Pada suatu malam di tahun 2008 aku berada di sebuah bandar asing yang sedang mengalami keadaan huru hara dan kemiskinan melampau. Dunia saat itu sedang menghadapi suasana DARURAT. Dalam kegelapan malam yang pekat, aku melihat ramai manusia (lelaki) keluar mencuri makanan di kedai, merosak harta benda dan merompak di jalanan. Ketika itu tidak ada satu manusia baik untuk di minta pertolongan. Tidak pasti bagaimana aku boleh berada di tempat tersebut yang sedang di landa huru-hara, pada waktu yang tidak tepat.
Terasa seperti orang asing di bandar asing. Didalam kekalutan malam, aku berlari menyelamatkan diri dari di tahan penjahat jalanan.
Aku berhenti pabila melihat sang polis disitu. Polis berkata, ‘ disini darurat, mana-mana kamu pergi sama aja, penjahat di mana-mana dan saya tidak dapat menolong’. Agak mengecewakan. Aku terus berjalan lagi. Sehingga tiba di persimpangan (corner), di sebuah tembok batu-bata, terlihat beberapa kereta bersusun disitu,. Agak tersembunyi lokasinya. Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri dan bersandar di tembok, kakinya bersilang sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Pemuda itu seperti ‘white male’ atau lelaki berkulit putih dan berambut merah. Rambutnya pendek dan tebal. Usianya sekitar dalam 28 – 33 tahun. Wajahnya seperti dalam gambaran namun rambutnya lebih merah.

Ketika itu, beliau sedang bernasyid berbunyi seperti ini;
‘….dan aku bina besi yang panas dan tinggi di antara dua gunung, dari menghalang manusia yang jahat dari satu gunung yang lain turun ke gunung yang lain untuk mencuri, LARI-LAH engkau dari gunung tersebut’.
Dan dengan spontannya aku berhenti di situ dan mendekati beliau. Aku berkata di dalam hatiku, inilah ayat-ayat Injil dan beliau menyuruh aku lari.
Lalu aku bertanya kepadanya, ‘Encik, kamu adalah orang yang baik, tolong lah saya encik’. Aku berkata lagi, ‘Saya cuma mau pulang dengan selamat’.
Aku memegang tangan beliau dan dia membawa aku ke tepian gunung yang curam dibelakangnya. Kami terjun dari suatu tempat yang tinggi. Tiba-tiba aku melihat KLCC yang ‘familiar’ dari pandangan mata ku. Selamat sampai akhirnya. Lalu terkejut dari tidur.
Termenung seketika ketika terjaga dari tidur. Apakah mimpi yang kelam kabut semalam?
Aku hayati mimpi tersebut kerana subuh tidak berapa minit lagi. Lalu aku solat subuh. Ketika solat, aku seperti terlupa semua surah-surah cuma hanya membaca al-falaq diulang sebanyak tiga kali tanpa disedari. Aku kebingungan selepas solat. Kenapa lupa? Kenapa Al Falaq?
Sungguh kehairanan seperti mengelamun. Apakah yang aku fikirkan sehingga terlupa bacaan. Agak kelewatan untuk pergi kerja, aku cepat-cepat mengambil terjemahan al-Quran untuk melihat maksud AL FALAQ. Agak sudah lupa maksudnya, setahu aku ayat al-falaq itu dibaca jika ada gangguan hantu dan syaitan.
MasyaAllah. Aku melihat ayat al-falaq adalah tentang cerita semalam. Tentang kekalutan di waktu malam gelap, tentang kejahatan manusia di waktu malam dan tentang ketakutan di waktu malam.
Petang itu, aku menelefon bapa menceritakan peristiwa semalam. Bapa mengulas tentang ayat tersebut iaitu ayat dari surah AL-KAHFI. Ayat tentang Dhul-Qarnayn dan peristiwa kejahatan dari mahkluk jin, YAKJUJ MAKJUJ. Mahkluk gergasi ini suka merosak dan mencuri tanaman dari orang-orang gunung yang baik sehingga Raja ini membina tembok yang tinggi diantara dua gunung tersebut dari besi yang panas. Masya Allah.
Sungguh benar mimpi aku! Kehairanan yang luar biasa.
Mimpi ku umpama video (mock-up) yang memperlihatkan suasana akhir zaman, yakjuj dan makjuj menguasai bumi.
Dhul-Qarnayn mempunyai qaromah sakti. Aku membaca sejarah-nya setelah mendapat khabar mimpi ini. Sebelumnya tidak ku ambil pusing tentang Dhul-Qarnayn. Sang Raja Alexander ini telah mengembara dari Persia sehingga ke Gunung Himalaya di India. Dia juga dikatakan mempunyai RAMBUT MERAH , ‘reddish blond’ dan sedikit beralun.
Mungkin kerana salasilah, aku dihubungi Dhul-Qarnayn? Atau kami berada di Jalan yang sama?
Mimpi ini mengingatkan aku akan kebesaran Allah yang telah menyelamatkan ku dari fitnah dajjal dan YAKJUJ MAKJUJ di akhir zaman.
Nah, mimpi ini mengajar aku bahawasanya ayat Dhul-Qarnayn adalah sebahagian dari Injil Allah. Walau kamu membacanya dari Al Quran, namun Allah lebih mengetahui jika itu adalah ayat-ayat Injil Pena-Nya.
Ayat-ayat Injil Allah ini dituruni sebelum turunnya Al Quran!
Sungguh benar Ilmu dari alam ghaib.
Lihat, kebanyakan manusia akhir zaman hanya memiliki SATU MATA. Mereka buta sebelah penglihatan kerana MELIHAT hanya dunia material dan BUTA alam ghaib.
Apakah kamu juga melihat dengan SATU MATA seperti mereka?
Lihat dan baca Ilmu di sekelilingmu dengan dua mata, mata nyata dan mata ghaib.
Ya Rabb, hilangkan was-was bisikan iblis ke dalam hati ku, demi Allah Maha Penyelamat ku.
