yang bakal membuka diri ke alam rohani.

Jarang manusia bermimpi tentang darah putih.

Aku yakin andai darah putih ini adalah simbol kesucian hati sanubari yang paling dalam yang tidak mungkin dapat di jatuhkan oleh kerajaan iblis dalam mengumpan aku kearah kejahilan.

Atau mungkin aku sememangnya dari kaum berdarah Putih?

Aku memiliki tanda lahir darah putih ketika lahir, ia adalah berbentuk ‘love shape’yang sempurna bentuknya dari tompokan darah putih, ia tampak tersembunyi di wajahku (sisi kiri). Tidak ada tanda lahir bayi manusia berwarna putih kerana semua ‘love-shape strawberry stains’ adalah berwarna darah merah. Aneh bukan?

Mungkin inilah petanda nya jika aku benar-benar turunan berdarah putih?

Seperti mimpi, aku tersenyum sendirian.

Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang suci dan di-suci kan oleh Mu. Janganlah kau lepas-kan aku ke tangan Iblis dan kerajaannya. Cerahkan lah perjalanan mimpi-mimpi buat ku supaya tiada kuasa gelap menghampiri ku di malam hari.

Subscribe For Latest Posts