Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Dewi Quan Yin

Bagikan Post Ini :

Mimpi selalunya menceritakan perihal diri sendiri dan perkara yang akan berlaku di sekeliling kita.

Pada tahun 2003, aku bermimpi tentang seorang Dewi.

Ketika berjalan di sebuah tempat seakan sebuah istana atau mungkin juga sebuah muzium atau seperti kuil yang sangat besar. Kelihatan lantai marmar yang sangat berkilat indah, dindingnya di warnai dengan warna kilauan emas. Kelihatan istana itu mempunyai beberapa patung yang di tempatkan di lantai yang agak tinggi sedikit seperti wakaf dari binaan beberapa anak tangga. Beberapa kumpulan manusia berkumpul di bawah wakaf tersebut. Mereka seakan menyembah patung-patung ini.

Kemudian Aku terlihat suatu patung wanita yang memegang pasu (vase) sedang menuang air ke kolam. Beberapa orang di bawah anak-anak tangga wakaf itu menyembahnya. Tika asyik melihat patung tersebut, tiba-tiba seorang wanita keluar dari badan patung itu. Dia muncul dan menjelma sebagai manusia. Ya, seorang wanita keluar dari tubuh sebuah patung!!.

Wanita cantik itu berjalan menuruni anak-anak tangga dan kebetulan menuju kearah ku. Dia semakin mendekati diri ini yang tergamam sejak tadi.

Wanita itu anggun sekali, memakai pakaian tradisional seperti pakaian Indonesia atau mungkin seperti Thailand. Kain sarungnya seperti berbenang emas dan perhiasan sanggulnya berwarna emas. Lagak berjalannya seperti seorang Diva. Wajahnya seperti kacukan Thailand bukan melayu asli berkulit putih kuning langsat.

Bajunya tidak mempunyai lengan tangan. Kelihatan kedua lengan atasnya di liliti oleh perhiasan gelang di lengan. Ini hanya Illustrasi Pakaian.

Raut wajah berbentuk agak lebar dan tidak bulat atau tidak panjang. Dahinya agak jendul dan luas mungkin kerana dia bersanggul. Orangnya bersaiz besar, dan tidak kecil serta tidak gemuk. Berisi tidak tetapi cukup saiz dan padan dengan tingginya.  Kami seperti  sama tinggi dan sama saiz.

Dia menghampiri aku lalu aku mengucapkan salam. Wanita itu cuma tersenyum , terus berjalan meninggalkan aku.

Dia tidak menyambut salamku? namun cuma tersenyum.

Aku terjaga dari tidur. Terfikir jika aku berada dimana sebentar tadi.

Kenapa aku hadir ke sebuah kuil yang mempunyai patung-patung? Sedangkan aku bukan seorang yang menyembah patung atau pagan.

Tidak pernah aku mengenali patung-patung ini atau agama mereka. Apakah yang mau di beritakan kepada ku? Siapakah dewi ini yang disembah manusia?

Setelah sebulan berlalu, aku mengikuti rombongan ke Bali. Kebetulan memang tiada hajat untuk kesana. Ini kerana rombongan (paid trip) yang telah dibayar syarikat untuk melancong. Bukan dari wang saku ku. Tidak ada hajat yang besar cuma jika terjumpa sesuatu yang aneh pasti aku akan menukar niat. Ketika bas rombongan melalui pekan-pekan di kota Bali, aku melihat patung-patung ukiran di setiap kedai-kedai tersebut. Banyaknya kerajinan tangan orang-orang Bali.

Ketika itu aku terlihat akan patung ini. Patung seorang wanita memegang pasu berisi air. Masya Allah. Apakah ini semua benar? Aku sedang berada di negeri dewi yang pernah mewujudkan dirinya kepada ku tempoh hari.

Beginilah patung itu kelihatan. Malah serupa gambaran aku tentang gelang di lengannya dan tentang sanggulnya serta pakaiannya. Apakah visi tentang dewi ini serupa di seluruh dunia? Apakah dewi ini muncul bersama pakaiannya sehingga manusia boleh menggambari beliau dengan begitu hebat sekali.

Aku sempat bertanyakan kepada orang Bali,  mereka mengatakan itu adalah Dewi Kanin. Kalau di Jepun dipanggil Kanon , kalau di China atau Korea di panggil Quan Yin.  

Closeup of a fountain statue of a woman pouring water from a jug, Bali, Indonesia, November 2016

Dewi Quan Yin atau Dewi Kanin ini memang seorang dewi yang sakti  dan pengaruhnya amat besar ke atas manusia terutama wanita-wanita. Beliau menjaga perigi dan sumur, tempat mandian anak bidadari syurga. Air yang mengalir dari perigi dan sumur ini menjadikan wanita awet muda.

Masya Allah. Betapa hebatnya Allah, cuma sebulan sebelum keberangkatan tiba ke Bali, Dewi ini telah dulu menghubungi ku untuk memperkenalkan dirinya sebelum aku menjejaki Pulau Bali.

Dialah Tuan Puteri yang menjaga kolam mandi tersebut dan jika tuan hamba dapat menjelajahi ke alam syurga wali suci , dan menemui kolam mandi “Taman Bunga Teratai ” , nescaya bertemu dengan si cantik Dewi Quan Yin.

Subscribe For Latest Posts