Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Uncategorized

Salawat para malaikat

Semua wanita itu berwajah lembut dan berkarisma. Sambil menuruni tangga putih, sempat aku melihat langit putih di atas, mungkin seperti awan putih. Kami semua berselawat, ‘allahumma salli alaik’ berulang kali sambil berjalan menuruni tangga putih. Terasa tempat itu seperti kawasan putih atau langitnya putih ….

Bertemu Arwah Ibu

Aku bertanya kepada arwah ketika melihat dia mendatangi ku, ‘mak, ceritalah rahsia tuhan, apa rahsia tuhan mak?’ Aku seolah menunggu saat ini untuk bertanya kepadanya kerna pasti dia punya jawabannya. Kata ibu, ‘semuanya dihitung Tuhan, semuanya di ambil kira, walaupun yang kita tidak perasan atau yang tidak terfikir.’ ‘Apa lagi mak, apa lagi rahsia Tuhan?’, tanya ku. ‘Kena kenal diri yang itu’, kata ibu..

Shahadah Lailahaillallah

Aku menjadi fana’ di alam mimpi dan fana’ di alam zahir buat seketika. Fana’ dengan kejadian yang baru di lalui. Aku mengingati semula ucapan kalimah yang disebut. Sangat jauh bunyinya untuk di nyatakan.
Apakah maksudnya?
Kenapa shahadah ini yang aku sebut sehingga zahir ku kaku dan fana?.
Aku melalui Jalan Penyaksian tiada tuhan selain Allah. Saat melalui sakaratul maut yang begitu pantas terjadi ….

Terbang Menjelajahi Langit

Kekuatan tangan yang melekat antara satu sama lain itu menjadi stereng ketika aku terbang, dan ia boleh membelokkan seluruh badan ke kiri dan ke kanan. Sekali lihat, seperti orang bertapa.
Dia menemaniku menjelajahi bumi dan kami melihat bumi dari pandangan atas setinggi langit malah lebih tinggi dari gunung ganang yang ada. Kami membuat beberapa singgahan termasuk satu singgahan di sebuah puncak gunung.

Kitab Lauhul Mahfudz

Namun aku teringat akan mimpi suatu hari dulu, pernah mengatakan jika amalan ku sudah sampai ke lauhul mahfudz, aku akan mendapat petanda. Ketika sedang membancuh air dan air itu tertumpah oleh lamunan pendek, dan itulah petanda bahwa nikmat Tuhan telah sampai kepada ku. Inilah Keagungan Tuhan. Memberikan aku satu tiupan ilmu tentang buku amalan kitab lauhul mahfudz.

Bertemu Rasulullah S.A.W

Pemuda ini memilki tubuh yang sedang-sedang kurusnya, agak tinggi dari aku dan memiliki iras-iras wajah seperti pelakon Bront Palarae dari Malaysia. Aku melihat rambutnya lurus belahnya tengah, agak panjang melebihi bawah paras telinga atau hampir mencecah bahu.
Rambut putih (uban) kelihatan agak beberapa helaian dan dia memilki janggut lurus, sedikit, dan pendek yang juga kelihatan uban.

Ratu Ilmu Putih (Wisdom)

Isim Al Quran bisa membawa ku meneroka alam langit dunia. Tiap kali aku menghafaz ayat, malamnya aku akan terbang di langit. Risau juga andai aku bisa musnah dengan hafalan Al Quran. Namun keajaiban yang terjadi. Bermula dari tolakan kaki yang rendah, aku sudah tidak menjejak kaki ke bumi apabila berjalan. Aku seperti terapungan diatas angin, badan menjadi seringan agin…

Debu Biru dan Gunung Qaf

Kuh-i-Qaf ialah gunung lagenda di Timur Tengah, di katakan kawasan penempatan kaum Jin yang di perbuat dari zamrud hijau oleh Allah. Tiada yang boleh merentasi Gunung Qaf. Jaraknya dari bumi ialah 500 tahun perjalanan. Tiada manusia dapat melewati kerana perjalanan mengambil masa 4 bulan dalam kegelapan tanpa matahari, bulan dan bintang. Langit disini adalah biru terang…

Aku ke Neraka

Tidak terfikir oleh ku tentang azab neraka bagi wanita yang melacur diri. Sungguh sama modus operandi nya seperti di dunia. Pelacur yang memakai wangian di dunia, rupanya berbau busuk di neraka. Badan dan kemaluan mereka yang wangi di dunia untuk santapan lelaki rupanya berbau busuk di neraka.

Nabi Adam, Bapa Segala Ilmu Putih

Ketika aku berada bersama seorang wanita di sebuah rumah kayu yang bertangga. aku melihat sosok seorang lelaki tua yang berkulit hitam seperti arab badawi sedang solat di bawah rumah, berhampiran tangga depan rumah. Sosok orang itu agak sederhana kecil saiz badannya dan kurus serta berkulit hitam.