September tiba dengan mengajar ku untuk menulis tentang Kosmik Diri.
Mengingati kisah moyang dari keluarga pedagang arab, singgah ke Pattani, Thailand, bernikah lalu berhijrah ke Pulau Pinang, Malaysia. Di abad ke 18, Pulau Pinang adalah sebuah pelabuhan penting untuk kapal-kapal dari India, China, Arab, Eropah dan Parsi.
Ketika asyik membicarakan turunan arab wali allah, datang sebuah NIKMAT Allah tidak terduga.
Akaun bank online apps ku di keringkan oleh ‘hackers siber’ yang bijak menggali cara menembusi handphone. Aduh, kehilangan wang dalam akaun dan kad kredit dalam sekelip mata. Oh Dunia siber!!
Allahuakbar, aku sedang jatuh miskin!
Nikmat Allah sudah datang bersama UJIAN Nya!
Sungguh Cepat Allah mendengar ku! Fikiran ku adalah kata-kata di alam ghayb. Nikmat Allah jangan kau persia kan, rebut apa yang sedang di turuni kepada mu!
Allah ingin melihat bagaimana hati mu menangani hal dunia yang penuh kejahatan ini!
Kamu sedang jatuh miskin…bukan kah kamu menyebut turunan wali allah itu faqir miskin yang hebat?
Apakah kamu akan beri peluang kepada setan untuk memasuki fikiran mu? Fikirkan tentang ‘wang’ yang hilang atau kamu fikir tentang pertemuan dengan Allah?
Jangan kamu menoleh ke bawah, bumi yang rendah dengan nafsu dan kejahatan. Lihat ke atas dan terus berjalan.
Jaga apa yang kamu fikir setiap waktu!!
Tiada AYAT! Tidak perlu kamu kumat kamit membaca ayat untuk mendapat kembali wang mu.
Jika mau jadi seperti wali allah, biasa aje.
Keselamatan dan kehidupan mu tawakkal saja kepada Allah yang mengatur.
Paling-paling miskin dunia tidak lama. Miskin lah apa yang Allah kehendaki, bukankah kamu kata turunan mu sebahagian lagi wali allah?
Sang fakir itu tidak kisah jika harus zuhud!
Namun aku bukan seperti Hajar dan bukan seperti Rabiatul Adawiyah.
Aku tidak kuat ‘ujian miskin’ itu kerana darah ku darah Israel.
Menjadi faqir miskin bukan ujian untuk ku.
Ujian besar ku yang selalu di UJI Allah itu adalah untuk melepaskan Nafsu shahwat dan keinginan menjadi wanita sempurna. Kerana aku memiliki apa yang wanita idamkan; kecantikan, wang, kebijaksanaan, bahasa asing dan pekerjaan ‘international’.
Kamu mencemburui ku?
Selagi kamu tidak melenyapkan nafsu-nafsu rendah dan fikiran yang mencetuskan kemuncak nafsu, kamu tidak akan bisa memiliki jiwa murni.
Jika kamu adalah sang makhluk indah, keindahan mu harus wujud didalam kekosongan.
CINTA itu hanya mengikat kamu kepada nafsu dan NAFSU adalah KESENGSARAAN!
Lihat bagaimana manusia sengsara kerana mengingini cinta dan wang?
Hati mereka terikat kepada emosi dan perasaan.
Jika tidak berjuang untuk mengalahkan hawa nafsu, kamu tidak akan memperoleh Jiwa Murni.
Wang hilang bisa di cari lain. Jangan kau biar emosi mengawal fikiran mu. Ujian mu akan GAGAL disisi Allah!!
Jiwa Murni itu adalah jiwa tanpa kekotoran. Ia membebaskan penderitaan dan kesedihan mu.
Kenapa kamu melayani emosi berbicara tentang manusia yang berbuat kejahatan kepada mu?
Itulah kesengsaraan bumi!
Maaf aku cuma mengajar kamu mencapai jiwa sirr yang paling dalam. Jiwa murni itu sangat suci, ia adalah ‘qabas al nur’. Jiwa yang kenal akan Tuhannya.
Jiwa murni tidak dikawal oleh ciri-ciri siapa yang kamu lihat didepan mu, tempat, masa dan keadaan. Tiada prasangka, tiada penghakiman, tiada prejudis.
Pakaian jilbab bukan penghalang nafsu mu. Belajar uji diri mu sendiri, perhatikan jika hawa itu akan memasuki fikiran mu?
Jika Allah menguji mu dengan godaan nafsu, ia bukan setakat zahir sahaja tetapi memasuki alam bawah sedar mu iaitu Mimpi. Kamu harus lulus ujian mimpi mu sendiri!
Jika benar hati mu menutupi ruang2 nafsu PASTI didalam mimpi diri mu akan sedar jika lagi sedang di uji Allah. Bagaimana respon mu di alam mimpi? Kamu pelik jika Allah bisa UJI mu di dalam MIMPI?
Bagaimana Allah tahu jika zahir batin mu SEIRING SEJALAN ?
Apakah JASAD, JIWA dan RUH kamu sudah MENYATU?
Kecantikan mu itu bukan penarik nafsu, jika ada yang tertarik kepada mu kerana lelaki itu gagal dalam iman nya untuk menghalang godaan fikiran nya sendiri.
“kerana sesungguhnya jiwa itu selalu menyuruh kepada kejahatan” (Yusuf:53)
Nah setiap kejahatan manusia itu akan di tulis oleh Peña malaikat dengan dakwat DOSA itu berwarna merah. Dakwat merah itu tidak boleh di HAPUS biar seribu tahun hidup mu membuat kebajikan. Taubat mu tidak akan boleh memadam apa yang sudah di TULIS.
Apakah kamu mendengar ku?
Jika kamu dapat mencapai kitab mu sendiri, rekod berwarna merah itu tetap tidak boleh di hapuskan dari kitab amalan. Tablet Lauh-ul-Mahfudz tidak boleh di ubah atau di edit (alter).
Maaf jika kamu merasakan SUDAH SUCI setelah jahat, menjadi baik.
Rekod merah mu masih ada di situ!
Namun ada pertolongan dari Allah, mereka yang boleh menutup kitab lama mu dengan ‘seal’ yang di kunci sehingga malaikat tidak dapat membuka baca.
Ini lah di namakan pertolongan paling HEBAT dari Allah yang Maha Besar. Tiada kemuncak pertolongan yang maha besar dapat kau nikmati selain pertolongan ini.
Bukan Cinta kepada manusia boleh membantu mu, tapi CINTA yang tulus dan murni kepada Allah bisa membawa kamu sampai kepada pertolongan hebat ini.
Kamu tidak pernah dengar tentang kitab Lauh-ul-Mahfudz dan Keagungan Nya?
Namun jika kamu tahu juga tiada keberuntungan, kerana kamu tidak mampu untuk sampai ke Rumah Lauh, apa lagi untuk menutup ‘archive’ kitab rekod mu?
Siapa pangkat mu di langit?
Kamu mau usul fatwa baru? Ambil bumi dan se-isi nya. Janganlah fatwa mu menafi Keagungan Allah ke atas Rumah Agung Lauh serta mereka yang sampai.
Allah tidak rugi sedikit pun jika kamu menafikan Ilmu ini. Yang rugi itu adalah kamu sendiri!
Lihat mimpi ku, bertemu sosok cahaya di Rumah Lauh, bukankah aku sudah mengenali Nya?
(Baca mimpi Kitab Lauh-ul-Mahfudz, 2012)
Sang Arifbillah itu bukan Malaikat Qolamun kerana malaikat hanya membaca apa tertulis, dan menyampaikan kepada mu tetapi malaikat tiada kuasa untuk menutup buku lama dan buka buku baru.
Cari lah Sang Nama itu, Dia memiliki Autoriti Allah di langit tinggi. Dia adalah Sang Bistari, Sang Mulia. Jika kamu bertemu jangan kamu ragu -ragu kepada Nya, kerana Keagungan Allah itu sangat luas tidak terfikir akal mu.
Jangan hanya mengkaji NAMA-NAMA Allah tetapi TIDAK KENAL Allah.
Kamu tidak teliti siapa yang kamu temui dalam perjalanan mu mencari Allah?
Apakah semua perjalanan harus aku tulis disini untuk kamu?
Aku bukan seorang ahli TEORI yang pandai tentang 7 lapis diri, 7 lapis langit, 7 Sifat Ma’ani (essence of Allah). Aku tidak pernah belajar alam-alam teori seperti kamu. Aku sendiri tidak tahu alam mana yang ku sampai.
Aku hanya menulis apa yang telah ku lalui. Tiada dalil hadith? Dalil nya adalah diri ku yang hidup.
Sebahagian rahsia ku akan tetap menjadi rahsia kerana ramai manusia jahil di bumi hanya pandai mengolokkan kebenaran. Hati ku tidak akan membenarkan kemurnian keagungan Allah itu di kotori oleh kerendahan darjat dan kebodohan akal fikir manusia.
Manusia tidak menerima apa yang ku sampaikan, namun itu tidak sedikit pun memberatkan hati ku kerana Allah telah berkata, Peña telah terTULiS sesungguhnya NERAKA itu akan di isi oleh penghuni yang banyak, mereka adalah manusia dan jin.
Wahai Allah, tetap lah sembunyi aku dari manusia kerana aku sudah melihat kesengsaraan bumi, jauhi ku dari bumi dan se-isi nya.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang, dan Kami menjaganya dari tiap-tiap setan yang terkutuk, kecuali setan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (al- Hijr :16-18).
