Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Zarasthura, Nabi Majusi

Bagikan Post Ini :

Aku mendapat banyak mimpi-mimpi yang pendek ketika ini, mungkin tidak sesuai untuk di olah kedalam buku namun mimpi-mimpi itu berkisar tentang salsilah dari keturunan parsi. Jika di cantum mimpi-mimpi tersebut mungkin akan beroleh satu petunjuk yang lebih jelas.

Mimpi di tahun 2006, ketika aku berada di suatu tempat asing, ku bertemu dengan orang asing. Pemuda ini dalam usia 30-an, seperti orang putih atau ‘white male’ tetapi berambut hitam serta berjambang hitam mengelilingi dagunya sehingga ke telinga.

Jambang pendek, kemas mengelilingi wajahnya. Rambutnya kemas dan pendek. Aku tidak kenali dia malah melihatnya sekilas lalu ketika dia merenung ku dari jarak 10 kaki.

Suasana seperti di kampus, kelihatan bilik-bilik tersusun dan terdapat beberapa pelajar yang sebaya ku (melihat diri ku seperti berumur 17 tahun).

Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta mercedez hitam seperti E-class tahun 1998, yang muncul lalu di depan ku. Pemuda itu menaiki kereta ini. Dia mungkin pensyarah di kampus ini.

Kereta Mercedez yang memiliki plat no berupa seakan satu nama di tulis seperti huruf-huruf Parsi (atau India) yang berangkai-rangkai seperti ini – જરતોશ્ત Namun aku dapat membaca nama tersebut yang tertera Zarətauštra.

Masya Allah. Siapakah pemilik kereta bernama Zarətauštra dan kenapa dia mendatangi ku? Keesokkan harinya aku mencari maklumat tentang Zarasthura dari internet.  Nah, lihatlah apa yang aku perolehi.

Rupanya pemuda itu adalah seorang nabi dari bangsa Aryan, dari kaum Persia (Iran) yang mencetus agama Majusi. Hidup di Zaman 1200-600 SM (BC), yakni sebelum Zaman Nabi Idris (Enoch) dan Nabi Noh (Noah). Dia adalah nabi kaum Persia Iran.

Ternyata dia antara 100 pemimpin berpengaruh dunia di mana ilmunya sehingga kini masih di praktikkan dari kitab Zend Avesta. Namun kenapa nabi Zarasthura tidak disebut di dalam al Quran?

Setelah bertahun-tahun memikirkan apakah beliau ini seorang nabi yang benar dan apa kaitannya dengan diri ku.
Nabi Zarətauštra mungkin dari susur galur wali suci yang mencetus API sebagai bahan penyucian diri di zaman dulu. Itulah Nabi mereka yang beragama majusi.

Aku memperolehi ilmu laduni yang tidak pernah terfikir akal mengetahui tentang Nabi Majusi ini dan kenapa aku melihat beliau di langit?
Apakah kami di ‘sekolah’ yang sama atau ‘jalan’ yang sama?

Aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi yang telah menemukan aku dengan Tuan yang memegang kitab Avesta.
Sesungguhnya alam ghaib itu adalah sesuatu yang kamu tidak terfikir dan tersangka akan menemui kebenaran. Alhamdulillah.

Subscribe For Latest Posts