Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Dewa Matahari

Bagikan Post Ini :

Kembali kepada zaman ketika usia ku masih muda remaja. Inilah perjalanan mimpiku yang terawal di tulis didalam dairi. Kamu akan fahami bagaimana aku mendalami ilmu mimpi dan petunjuk dari Allah Ta’ala yang menurunkan cerita tentang Keagungan Dia kepada ku satu persatu mengikut usia ku.

Aku melihat bagaimana Allah telah membersih lapis-lapis diri ku yang jahil, yang muncul dari nasab-nasab ku yang tidak jelas ini. Semoga perjalanan kamu membaca kisah mimpi ku mendapat ilmu tersirat yang berharga yang tiada tertulis di mana-mana kitab-kitab hadis di zaman ini.      

Buka hati mu dengan niat yang baik tanpa ada prejudis.

Mimpi ini berlaku di tahun 1997, ketika usia muda menganjak dewasa tetapi belum matang untuk memahami ilmu keruhanian dan spiritual.

Tika ini aku bermimpi menaiki naga kayangan. Ianya suatu pengalaman yang sukar dilupakan kerana sehingga kini mimpi sebegitu tidak pernah berulang lagi.

Aku seperti menunggang naga yang sedang kecil saiznya. Terasa seperti menuruni dari paras yang tinggi menuju ke bumi. Kelihatan badan tunggangan itu bersisik berwarna hijau. Aku melihat nun jauh di bawah sebuah lautan luas dan kepulauan. Entahlah di mana, namun terasa kaki mencecah air tika naga menyinggah di gigian air laut. Apa yang menghairankan, pulau itu seperti tiada penghuni, sunyi dan sepi.

Kelihatan cuma sebuah pondok usang yang berbumbung jerami terletak di atas anak bukit tidak jauh dari pantai. Begitu usang seperti berada di zaman lama. Langit cerah seperti tengahari. Aku berlari-lari anak, leka bermain seorang diri. Ketika sedang bermain, bonda-ku tiba-tiba turun dari awan-awan (atas) dan memanggil anaknya untuk segera kembali. Katanya ada hal penting. Aku bergegas meninggalkan pulau menuju ke ruangan atas langit.

Entah bagaimana, aku berada di sebuah kawasan rumah kayu, pintu besarnya seperti pintu rumah kaum Jepun.

Aku terus duduk bersimpuh di belakang satu barisan ahli keluarga. Dari hadapan barisan adalah yang tertua dan diikuti oleh yang muda di belakangnya. Aku kira lebih kurang tujuh orang semuanya dan aku kedua dari belakang. Bermaksud punya seorang adik (dalam usia 6 tahun sedang berhingus ketika itu) dan kakak dihadapan dalam usia 14 tahun serta ramai ahli keluarga lain di hadapan. Nah, agak-agak usia ku ketika itu mungkin saja dalam 10 tahun barangkali. Aku dapati pakaian kami semua adalah putih seperti kimono jepun. Ahh…tidak terfikir apa-apa ketika berada di alam mimpi kerana semuanya berlaku seolah-olah aku mengenali diri sendiri dan ahli keluarga di sana.

Tiba-tiba satu suara kedengaran dari luar pintu besar. Semua orang terdiam dan memandang ke arah luar dengan penuh kusyuk seolah-olah melihat seorang Raja. Dan aku melihat ia adalah sebuah MATAHARI yang memiliki satu rupa manusia dan sedang bercakap-cakap. Masya Allah.

Apakah ini semua benar atau mimpi simbolis?

Siapa itu Matahari yang memiliki rupa dan bisa berkata-kata?

Dari mana asalnya orang Jepun ini?

Apakah benar mereka bertuhan kan Matahari?

Benarkah mereka ini dulunya kaum kayangan?

Umur ku masih muda ketika mimpi ini menerjah hidup ku. Tidak ku ambil pusing tentang mimpi, namun aku menyimpan memori ini didalam dairi ku.

Pernah aku tanyakan Ibu apakah kami pernah punya pertalian sehingga ke Jepun. Se-tahu ibuku, tidak ada namun, tiada siapa yang tahu asal bangsa Cina Yunani mungkin saja dari kepulauan Jepun.

Jika menurut sejarah, ternyata orang Jepun memang menyembah Shinto yang bermaksud “jalan para dewa”. Shintoisme dipandang oleh bangsa Jepun sebagai agama tradisional warisan nenek moyang yang telah berabad-abad hidup di Jepun. Fahaman ini timbul daripada mitos-mitos yang berhubungan dengan terjadinya negara Jepun serta upacara mengelilingi api sebagai suatu sambutan perayaan atau upacara keagamaan.

Mungkin juga asal usul kepercayaan Jepun adalah dari orang-orang kayangan sendiri yang turun ke bumi dengan menurunkan kepercayaan, tata karma, pakaian serta keturunan mereka di kepulauan Jepun.

Apa yang pasti mimpi ini ada kebenaran sejarah nya, namun kenapa Aku yang melaluinya, tidak diketahui maksudnya sehingga kini.

Subscribe For Latest Posts