Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Suara Malaikat di Langit

Bagikan Post Ini :

Di usia yang masih muda lagi, aku sudah mendapat mimpi. Ini mimpi tentang kematian ku, mimpi pendek namun cukup untuk memberi kesan buat ku, masih kedengaran suara keras yang menakutkan itu sehingga kini.

Mimpi aku meninggal dunia dan terbangun dari sebuah kematian. Aku berada di tengah-tengah padang yang hijau seluas mata memandang. Sungguh kosong padang itu.

Tiba-tiba aku dikejutkan dan dibanguni oleh satu suara keras dari langit. Ia kedengaran maha kuat bunyinya seperti guruh halilintar.

Allahuakbar!

Aku terjaga dari kematian dan suara itu memanggil nama-ku.

Aku terjaga dari sebuah kematian? Masya Allah.

Kemudian aku berada di luar sebuah rumah kayu. Di sana, melihat tubuh ku yang sudah meninggal dunia di ziarahi kaum keluarga. Suara mereka kedengaran sayup-sayup di telinga ku walaupun  berada berhampiran mereka. Suara sedang bercakap dan ada yang sedang mengaji Al Quran namun suara mereka jauh kedengaran..

Apakah begitu keadaan pendengaran Ruh yang baru mati? Tidak jelas di telinga ku lagi…

Suara mereka seakan jauh… sehinggakan seperti tidak nyata lagi bagi ku. Yang nyata adalah suara yang tidak dapat didengari oleh manusia hidup, iaitu suara keras dari langit. Allahuakbar! Begini-kah rasanya pabila ruh ter-bangun dari kematian?

Tiba-tiba Aku terjaga dari tidur. Terasa lega kerana itu hanyalah mimpi.

Apakah pengajarannya?

Nah, siapakah empunya suara yang keras itu? Jibrail, Israfil atau Izrail? Yang pasti itu suara malaikat yang menggerunkan. Masya Allah.

Jika di tafsir, mimpi sebuah kematian adalah simbol transformasi diri. Jalan yang bakal di lalui selepas itu adalah Jalan yang baru atau kehidupan yang baru. Ia juga bermaksud apa saja pencapaian yang lalu akan segera tamat dan kehidupan baru (the new you) akan menyusuri.

Suara malaikat yang keras itu pasti telah memberi ku ketakutan yang dahsyat sehingga saat ini tidak pernah hilang dari pendengaran ku.

‘Inkanat illa soihatanwwahidatan faiza hum khomiduun’ – Yassin.

Hanya dengan satu pekikan yang dahsyat, mereka semua akan sunyi sepi tidak hidup lagi.

Subscribe For Latest Posts