Ketika sekitar tahun 2002-2003, aku banyak sekali tidur terganggu di tengah malam atau menjelang subuh hari. Ketika tidur selalu aku akan memasuki alam yang lain.
Aduh..penat setiap kali mengalami keadaan seperti ini. Dan perassan ‘takut’ sentiasa menyelubungi hati. Takut kalau melihat hantu muncul di depan mata. Maklumlah usia muda dan tiada ilmu pendinding diri, kadang-kadang boleh di rasuk jika tidak kuat imannya.
Suatu malam, ketika keadaan separa sedar aku seperti terjaga dari tidur.
Kelihatan pintu kamar terbuka. Lampu kamar gelap namun dapat melihat samar-samar cahaya dari tingkat bawah rumah dua tingkat.
Siapakah gerangan sosok manusia yang berada di rumah aku?
Tiba-tiba muncul seorang lelaki memasuki kamarku, berdiri di ujung katil.
Wajahnya samar-samar. Yang pasti dia memakai seluar jeans dan tidak memakai baju. Aduh.. badannya sasa. Tubuh tidak tinggi dan tidak kurus. Dia mendekati ku dan berdiri di sisi katil.

Aku melihat wajahnya, seperti orang melayu, mata seperti ‘slyvester stallone’, kelopak matanya tebal tapi mata kelihatan sedikit sepet turun ke bawah. Hidungnya mancung.
Dia berdiri disisi ku.
Entah kenapa aku seperti marah mungkin kerana bilik di masuki lelaki tak dikenali, aku bertanya, ‘siapakah yang menghantar kamu ke sini?’.
Lelaki misteri itu berkata, ‘saya di suruh datang ke sini oleh Raja Agung Sakti’.
Aku bertanya, ‘Ya, kenapa “Orang” yang menyuruh kamu itu sendiri tidak datang?’.
Lelaki tersebut diam saja…
Masyaallah, seperti mengenali Sang Raja Agung Sakti?
‘Apakah kamu orang yang sudah mati?’, aku tanya lagi.
Katanya, ‘ ya…saya sudah lama mati’.
‘Saya datang dari SYURGA, saya orang Indonesia’.
Dan aku pula yang terdiam kali ini.
Setelah memperkenalkan diri, pemuda itu lantas duduk di sisi ku. Nah separa jaga ini, tubuhku masih kaku di katil. Semakin lama bersama nya semakin mengenali dia. Terasa seperti pernah merindui pemuda ini suatu ketika dulu.
Aku pun terlelap seketika pabila tangannya membelai rambut ku. Terkejut dari tidur, kelihatan pemuda itu masih di sisi katil.
Lalu katanya, ‘saya perlu pergi, kamu tertidur tadi’.
Dia pun mencium dan terasa begitu hebat ciumannya.
Lantas ku berkata, ‘esok datang lagi ya, saya tunggu kamu’. Dia pun mengangguk dan pergi.
Nah terkejut dari keadaan separa sedar. Terasa pertemuan pendek dengan seorang lelaki misteri di dalam kamar tidur sendiri seperti suatu kenangan yang tidak dapat di lupai.
Ia adalah pertemuan yang romantis bersama orang ghaib dari syurga. Aku tidak pernah bertemu dengannya lagi selepas itu sehingga ke hari ini.
Siapakah gerangan lelaki misteri dari Indonesia itu?
Kenapakah Raja Agung Sakti menghantar beliau kepada ku?.
Benarkah dia berasal dari Indonesia dan turun dari syurga? Syurga yang mana? Syurga Kayangan atau Syurga Jannah?
Ingatan ku kepada lelaki dari Indonesia di simpan di sini, di dalam buku ku, pasti bisa ku kenali beliau di bumi dan di alam ghaib jika bertemu lagi.