Pagi Isnin, 26 Syawal di bulan Ogos 2013 yang indah, aku bertemu Siti Maryam yang tidak pernah terfikir untuk bertemu, apatah lagi berbicara. Tepat jam 3 pagi, mata ku terbuka, terkejut dari mimpi.
Kebetulan, sebelum ini, aku ada bermimpi seminggu yang lalu, tentang kekuatan yang keluar dari telapak tanganku. Mimpi bertemu Bonda Maryam mengaitkan mimpi minggu lepas.
Aneh ya? Bagaimana mimpi yang kedua boleh mengetahui tentang perjalanan mimpi pertama. Namun mimpiku ternyata sudah tiada beza jaga dan tidur. Zahir ku mengetahui apa kelebihan batiniah walaupun ia cuma di dalam mimpi, sehingga mimpi menjadi hidup dan nyata.
Pada minggu yang lepas, aku di kurniakan hikmah telapak tangan. Satu kelebihan juga kekuatan yang terhasil dari telapak tangan ku. Hanya dengan meletakkan tapak tangan sejengkal dari apa saja bahan yang mahu di kaji, asal usul bahan tersebut akan di perlihatkan. Aku meletakkan tangan pada sebuah meja kayu, dan kesan tenaga dari tapak tangan menzahirkan kabus, ia bertukar menjadi air seperti cermin. Dari cermin, aku melihat asal kayu di dalam hutan. Begitu yang diperlihatkan.
Setelah itu, aku beralih kepada TV. Setelah beberapa saat, kelihatan tv yang kosong di hidupkan dengan channel- channel (siaran) interaktif. Tangan ku seperti magnet, yang boleh menarik frekuensi satelit tv lalu memancar ia melalui kaca tv.
Mimpi tempoh hari itu aku khabarkan kepada bapa. Kataku, alangkah indahnya kalau dapat ku zahirkan keajaiban tapak tangan ku di alam dunia. Tiba-tiba semalam aku bermimpi malah mempraktikkan kelebihan Ilmu telapak tangan sekali lagi. Seolah-olah aku TAHU kelebihan ini ada menempel pada ku sejak dari mimpi yang lepas.
Malam tadi, aku berada di sebuah tempat asing, sedang berada dalam penyembunyian dari dijejaki pemerintah yang zalim. Begitu cerita nya di dalam mimpi.
Aku bersama para sahabat (sebahagian lelaki dan sedikit perempuan), sedang bersembunyi di sebuah Kawasan pergunungan, di sebuah bangsal rumah yang tua. Dari kawasan pergunungan yang hijau, kami sampai ke sebuah rumah kayu peninggalan Bonda Maryam.
Sahabat memberitahu, bahwa itu adalah rumahnya Bonda Maryam, yang di tinggal 2000 tahun yang lalu. Entah kenapa 2000 tahun dan tidak 3000 tahun..
Aku melihat rumah KAYU BUKAN dari batu seperti rumah Maryam di Turki seperti gambar di sbawah.

Lalu aku meletakkan telapak tangan ku sejengkal dari dinding kayu rumah Bonda Maryam. Kemudian tenaga tapak tanganku menjadi kabus dan cermin sehingga aku melihat wajah sendiri. Tiba-tiba bonda Maryam muncul di belakang dan berjalan ke arah ku.
Aku terkejut lalu pergi ke arahnya sambil memanggil namanya Bonda.
‘Bonda Mary? kata ku tersekat-sekat, agaknya kerna selalu speaking english, kadang-kadang tersasul Maryam menjadi Mary. ‘Bonda Maryam?’, kata ku lagi…
Perempuan itu di dalam usia 20 tahun, kecil orang nya, tidak besar dan tidak tinggi.
Dia berkata kepada ku , ‘Siapakah yang ingin kamu ketemu seperti niatmu tadi?’
‘Bonda Maryam’, kata ku laju. Ooh..rupanya Bonda sudah tahu niat ku ketika ku tadahkan tapak tangan ke dinding rumahnya.
Lantas aku menghulur tangan bersalaman dengan Bonda dan tangannya ku cium. Aku terlalu gembira, tidak percaya Bonda Maryam datang bertemu dengan ku.
Bonda Maryam memiliki rambut yang lebat dan panjang sehingga bawah paras pinggang. Dia mengikat rambut gaya dandanan tocang tradisional , dimana tocang-tocang dijadikan empat (4) ikatan – (4 braided hair) didalam satu ikatan.

Agak lama aku melihat dandanan rambutnya yang bertocang, kerna jarang bertemu wanita bertocang di zaman moden. Rambutnya perang dan kulit bonda putih mulus. Selalunya bani israel berambut hitam, namun Bonda Maryam berambut agak perang karat (brown copper or golden brown). Dia memakai rantai leher yang mempunyai kod lima angka. Entah apa maksudnya?
Tidak pernah aku bayangkan wajah Maryam seperti ini. Jika di lihat dari patung ukiran Mother Mary, Maryam tidak mendandankan rambutnya. Wajahnya pun tidak sama.
Wajah Bonda Maryam kelihatan keanakkan, manis dan muda. Usia 20 tahun, namun aku memanggilnya Bonda. Hairan. Di alam mimpi semuanya menghairankan. Bagaimana sang diri dapat mengenali status Bonda walaupun usia tidak membedakan mereka.
Mimpi adalah perjalanan yang jujur tidak terkawal oleh sang nafsu dan bukan bayangan fikiran. Mimpi tidak bisa di harap-harap dan ia berlaku dengan kebetulan.
Aku berbicara dengan Bonda Maryam tentang beberapa hal penting,tentang perjuangan hidup ku mencari kebenaran. Aku juga diberi izin bertanya tentang Isa Al Masih dan Abdul Qadir Jelani. Yang dapat aku simpulkan disini, mimpiku adalah benar.
Bonda juga menyampaikan satu pesan untuk bersolat di masjid putih, seperti di perlihatkan tempat wuduk di belakang masjid tersebut. Entahlah di mana. aku terjaga dari mimpi jam 3 pagi, setelah menghantar Bonda Maryam ‘pulang’. Alhamdulillah.
Rahsia zikir nafas sebelum aku tertidur, akhirnya menemukan aku dengan Bonda, sang bidadari ibu dari bani Israel. Semoga diri ini di sambung kepada wasilah bani Israel yang dipelihara Allah.
Pada tahun 2018 Ibu di beri peluang oleh Allah untuk menziarahi Baitulmaqdis di Israel. Sempat bersolat di masjid putih kubah perak (Al Qibli) di belakang Masjid Al Aqsa yang berkubah emas. Di sisi masjid itu terletak tempat mengambil wuduk, lalu aku berwuduk di situ. Teringat mimpi ini, mungkin saja ini tempat wuduk di belakang masjid putih atau ada lagi masjid Putih, di bumi atau di langit? Hanya Allah lebih mengetahui di mana.
ika menurut sejarah, gambar rumah Maryam (gambar di atas) berdekatan Gunung Pion di Efesus, Turki. Namun dalam mimpiku ia sebuah rumah KAYU yang usang dan BUKAN rumah BATU.
Apakah ini Gunung Libanon? Dimanakah itu?
Didalam Perjanjian Lama mengacu kepada Kayu Cedar dari Libanon secara khusus di dalam pembangunan Bait Allah oleh Raja Sulaiman. Ketika Raja Sulaiman membangun, dia mendapatkan kayu aras dari Libanon oleh Raja Hiram dari Tirus, sekutunya pada saat itu yang mengirimkan balak kayu itu dari kapal dan tiba di pelabuhan dekat Yoppa. Raja Sulaiman menyimpan barang-barang pribadi nya di dalam Gedung Hutan Libanon ini.
Keistimewaan dan kelebihan Maryam tidak dapat disangkalkan lagi. Tiga sifat Maryam ialah ketundukan, ketaatan dan keimanan.
Allah S.W.T : ”Dan (ingatlah) Maryam binti Imrān yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada ruh (ciptaan) Kami dan dia membenarkan kalimah Rabbnya dan Kitab-Kitab-Nya dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat”.(Surah At-Tahrim:12).