Mau kah ibu ajarkan satu ilmu? Ilmu berharga dari Sang Akhir, kerana Dia adalah Sang Awwal. Mereka di langit TAHU tentang bagaimana Allah melihat manusia di bumi.
Ikuti ku?
Ilmu yang kamu TIADA akan jumpai dari mana-mana kitab. Ilmu rahsia hanya yang bijak mendengar akan memahami.
Ia tentang asal usul mu.
Ilmu ini bukan mengenai ciri-ciri ibadah kamu tetapi ilmu mengenai ciri-ciri perbuatan yang menjadi ‘lumrah’ keturunan mu, mungkin berasal dari faktor budaya, tata-karma, peradaban, tradisi dan sumber spirit alam.
Begini Allah melihat mu;
Samada asal kamu dari keturunan Wali Suci atau keturunan Wali Allah.
Perkataan WALI disini bukan cerita mengenai ‘utusan’ Allah tetapi tentang ‘asal usul’. Allah melihat manusia di bumi dengan merujuk diri mu kepada keturunan mu.
Aku hanya penyampai, mengulangi apa yang telah tertulis.
Wali Suci itu adalah keturunan bangsa kuno dan bangsa lama, ‘the ancient’. Ini lah manusia dari keturunan Nabi Adam dan Nabi Yaakob.
Wali Allah adalah dari bangsa Arab-Afrika, manusia dari keturunan Nabi Ishmael dan Nabi Muhammad.
Allah melihat kamu dari benih-benih ini yang bercambah di muka bumi. Jika di langit mereka akan memanggil mu , wali Suci atau wali allah.
Kerana yang sampai ke negara langit itu adalah mereka yang sampai kepada Allah.
Wahai bangsa Nusantara, kamu BUKAN dari bangsa Ishmael dan Muhammad. Kebanyakan kamu adalah bangsa wali suci.
Apakah kamu sedang mendengar ku?
Bukankah nenek moyang mu adalah turunan bangsa lama? India, Cina, Jepun, Indonesia, Siam, Parsi adalah BUMI ancient, tanah lama. Tiada bangsa Malaysia baru disini. Kamu adalah bangsa campuran benih-benih lama.
Bukankah telah ku khabarkan jika menuntut Ilmu agama adalah sebahagian dari keagungan Allah dan mencari jati diri adalah Jalan Kembali?
Ribuan tahun dulu, turunan wali-wali suci secara lumrah, mereka hidup di bawah kepercayaan berlatarbelakang Kesucian dan RITUAL. Nenek moyang kamu dulu adalah PENDEKAR, Sang Samurai, penuntut ilmu bela diri, pengamal tenaga dalam, dan memiliki ke-keramatan luar biasa. Kesenangan dan Kemahsyuran adalah tujuan hidup mu.
Sehingga kini, kamu masih suka meramal hal-hal yang akan membawa kepada kesenangan, menjamin masa depan, menerawang horoskop dan praktik ilmu kebatinan untuk kehormatan diri. Kamu adalah paranormal yang pandai mengubati penyakit juga memiliki kuasa supernatural di dalam air dan dalam angin.
Itu lah keturunan wali suci!!
Banyak persyaratan dan kesucian harus kamu tempuhi untuk memiliki segulung ilmu ini.
Kesucian dan Kalam Allah itu adalah KUNCI ilmu mu!
Ilmu yang kamu perolehi dari Ruh Suci (Holy Spirit) memberi mu kejayaan dalam setiap pergerakan mu. Kamu memiliki banyak pembantu, dari ayat-ayat, talisman, keris, batu-batu geliga dan spirit-spirit.
Kamu sukakan kemasyhuran. Kamu terkenal, di julang tinggi oleh kaum mu kerana ilmu keramat. Nama mu terpampang sebagai wali allah, hakikat sebenarnya kamu adalah wali suci!
Nah biar ku bandingkan dengan keturunan wali allah, dan bagaimana kami mengenal mereka;
Jika turunan mu adalah dari wali allah, kamu tiada ‘kemahsyuran’ dan ‘kekayaan’. Dua ciri utama wali allah.
Kamu hanya akan menyandarkan semua HARAPAN kepada Allah, tiada pertolongan lain selain Allah yang menyembuhkan dan yang memberi rezeki.
Tiada jampi, tiada ayat, tiada air suci, tiada kalam Allah.
Bukan AYAT yang akan membantu mu tetapi La Hawla wala Quwwata illa billah (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰ)
Redha dan Tawakkal kepada Allah.
Kamu adalah seorang PENYABAR, menunggu tanda dari Allah sehingga cahaya pertolongan datang kepada mu. Kamu adalah Sang Fakir, tiada dikenali di bumi, tiada harta. Kamu zuhud dunia.
Mau sihat, mau sengsara, mau miskin terserah Allah.
Itu lah Jalan Wali Allah!.
Jalan Sang MISKIN.
Jalan berserah kepada Sang AHAD.
Ayat yang akan membawa kamu kepada Islam sebenar ada pada surah Al-ikhlas.
Bukankah Hajar seorang hamba abdi? Itu IBU mu, wahai turunan wali allah!! Sang hamba abdi, yatim, miskin lagi tiada harta.
Genesis 21; berkatalah Sara kepada Abraham: “Usirlah hamba perempuan itu beserta anaknya, sebab anak hamba ini tidak akan menjadi ahli waris bersama-sama dengan anakku Ishak.”
Hal ini sangat menyebalkan Abraham oleh karena anaknya itu. Allah berfirman : “Janganlah sebal hatimu karena hal anak dan budakmu itu; dalam segala yang dikatakan Sara kepadamu, haruslah engkau mendengarkannya, sebab yang akan disebut keturunanmu ialah yang berasal dari Ishak. 21:14 Keesokan hari, Abraham mengambil roti serta sekirbat air, memberikannya kepada Hagar. Ia meletakkan itu beserta anaknya di atas bahu Hagar, kemudian disuruh perempuan itu pergi. Maka pergilah Hagar dan mengembara di padang gurun Bersyeba.
Allah meminta Ibrahim mendengar permintaan Sarah? Allah memuliakan Sarah di bumi kerana kata-katanya akan menjadi kekuatan keturunan Hajar dan Ishmael. Kekuatan Bangsa Muhammad adalah dari kelelahan Ibu mu Hajar. Menghilangkan ‘harta’ yang menjaga mu, ditinggal ‘yatim’ dan berjalan seorang diri dengan kebenaran adalah kekuatan umat Muhammad yang sebenar.
Wahai bangsa arab, Tuan Sayyid dan Tuan Sheikh, kamu harus kembali menjadi Sang hamba abdi, Sang fakir yang tunduk bukan sombong seperti turunan Pahlawan Raja.
Konsep pengabdian mu Salah!
Jika kamu ingin kuat ‘keyakinan’ kepada Allah tunduk-lah dan lelah-lah dalam pengabdian mu kepada Allah. Jadilah FAQIR yang TIDAK meletakkan Dunia di depan mu.
Beratus tahun lamanya turunan Arab Ishmael dan Muhammad hidup mewah, seperti angkatan raja di bumi. Jet peribadi mu di sana sini. Dubai adalah rumah kedua mu. Isteri mu lebih dari empat, termasuk ‘mistresses’ mutaah. Kamu di julang, di muliai oleh tanah-tanah sekelilingmu.
Allah akan bertanya kepada mu tentang Harta dan Nikmat yang kau kumpulkan itu akan menjerat leher mu sendiri.
Jika kamu BENAR turunan Muhammad, jadi lah seperti Ishmael, tahu tempatnya di mana!
Kamu bukan Pahlawan Raja!
Kamu bukan dalam senarai VIP Raja!
Kamu hanyalah Pelayan Raja!Bukankah hamba abdi itu PELAYAN Allah?
Itu lah tanda kamu seorang wali allah.
Keturunan wali allah itu dekat sekali kepada Sang Ahad. Tiada hijab antara mereka.
Apakah kamu mendengar ku?
DARJAT wali allah itu lebih tinggi dari wali suci!
Aku yang menulis ini, langit memanggil ku Wali Suci!. Darah ku dari tanah Arab, Parsi, Thailand, Indonesia and China.
Kamu yang mana satu, wali suci atau wali allah?
Kami mengenali mu wahai bangsa Nusantara. Kamu tidak boleh lari dari membohongi kami.
Jika kamu diuji dengan sedikit ‘kesusahan’, kamu mencari ayat dan jampi. Itu lah kenapa hidup mu SUSAH dan melarat. Kamu berjalan ke belakang! Bangsa yang kurang membangun, akal yang tidak mencapai transformasi yang Tuhan kehendaki.
Sumpahan lama yang mengikat kamu kepada kegelapan.
Nah walau kamu sudah beragama Islam dan agama kristian sekarang, bukan bermaksud turunan wali suci mu sudah hilang. Ia tidak pernah hilang kerana ia ada dalam darah mu.
Namun Allah lebih tahu jika kamu berada diantara DUA keturunan; Wali Allah dan Wali Suci.
Darah ku dari dua turunan wali. Lihat kulit ku memiliki cahaya hitam dan merah! Bukan semuanya cahaya kuning dan putih. Aku memiliki keempat-empat cahaya itu.
Buktinya? Kedua kitab ada dalam diri ku; Kitab Hebrew dan Al Quran. Kalam-kalam itu tidak tidur!
Kamu terbang selepas membaca al Quran? Aku TERBANG, kerana Ruh ku adalah ruh para syahidin (شُهَداء). Mereka seperti burung syurga yang bebas ke mana-mana.
Jika darah mu seluruhnya turunan wali suci, al Quran TIDAK mampu hidup di dalam kalbu yang tiada benih asalnya iaitu bangsa Muhammad. Seperti menanam benih pokok di atas batu! Jika ia hidup, pasti buahnya tawar dan pahit!
Kamu hafazan dan Quran itu berlalu pergi! Lidah mu saja kaku apa lagi memahami maksud tersirat.
Maka itu Kitab Al Quran tidak dibaca dalam bahasa selain Arab!!.
Cahaya jiwa mu harus di tukar berkali-kali untuk di terima sebagai bangsa Muhammad. Itu hanya melelahkan kamu! Angan mu tinggi untuk Islam tapi Kudrat mu tiada! Tariqat sanad mu tidak cukup kuat untuk menukar benih asal mu.
TANDA pun tiada pada mu, apatah lagi mau menjadi Sang Faqīr disisi Allah?
Kamu mengingini syurga islam yang tinggi? Keinginan mu hanya akan menjadi Hijab mu!
Angan-angan saja! Kamu tidak akan KUAT menempuhi jalan wali allah. Darah mu itu tidak ada kekuatan seperti Hajar dan Muhammad. Bukan syurga boleh di pilih-pilih, tetapi bagaimana jalan mu bisa sampai kepada Allah?
Bukankah para Nabi tahu ruh-ruh suci yang turun ke bumi?
Kamu ingat Iblis saja yang tahu tanda-tanda itu?
Agama Islam hanya menunjukkan kamu jalan kepada Allah melalui Nabi Muhammad tapi Rasul mu tidak memiliki KITAB AMALAN mu kerana kamu bukan turunan wali allah.
Jika amalan mu sampai kepada Allah, Mereka akan memberi petunjuk kepada mu didalam mimpi. Itu tandanya amalan mu sudah di dengari dan nikmat Tuhan akan turun kepada mu berserta ujian-Nya.
Ini tidak bermaksud ‘Jalan’ mu sudah bertukar ‘reporting line’.
Maaf kan aku. Jika ini khabaran perit buat mu dengar wahai umat Muhammad. Lebih baik kamu tahu dari kamu tiada pengetahuan.
Begitulah Allah melihat kamu dengan MERUJUK kamu kepada keturunan mu.
ISLAM itu TINGGI dan bukan semua manusia yang beragama Islam sampai kepada Islam. Ruh Sang Faqīr boleh naik ke langit tinggi untuk menyaksi (mushahadah) diri nya.
Ayat Sang Rasul mu itu ada dalam al- Ikhlas الْإِخْلَاص, sandarkan semua harapan kepada Sang Ahad.
Dia Allah al Ahad الأحد, As Samad الصَّمَدُ.
The Absolute One, the Provider.
Dia tidak ada di langit dunia! Cari lah dilangit tinggi, kamu akan menjumpai Nya.
Perjalanan Islam mu sebenarnya hanya akan bermula setelah shahadah ini. Ghaib menyaksi dulu baru jasad akan mengikuti.
Faham maksudku?
Cari Imam Mahdi mu. Dia pasti tahu undang-undang Hamba di bumi akan tunduk menuruti Raja.
Wahai Wali Allah, Isa Ruhullah akan turun ke bumi BUKAN sebagai seorang Rasul, ku ulang lagi…, bukan Rasul kerana Dia tidak membawa syariat.
Cari lah Nama-Nya Sang Isa, ia ada di dalam surah An-Nas ورة الناس.
Wahai IsraEL, sebagaimana Musa adalah Ayah ku, begitulah Musa adalah Ayah mu. Sebagaimana Isa adalah Raja ku, begitulah Isa adalah Raja mu. Sebagaimana Muhammad adalah sahabat ku begitulah Muhammad menjadi sahabatmu.
Bukankah aku kenal “MEREKA’ di Syurga? Mimpi yang ditulis hanya separuh cerita, aku menyimpan separuh cerita lagi.
Tugasku menyampaikan khabaran jika Isa Ruhullah akan turun ke bumi untuk semua agama dan bangsa.
Lihat dimana keyakinan (faith) ku berada disitu lah Sang Raja akan menyusuri. Aku dari Nya, keyakinan ku adalah Keyakinan-Nya.
Aku peniup trumpet kedatangan Sang Raja. Semoga Allah menyembunyikan aku dari musuh-musuh-Nya.
Kamu punya pendengaran tapi tidak mendengar, kamu punya penglihatan tapi tidak melihat. Masakan manusia tidak punya mimpi dan petunjuk? Kamu lah yang mengkufuri nikmat yang Allah berikan.
Amalan ibadah umat akhir zaman seperti buih-buih kosong di lautan. Mereka ramai sekali tapi semuanya kosong dan ringan. Tiada pemberat timbangan.
Kebaikan mu sama berat dengan kedengkian mu. Kamu pamerkan semua amalanmu dalam Social media untuk rating dan likes. Ia telah pun hilang!
Allah Yang Maha Pengasih memberi peluang untuk manusia kembali kepada Nya dengan satu ayat yang mudah. Keagungan Basmallah sudah ada di langit dunia, diturunkan dari Perbendaharaan Allah di bawah A’rasy yang tinggi oleh nabi mu.
Ia sangat berat, jika kamu bisa menanggung Basmallah NAIK ke langit, ia akan menjadi pembantu mu untuk kembali. Hanya dengan belas kasih Allah kamu hidup dan mati, kepada-Nya kamu kembali.
B-ismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīmi (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ) “In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful”.
Ingat hanya dengan BELAS kasih Allah (His Grace) kamu akan diselamatkan.
Ini kunci untuk kamu kembali.
Basmallah ini akan memberatkan kembali timbangan mizan mu diakhirat.
Maaf jika aku tidak mengajar kelebihan ayat yang lain kerana begitulah langit telah berkata dan aku hanya menurut perintah.
Basmallah untuk semua bangsa dan agama.
Jika Isa Ruhullah turun ke bumi apakah kamu akan menyebut “dengan nama Yesus”, didepan Yesus mu?
Isa akan mengajar kamu menyebut “dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Percaya kata ku!!
Percaya ini bukan separuh-separuh tapi sebulat iman harus kamu sandarkan kepada kalam Allah tersebut.
Buatlah apa yang kamu mampu tapi Allah mengkehendaki kamu mengingati Nya 24 jam sehari sehingga didalam tidur mu tiada lain yang kamu ingati selain Allah.
Ini bukan hal yang baru tapi aku mengingatkan mu kembali. Rukuk-lah kepada Keagungan Allah dan Sujud-lah kepada Allah al -A’la, Yang Maha Tinggi.
Jangan kamu mengecilkan keagungan Allah yang aku sampaikan, kerana Rukuk (rukū) mu akan menjadi Sia-Sia.
