Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Aku ke Neraka

Bagikan Post Ini :

Ketika aku di buai oleh keindahan dunia dikelilingi pula teman-teman yang berkerjaya, aku di kejutkan oleh suatu mimpi yang mohon sama sekali agar Tuhan menjauhinya dari kehidupan ku.

Tahun 2008, aku bermimpi di hantar ke Neraka?

Ketika aku menaiki sebuah bas menuju sebuah kota asing, bas itu melalui sebuah jambatan besar yang panjang. Kelihatan kota megah, bangunan-bangunan tinggi
Pemandangan dari jambatan sungguh indah. Lautnya biru, cuacanya cerah dan bangunan kaca pelbagai rupa.
Tiba-tiba bangunan-bangunan runtuh satu persatu seperti berlaku satu gempa bumi atau peperangan. Semua bangunan-bangunan tinggi runtuh dan berkecai ke tanah.

Bergegar sanubari ku!!
Aku melihat jambatan juga semakin terputus-putus. Lalu bas menjunam jatuh ke lautan.
Aku melihat penumpang ingin bergegas keluar, namun semuanya terperangkap. Dalam kekalutan itu aku melihat ada penyelamat yang datang, cuma kelihatan bayang-bayang penyelamat itu dari permukaan laut. Tika itu aku sudah tenggelam menuruni ke dasar lautan.
Penyelamat melihat ku lalu menghulurkan tangannya. Aku di selamatkan!
Lalu mereka menghantar ku ke sebuah rumah untuk bermalam. Aku sampai ke sebuah rumah agam.
Apabila memasuki rumah tersebut, kelihatan ramai wanita di sana. Rupa-rupanya itu adalah rumah pelacuran.

Bagaimana bisa aku di hantar ke rumah pelacuran?
Aku melihat di ruangan kaunter, kelihatan ramai lelaki disana, begitu hodoh, menjulur lidah seolah-olah seperti enak hidangan yang bakal di nikmati nanti. Pandangan mata mereka liar , mereka seperti tiada terurus.
Aku berjalan lagi. Bilik di sebelah kiri, kelihatan wanita-wanita yang tidur beralas kain di lantai, terkangkang sana sini. Mereka berbogel. Seperti keadaaan menghadap kearah kipas seolah-olah mahu mengeringkan kemaluan yang mengalirkan cecair busuk dari bahagian tersebut. Ya Allah, mata ku tidak pernah lupa apa ku lihati.

Aku terpaksa melalui kamar-kamar ini untuk ke belakang. Lalu aku terginjat-ginjat kaki agar tidak terpijak wanita-wanita yang sedang tidur itu.
Di kamar belakang, kelihatan beberapa buah pangkin kayu seperti katil. Katil kayu ini untuk mereka tidur. Mereka tidur tidak beralaskan tilam dan bantal!
Yang pelik, kaki mereka di pasung. Dengan hanya kain sarung menutupi badan, kaki di kangkang dan di pasung. Satu bekas tabung duit di letak di hujung kaki yang terpasung itu.

Masya Allah. Apakah benar peristiwa begitu yang aku lihat? Terasa insaf nya di lubuk sanubari ku.
Sungguh memalukan!

Tidak terfikir oleh ku tentang azab neraka bagi wanita yang melacur diri. Sungguh sama modus operandi nya seperti di dunia.
Pelacur yang memakai wangian di dunia, rupanya berbau busuk di neraka. Badan dan kemaluan mereka yang wangi di dunia untuk santapan lelaki rupanya berbau busuk di neraka namun lelaki durjana merasa enak dengan santapan jijik tersebut.

Barulah ku tahu rupanya begitu balasan setimpal bagi pelacur dan pelanggan.
Aku pun terjaga dari tidur yang panjang. Masih terasa perasaan malu tersebut. Nauzubillah.

Kenapakah aku di suruh melihat rumah pelacuran?
Inilah pelajaran tentang maksiat dan pembalasan yang sama setimpal antara bumi dan neraka.

Allah mengingini aku mengetahui nya terlebih dulu!. Allah Maha Pengasih terhadap ku.

Akan ku pegang pengalaman ini , akan ku bina bangunan-bangunan baru dan tidak akan aku sia-sia kan ia dengan dosa-dosa ku kelak.
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Ampunilah dosa-dosa ku. Jadilah aku wanita yang suci dan mulia di sisi Mu. Aku telah melihat neraka dan aku takut akan azab siksa MU.

#traveltoHell #PerjalanankeNeraka #Nerakarumahpelacuran #NERAKA #MimpikeNeraka

Subscribe For Latest Posts