Ini bukan mimpi, namun ia adalah pengalaman ‘real’ abang ipar ketika kami berkongsi tinggal di sebuah rumah di Subang Jaya bersama kakak. Ketika ini aku sedang mengejar cita-cita ku selepas tamat pengajian.
Malam itu, bersama teman-teman kami keluar ke ibu-kota. Ketika jam menunjukkan lewat malam, aku mendapat panggilan telefon dari kakak supaya segera pulang ke rumah. Ada hal penting katanya.
Aku segera drive dari Kuala Lumpur ke Subang Jaya mengambil masa 45 minit. Ketika sampai rumah, kakak menceritakan peristiwa yang baru sebentar tadi terjadi. Ya agak seram tapi manis untuk di simpan di dalam buku ini.
Ketika abang ipar leka bermain komputer di sisi tangga rumah, dia melihat seekor rama-rama misteri dari arah dapur menuju ke ruang tamu. Sungguh besar rama-rama tersebut sebesar dua tapak tangan. Rama-rama misteri itu tersesat lalu memasuki rumah. Rama-rama seakan terlihat terjatuh ke belakang sofa terus hilang tidak kelihatan lagi.
Kemudian tiba-tiba kelihatan turun seroang wanita persis aku dari bilik atas. ‘Aku’ berjalan menuruni tangga satu persatu, tersenyum melemparkan pandangan kepada abang ipar yang sedang terlopong terkejut. Dia tidak berkata-kata walau sepatah.

Abang ipar pasti yang dia tidak mendengar sebarang bunyi pintu di buka atau tutup dari bilik atas namun tiba-tiba saja sudah melihat ‘Wanite Misteri’ menuruni tangga dihadapannya. Sungguh lembut wataknya ‘aku’ ketika menuruni anak-anak tangga. Selepas turun, perempuan itu menuju ke dapur sebentar kemudian ke ruang sofa.
Abang ipar tidak menoleh belakang kerana khuatir. Beliau tahu aku memang tiada di rumah ketika itu tetapi menjadi pening seketika apabila melihat wanita persis ‘aku’ muncul di depannya dengan watak yang lebih lembut. Lalu ‘wanita misteri’ itu naik semula ke atas dan sekali lagi melalui tangga di hadapan abang ipar. Terus ke bilik namun tiada kedengaran bunyi pintu di tutup.
Abang ipar terus melompat dari kerusi lalu menceritakan insiden tersebut kepada kakak di dalam bilik. Seram sejuk di buatnya kerana terpandang kereta proton wira aku tiada di laman letak kereta. Memang Aku tiada di rumah.
Kakak dan abang ipar ku menunggu ku pulang dengan selamat, risau akan keselamatan ku, jelas sekali diri yang satu lagi ingin berada di rumah dan diri yang satu lagi masih berkeliaran di waktu jam 2 pagi.
Nah, setiap kita memiliki malaikat PENJAGA yang kita selalu tinggal dan lupa mereka. Kita sanggup hidup di bawa dunia material dan lupa tentang kewujudan ghaib di sisi kita kerana memikirkan mereka bukan sebahagian dari kita?
Ayuh wanita! Jangan pernah tinggal diri dalam mu, kenali mereka kerana mereka sebahagian dari mu untuk kembali ke alam ghaib.