Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Bertemu Isa Ruhullah

Bagikan Post Ini :

Aku berjumpa dengan Isa A.S (pada malam Israk dan Mikraj). Baginda berperawakan sedang (tidak terlalu tinggi atau terlalu pendek), warna kulitnya putih kemerah-merahan, seolah-olah baru sahaja keluar dari bilik mandi wap.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aku terlihat petikan ayat di atas dan seharian memikirkan dalil ini. Mimpi yang ku lalui kira-kira 6 bulan lepas kini muncul lagi untuk ku coretkan di sini. Aku tidak mampu untuk menyimpan rahsia mimpi ini, tetapi tidak tahu bagaimana ia harus di tulis.
6 bulan yang lepas, sebelum bertemu bonda Maryam, aku ketemu dengan sosok lelaki rupawan dari bangsa asing. Dia telah menjadi rahsia hati ku kerana aku takut di salah ertikan.
Tergamam lalu memberanikan diri menulis dan melukis wajah sosok lelaki yang ku kira mirip penglihatan rasulullah tentang sosok Nabi Isa.

Melihat seorang lelaki memasuki rumah, dari jauh ku ingat suami ku pulang dari kerja. Lalu aku menyambutnya dengan senyuman, ‘abang dah balik?’. Ketika dia menghampiri ku, dia meletakkan beg golf yang di sandangnya, aku dapati dia kelihatan sungguh rupawan.
Aku berlutut (knelt down) di hadapan dengan kedua belah tanganku di atas pehanya, manakala dia duduk di atas sofa. Sambil mendongak, aku merenung wajah lelaki yang ku panggil ‘ABANG’. Tiada sepatah bicara di lontarkan.
Sungguh jelas wajah dia ku perhatikan. Wajah kulit seakan basah berpeluh, kulit putih kemerahan. Tentunya bukan dari bangsa melayu. Wajahnya dari bangsa asing. Air peluhan di mukanya memancarkan lagi cahaya kemerahan kulitnya, seolah-olah baru habis bermain golf di waktu petang.
Betapa indah wajah Dia bila berpeluh, kata ku di dalam hati…

Badan yang sedang tinggi, bahu yang bidang, rambut yang nipis sedikit keperangan , pendek dan rapi seperti di sapu gel rambut-kemas. Rambut kelihatan seperti kebasahan oleh peluhnya. Dahinya agak jendul dan pipinya berisi. Pipinya tidak cengkung malah mempunyai tulang pipi yang agak tinggi dan pipi penuh berisi, menjadikan wajahnya bujur seperti telur dan sedikit panjang. Tiada kumis dan tiada janggut. Tiada jambang di wajahnya. Bersih.
Yang aku pasti, air peluhan itu bercahaya merah. Mungkin kerana kemerahan panas bermain golf?
Setelah terjaga, aku tersenyum, yang pasti dia bukan suami ku di dunia.
Setelah berlalu mimpi ini, aku penasaran lalu mencari tahu serta merujuk beberapa gambar lukisan mereka yang klaim telah melihat Isa. Nabi Isa ku lihat seperti Keanu Reeves (pelakon amerika), pipinya lebih berisi dari Keanu. Muka Isa bujur dan dahinya jendul. Sungguh tampan dan handsome di pandangan mata ku.

Dalam ratusan gambar Nabi Isa, hanya gambar ini yang mirip wajah Isa yang sebenar.
 

Nabi Isa tidak punya jambang dan tidak ada kumis. Wajah juga tidak maskulin, tapi lembut, segak rupawan .
Dia wujudkan wajahnya tanpa kumis dan jambang kepada ku dan bukan seperti dalam lukisan. Malah dia seorang yang kemas dan rapi rambutnya disisir kebelakang seperti memakai gel rambut.
Mimpiku bukan bayangan atau berkabus tetapi jelas kelihatan wajahnya yang tidak mungkin aku lupa sehingga selamanya.
Tuhan perturunkan satu per satu mimpi supaya aku bisa menyambung maksud kesaksian ini. Aku bertemu Isa namun tidak mengerti andai itu benar-benar Isa lalu diperturunkan lagi petunjuk bertemu Bonda Maryam setelahnya, supaya aku sempat menanyakan bonda tentang Isa yang aku temui.
Gambar Isa yang dilukis segolongan orang Kristian, kelihatan pipinya di lukis cengkung kedalam. Kelihatan agak maskulin dan berserabut dengan rambut panjang dan jambang tidak terurus.
Namun Isa sebenarnya kelihatan sedang-sedang gagah, kemas, segak rupawan.

Nah, lukisan yang dilukis tanpa petunjuk seperti air sirap yang tiada gula.

Soalan yang menghairankan ialah, kenapa harus aku melihat dia berpeluhan , dan cahaya dari air itu tidak basah dan sama seperti dalil Rasulullah tentang titisan air yang tidak menitis di wajah Nabi Isa?
Juga wajahnya yang kemerahan seperti mandi wap (seperti mimpi rasulullah) , begitu juga yang dilihat aku, wajahnya kemerahan seperti selepas bermain golf?

Apakah ini kebetulan?
Apakah Isa mendatangi umatnya dengan wajah yang sebegitu? Sempatkah aku bertemu zahir dengan Sang kekasih ku ‘abang’? Atau mimpi ini akan menjadi yang pertama dan terakhir buat ku?

Rasulullah menceritakan tentang Nabi Isa yang di lihat baginda;
“Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah; bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya (mukanya) seakan-akan menitiskan air walaupun ia tidak basah “. (HR Abu Dawud).
Mereka yang beruntung adalah mereka yang mengenal diri dan Allah serta yang sungguh-sungguh berimankan Nabi Isa di akhir zaman.
Begitu jua dengan ku, tiada siapa akan percaya andai aku benar-benar bertemu Isa Al Maseh.
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari qiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari qiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus “- Surah Az Zukhruf
Terima kasih Ya Allah kerna menunjuki ku Nabi Isa, sesungguhnya ku tahu bahawa aku sedang berada di jalan yang lurus dengan petunjuk Mu..

Subscribe For Latest Posts