Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Shahadah Lailahaillallah

Bagikan Post Ini :

Di awal tahun 2013, bulan Januari membuka helaian makam baru buat Aku.
Aku berada di alam terang seperti terangnya cahaya matahari di tengahari. Aku berada di dalam sebuah pejabat yang berdinding kaca. Kaca itu meliputi seluruh dinding dan bangunan agak berbentuk bulat. Melihat langit biru yang luas terbentang di depan mata. Juga kelihatan beberapa bangunan lain berhampiran. Bangunan itu sebuah bangunan yang tinggi.

Kelihatan sebuah kapalterbang yang besar menjelma dari langit menuju ke bumi. Nampak seperti ia terbang laju menjunam dan akan terhempas. Tiba-tiba kapalterbang itu bergerak ke atas semula dan ia terbang dari celah-celah bangunan.
Tergamam aku buat seketika.
Kapalterbang itu sedang menuju kearah ku!
Terasa seperti kesuntukan masa untuk melarikan diri atau turun keluar dari bangunan tersebut. Ia berlaku dengan sangat pantas hanya dengan beberapa saat lagi kapalterbang tersebut akan membinasakan aku.

Di saat itu terasa seperti saat menunggu sebuah kematian. Tiada daya upaya aku untuk berbuat apa-apa kerana ia berlaku terlalu pantas. Doa ku agar kapalterbang itu melencong ke lain dan tidak membinasakan aku.

Sayap kanan kapal terbang menghiris dinding kaca bangunan. Aku melihat kaca bersepai dan berterbangan. Tiba-tiba saja pandangan mata ku menjadi perlahan dan pergerakan alam maya seperti kaku dan ‘slow motion’. Seluruh tubuh menjadi sejuk beku. Seakan nyawa terkeluar dari jasad. Jasad ku sudah hilang rasa.

Aku merasai sakaratul maut?
Ternyata lidahku terus mengangkat shahadah ketika di ambang maut; ‘Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Aku Pesuruh Allah’.

Kalimah ini aku ucap dengan lidah dan bibir saat sakaratul maut dan mengangkat shahadah ini di alam ghaib.
Tiada kawalan minda di alam mimpi. Semuanya di atur. Aku tiada daya upaya sedikitpun di saat kematian. Dan shahadah ini jua tiada pernah ku ucap sepanjang hayatku.
Lalu terkejut dari tidur jam 5.00 pagi tika langit masih gelap di subuh hari. Merasai seluruh tubuh dingin tiada darah yang mengalir..

Sejuk beku seluruh tubuh.
Aku menjadi fana’ di alam mimpi dan fana’ di alam zahir buat seketika. Fana’ dengan kejadian yang baru di lalui.
Aku mengingati semula ucapan kalimah yang disebut. Sangat jauh bunyinya untuk di nyatakan.

Apakah maksudnya?
Kenapa shahadah ini yang aku sebut sehingga zahir ku kaku dan fana?.

Aku melalui Jalan Penyaksian tiada tuhan selain Allah. Saat melalui sakaratul maut yang begitu pantas terjadi tanpa seminit pun sempat aku berfikir tentang keluarga ku, apatah lagi tidak sempat berfikir cara untuk menyelamatkan diri, tiba-tiba kematian yang terasa real dengan pandangan maya menjadi slow motion dan perlahan saat nyawa melayang dari jasad.

Apalah yang ada pada ku ketika kematian datang menjemput melainkan keimanan hati ku akan Allah.
Allah tidak melimpahkan kenikmatan kepada seorang hamba lebih besar daripada memberinya pengetahuan tentang la ilaha illallah. Apabila aku mengucap dengan lidah bahawa ‘aku pesuruh Allah’, itu adalah benar buat ku. Aku tidak akan menafikan mimpi shahadah biar pun pelik dan mustahil. Hanya kerana ia bertentangan dengan syariat mu, maka aku harus ketepikan? Mungkin engkau yang akan menyerongkan niat mu tetapi tidak bagi ku.

Aku adalah hamba abdi Allah, ucapan yang seiring maksud timbangan shahadah tersebut jika di ucap di alam nyata. Ini Bahasa mimpi! Shadahah ini sentiasa benar bagi ku kerana keyakinan akan Ilmu dari alam mimpi bukan ilmu sembarangan.
Tika fana’ dan binasa aku mengangkat shahadah.

Mungkin engkau akan mengkufuri petunjuk mu sendiri, tetapi tidak bagi ku.
Aku sentiasa membenarkan petunjuk walau ia pelik lagi ganjil, akan ku tunggu jawapan dari Allah nanti.
Tidak perlu ku tahu akan hal tersebut sehingga di beri pencerahan oleh Nya dengan tidak terduga akal fikir. Kesabaran adalah kunci petunjuk di sini.

Selagi aku tidak binasa, tidaklah aku bersyahadah. Setelah wujudku lebur binasa, yang ada hanyalah wujudnya Allah. Mata hatiku terpandang wujudnya Allah sehingga ku fana dan kaku serta sejuk seluruh tubuh jasmani dan ruhani.
Inilah jalan makrifat yg aku lalui tanpa mengetahuinya terlebih dahulu.
Menyusuri perjalanan ini, diri terperiku di arah melafazkan shahadah di sebuah pejabat berkaca di alam ghaib.

Kalimah Shahadah adalah asas penyaksian akan Allah dan Rasul Allah. Jika di bumi, seorang mualaf melafazkan shahadah sebelum memeluk Islam, dan ia di lafaz dengan kehadiran Hakim atau Imam. Seperti Aku melafazkan shahadah, bersaksikan Allah, Al- Hakim yang Ghaib.

Apakah aku harus NAFI shahadah ku sendiri? Bodohlah jika aku TIDAK YAKIN tentang ini sedangkan petunjuk lain aku yakin.

Jika salah, pasti aku akan di tegur dan di perbetulkan oleh Ghaib. Sabar lah wahai hati, yakin dengan shahadah mu dan lihat masa depan mu nanti. Petunjuk ini untuk 10 – 20 tahun mendatang, apakah Keagungan Tuhan yang bakal ku saksikan setelah penyaksian ini.

Teruskan berkeyakinan dan bersangka baik dengan Allah, bukan untuk hari ini, tetapi untuk hari-hari esok. Janganlah kau goyah sesaat pon dari keyakinan mu. Insyaallah.

Kapalterbang yang turun dari langit adalah membawa utusan dan amalan. Pabila ia merempuh tubuh sehingga nyawa melayang dari jasad dan menjadi binasa bermaksud amalan itu menjadi sesuatu nikmat yang baru. Dan ucapan shahadah menyatakan keimanan diri sebagai hamba Allah (servant of God).
Begitulah interpretasi mimpi ini dari suluhan cahaya Allah.

Ini lah shahadah sebenar buat ku dan ia bukan untuk manusia lain memahaminya.
Perjalananku di susun rapi oleh Sang Rabbi.
Aku tiada kawalan di dalam mimpi.
Apa yang di perlihatkan itulah yang aku ingati dan aku pegang. Aku tiada daya upaya untuk mengubah Jalan cerita di dalam mimpi. Aku bukan sang peramal juga bukan sang ustazah. Aku tiada terkenal dan aku tiada di kenali.
Mimpiku bukan-lah karangan novel.
Tiada was-was.
Ya Rabb, jadikan shahadah ini ‘selendang’ ku di hari kemudian.

Note: Maaf, kandungan mimpi shahadah ini agak membingungkan sesetengah pihak kerana ucapan shahadah yang berlainan dari yang kamu ucapi. Tanpa kamu mengenal alam kekal tiada mati, kamu tidak akan memahami petunjuk ku. Aku tidak di ajar untuk berhujah namun di ajar apa yang tidak ku ketahui.

Subscribe For Latest Posts