Semalam, 5 Mac 2014 telah membuka helaian mimpi baru tentang #KeagunganBismillah yang agak simbolis untuk di hayati. Pada malam hari sebelum tidur, Aku ada berdoa (berkata-kata) dengan Tuhan, agak sedikit berbeda rasa luahan hati ku kali ini kerna aku memikirkan hal-hal manusia.
Doa ku begini, ‘Wahai Tuhan, kenapa mereka menjadikan Islam itu dunia yang sempit? Bukankah kalimah-Mu sungguh luas dan tidak terhitung dan terkaji rahsianya? Kenapa manusia menyempitkan ilmu mu?’
Tulis begini salah, tulis begitu salah, begini sesat, begitu murtad. Tafsiran mereka tentang ayat-ayat Mu telah menjadikan ilmu-Mu semakin sempit.
Mereka begitu yakin jika Engkau tafsir seperti mereka?
Sedangkan Engkau GANJIL Ya Allah. Manakan sama penglihatan-Mu dengan mereka.
Ya Allah, jadikan lah aku jua ganjil dan berbeda dari mereka.
Apakah Islam yang sebenar wahai Tuhan? Aku jahil dengan ayat-Mu tapi aku tidak pernah menyempitkan Ilmu-Mu.
Kerana hati ku sedih mengingati akan hal ini, lalu aku bermimpi. Tepat jam 3 pagi, mulut ku menyebut ‘ayat, ayat, ayat’ sehingga terjaga.
Ya, mimpi yang Aku sendiri tidak pasti untuk menghuraikannya, namun biarlah ku coretkan disini buat tatapan pembaca.
Aku melihat asap awan berkepul-kepul di langit membentuk suatu rupa. Ketika itu aku di dalam kenderaan, lalu berhenti di tepian jalan.
Aku melihat tiga manusia yang terbentuk dari kepulan awan tadi dan mereka adalah manusia yang tinggi mencecah awan. Seorang wanita di tengah, dua lelaki kiri kanannya. Sungguh tinggi mereka sehingga aku terpaksa mendongak ke atas.
Aku berlari-lari untuk mengambil gambar.
Lalu wanita itu datang menghampiri ku. Rupanya dia hanya setinggi aku. Masya Allah.
Aku tanya kepada nya, ‘siapa yang tinggi itu’? Wanita itu berkata, ‘ itu adalah bayang ku’. Wanita itu ingin memberikan aku sebuah ayat, namun tiba-tiba diriku berada di dalam sebuah masjid. Aku mendongak ke langit lalu melihat kepulan awan tadi berkumpul lagi lalu menjadi sebuah ayat (ayat Al Quran). Aku cuba membaca. Susah, kerana huruf huruf dari kepulan awan tidak jelas. Kemudian imam masjid memberiku scroll ayat yang sama. Aku membaca ayat tersebut sehingga habis walaupun seperti merangkak-rangkak. Kemudian aku mendongak lagi ke langit ..,ayat tersebut bertukar menjadi ayat yang lain. Aku memanggil bapa untuk membantu ku membaca ayat-ayat tersebut dengan pantas. Sambil memanggil ‘bapa, lihat ayat-ayat di langit’, ‘ayat, ayat, ayat…’,
kata-kata suara ku agak keras di dalam tidur sehingga terjaga masih menyebut. Aku tidak sempat membaca ayat kedua. Namun hanya ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang dapat ku baca. Panjang huruf itu seperti dari ujung langit kanan sehingga langit kiri.
Itu adalah perjalanan ku. Ketika aku menitiskan air mata semalam, memikirkan tentang kebenaran Islam, dan kalimah Allah yang sungguh luas. Aku di beri satu tiupan ilmu, bahwa kalimah (ayat-ayat) yang menjadikan tingginya nilai diri dan ilmu seseorang adalah kalimah agung Bismillah.
Itulah bayang diri ku, setinggi langit rupanya aku andai kalimah Bismillah ini menyelimuti diri ku. Sudah lama aku berzikir dengan kalimah ini, namun tidak ku tahu akan #keagunganBismillah.
Zikir Bismillah menjadi amalan ku sejak tahun 2008.
Guru arifbillah telah mendidik hati kami supaya sentiasa ikhlas dan berserah kepada Allah Maha Pengasih. Katanya, tidak perlu membaca banyak ayat-ayat lain untuk mendapat kasih sayang Allah, cukuplah dengan ayat yang pendek Bismillahirahmanirrahim. Mengajari kami berpegang teguh kepada Bismillah, menghidupkan ia sebagai penyelamat di hari pembalasan. Jangan putus asa jika tidak mendapat petanda dari amalan zikir ini.
“Sungguh Tuhan lebih mengetahui siapa yang tersesat dari Jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk” – Al An’am.
Bukankah dengan rahmat, belas kasih Allah kita di beri ilmu dan anugerah?
Islam itu sungguh tinggi ilmunya dan ia tidak sempit maka janganlah kamu wahai majlis agama menyempitkan Ilmu Allah. Dengan Allah itu Ilmu-Nya tiada boundaries.
Kamu percaya dalil yang kamu baca dari hadith-hadith sahih itu benar sedangkan kamu membelakangkan petunjuk mu sendiri yang telah kamu saksi? Kerana mimpi mu di khuatiri tidak benar? Bodohlah kamu!.
Itu namanya tiada ketaatan dengan dengan Allah. Bukankah Allah itu Ghaib?
Jika kamu was-was dengan mimpi sendiri bermaksud hati mu masih di kuasai kegelapan ‘takut’ yang belum dibuang. Kamu hanya seorang pembaca kitab dan pemegang sunnah.
“Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau beri kuasa kepada sesiapa Kau kehendaki, Kau cabut kuasa dari sesiapa yang kau kehendaki. Engkau mulia sesiapa Kau kehendaki dan Kau hina sesiapa Kau kehendaki, sungguh Kau maha kuasa atas segala sesuatu” – al Imran