Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Nabi Adam, Bapa Segala Ilmu Putih

Bagikan Post Ini :

Mimpi ini terputus-putus, namun Aku coretkan disini kerana sosok Dia yang ku temui bukan sembarangan manusia tetapi Nabi Adam.

Ketika aku berada bersama seorang wanita di sebuah rumah kayu yang bertangga. aku melihat sosok seorang lelaki tua yang berkulit hitam seperti arab badawi sedang solat di bawah rumah, berhampiran tangga depan rumah. Sosok orang itu agak sederhana kecil saiz badannya dan kurus serta berkulit hitam.

Dia sedang solat tahiyyat terakhir. Solat dengan memakai jubah putih dan berserban putih namun tidak ada hamparan sejadah di atas tanah tersebut.

Lalu dia memberi salam usai solat.

Kedengaran suara wanita itu memberitahu ku, ‘Itulah dia Bapa segala Ilmu Putih, Nabi Adam’.

Suara itu terngiang-ngiang di telinga ku sehingga terkejut jaga dari tidur.

Pendek saja mimpi ini cuma sekilas pandang dan sepatah rangkap bualan. Namun aku terasa sungguh bertuah bertemu Nabi Adam yang juga di panggil Bapa Segala Ilmu Putih. Tidak pasti kenapa dia dipanggil begitu dalam mimpi ku dan kenapa ilmunya putih?

Barangkali aku tidak arif dalam soal-soal ilmu sebegini.

Apakah maksud Ilmu Putih?

Nah, tahun 2021, Aku kembali ke mukasurat ini kerana aku punya jawaban di atas. Setelah lama, baru kini ku temui ‘clue’.

Sememangnya Adam adalah ciptaan Allah yang paling bijak. Kebijaksanaan Adam menjadikan Dia berbeda dari Malaikat dan Jin. Adam tidak mengambil masa yang lama untuk memahami Ilmu dan Dia segera mengetahui apa yang tersirat.

Maka itu aku yakin mereka yang melihat ghaib dengan pacaindera TIDAK akan bisa menandingi ilmu mereka yang melihat ghaib dengan mata-HATI.

Belajar mengaji dari kitab tidak akan sama tinggi kebijaksanaan mereka yang mengaji dari kalbu.

Jika aku bertemu lagi dengan Nabi Adam, pasti aku mengenali dia, akan ku salam dia, akan aku angkat sembah padanya dan cium tangannya, Insya Allah.

Subscribe For Latest Posts