Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

2013

Bertemu Musa Kalamullah

Aku cuma sempat melihat mata-Nya Nabi Musa, kerna hampir kesemua rambut , misai dan janggutnya menutupi wajah asalnya. Dia sosok seorang lelaki tua, rangka badan nya sedang-sedang kurus, tidak sebongkok mana , masih tegak, memakai jubah putih, rambutnya panjang dan putih bak kapas, misai dan janggut panjang meleret juga warna putih bak kapas.

Bertemu Isa Ruhullah

Nah, lukisan yang dilukis tanpa petunjuk seperti air sirap yang tiada gula.
Soalan yang menghairankan ialah, kenapa harus aku melihat dia berpeluhan , dan cahaya dari air itu tidak basah dan sama seperti dalil Rasulullah tentang titisan air yang tidak menitis di wajah Nabi Isa?
Juga wajahnya yang kemerahan seperti mandi wap (seperti mimpi rasulullah) , begitu juga yang dilihat aku, wajahnya kemerahan seperti selepas bermain golf?
Apakah ini kebetulan?

Bertemu Bonda Maryam

Jika menurut sejarah, gambar rumah Maryam berdekatan Gunung Pion di Efesus, Turki. Namun dalam mimpiku ia sebuah rumah kayu yang usang dan BUKAN rumah batu. Apakah ini Gunung Libanon? Dimanakah itu? Didalam Perjanjian Lama mengacu kepada Kayu Cedar dari Libanon…

Salawat para malaikat

Semua wanita itu berwajah lembut dan berkarisma. Sambil menuruni tangga putih, sempat aku melihat langit putih di atas, mungkin seperti awan putih. Kami semua berselawat, ‘allahumma salli alaik’ berulang kali sambil berjalan menuruni tangga putih. Terasa tempat itu seperti kawasan putih atau langitnya putih ….

Bertemu Arwah Ibu

Aku bertanya kepada arwah ketika melihat dia mendatangi ku, ‘mak, ceritalah rahsia tuhan, apa rahsia tuhan mak?’ Aku seolah menunggu saat ini untuk bertanya kepadanya kerna pasti dia punya jawabannya. Kata ibu, ‘semuanya dihitung Tuhan, semuanya di ambil kira, walaupun yang kita tidak perasan atau yang tidak terfikir.’ ‘Apa lagi mak, apa lagi rahsia Tuhan?’, tanya ku. ‘Kena kenal diri yang itu’, kata ibu..

Shahadah Lailahaillallah

Aku menjadi fana’ di alam mimpi dan fana’ di alam zahir buat seketika. Fana’ dengan kejadian yang baru di lalui. Aku mengingati semula ucapan kalimah yang disebut. Sangat jauh bunyinya untuk di nyatakan.
Apakah maksudnya?
Kenapa shahadah ini yang aku sebut sehingga zahir ku kaku dan fana?.
Aku melalui Jalan Penyaksian tiada tuhan selain Allah. Saat melalui sakaratul maut yang begitu pantas terjadi ….