El The God, Asmaul Husna
“Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun Tuhan menampakkan diri kepada Abram dan berkata kepadanya, ‘Akulah El Shaddai; berjalanlah di hadapan-Ku, dan jadilah tak bercela”. Kejadian 17:1
“Allah juga berfirman kepada Musa, ‘Akulah Tuhan. Aku menampakkan diri kepada Abraham, kepada Ishak dan kepada Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi dengan namaku YHWH, aku tidak membuat diriku dikenal oleh mereka”. Keluaran 6:2-3
Jadi, SIAPA EL dalam kitab suci Hebrew?
El adalah ‘Yang Maha’, berarti “Yang Maha dari semua”.
Dalam bahasa Arab El berarti ‘Al’, yang juga mengacu pada maksud yang sama, YANG MAHA.

Tuhan mengajar manusia di awal civilisation (zaman batu dan bronze), untuk menyembah-Nya sebagai EL.
EL di panggil namanya dalam banyak atribut KEKUASAAN. Attribut Ruh Allah yang halus dan hidup di dalam semua makhluk adalah kekuasaan El. Tiada penciptaan yang boleh meniru struktur atom-atom yang hidup dengan sendiri nya, dari ciptaan Allah Ta’ala. Lihat KESAMAAN antara Nama-nama Allah dalam Hebrew dan Arab.

El Quddus adalah Rabb sekalian Malaikat dan Ruh (Ruach). Aku memanggil Nya dengan nama Subhanal Malikul Quddus.
Antara ajaran Nabi Musa dan Nabi Muhammad, keserupaan dalam beragama adalah metode (syariat) yang digunakan ketika penyerahan amalan kepada Allah didalam solat. Metode yang sama, melalui perjanjian (law of covenant) yang di buat antara Allah dan Rasul-Nya.
Hakikat dari amalan itu, pabila jasad ini sentiasa dalam pengawasan undang-undang syariat tubuh badan (luaran). Jasad tidak mudah terjebak ke lembah kekufuran dan syirik kepada Tuhan.
Nabi Isa (Jesus) sebaliknya, adalah manifestasi El. Dia menyuburkan ruhani (dalaman) melalui kedalaman kekudusan JIWA dan ROH. Jiwa bersih dan tulus bangkit dari Roh yang suci.
Kemuncak amalan JIWA (soul), apabila kau mendapat pakaian Ruhul Qudus tanpa ayat dan bacaan. Ia adalah anugerah ‘talent’ dari EL Quddus. Jiwa mereka itu TULUS dan Jernih seperti cermin yang memantulkan imej yang jelas tanpa kabus.
Bukankah kedua-dua metode ini saling melengkapi? Tidak ada satu membatalkan yang satu. Tidak ada Ilmu Ruhani membatalkan Syariat agama.
Syariat solat mu akan mengukuhkan pendengaran mu kepada suara dan kehendak Allah. Bukankah
Suara yang kau lantunkan itu akan menggegarkan jiwa mu dan membuka pendengaran halus mu dengan sendiri nya. Ketika kau selesai solat, apa yang bergetar dalam dada mu?
Itu lah kalam-kalam Allah yang kau nyanyikan tadi. Mereka bergetar sendiri tanpa perlu kau buat apa-apa. Perhatikan segala perbuatan Allah ke atas jasad mu.
Apakah kau ikuti ku?
Berfirmanlah Allah kepada Musa: “Akulah Aku.” Dan Dia berkata, “Beginilah kamu akan berkata kepada orang Israel, ‘Ehyeh (I-Am) mengutus aku kepadamu.'” Keluaran 3:14
Dalam kitab-kitab Hebrew, AKU adalah ‘EHYEH’ yang dieja YHWH.
Allah adalah “AKULAH AKU”. Dia adalah “EL Para Tuhan”. Dia adalah Sang Maha.
Dalil ketika Musa berbicara kepada YHWH, muka dengan muka, mulut ke mulut, hanya bisa YHWH yang berbicara kepada YHWH dan Tidak ada makhluk hidup yang dapat berbicara dan menghadap Dia selain diri-Nya sendiri.
Lalu siapa kah Nabi Musa sebenarnya?
Nabi hanya pangkat atau pakaian yang di pakai dalam bejana manusia menandai HIJAB Allah yang sedang menutupi diri-Nya sendiri.
Bukan kah Kau memohon belas-kasih Allah untuk melindungi mu dari kemarahan Allah?
Bukankah kau meminta Allah mengangkat mu dari Allah yang menjatuhkan mu?
Allah bernama EL Asmaul Husna.
Mereka yang sudah mati tidak memerlukan proses pemakaian (kenabian), kerana mereka adalah HAL yang sudah TERJADI (Past).
Justeri itu, pakaian Kenabian adalah hijab antara Nabi (yang hidup di zaman itu) dan Allah.
Hijab itu untuk menjauhkan tubuh yang hidup ini dari kedalaman El yang Hidup kerana tubuh manusia TIDAK PANTAS menjadi Tuhan.
Jangan kau beda-bedakan para rasul Allah, hakikatnya Allah hanyalah SATU. Jangan kau muliakan rasul itu lebih dari rasul ini. Kau tidak mengerti akan Kesatuan Allah.
Bukankah semua itu adalah ALLAH?
Bukankah kau mengucap La ilaha ilallah, tapi kau GAGAL dalam Ujian keyakinan kepada Nya?
AKULAH AKU (Allah), ada di mana-mana, Dia HIDUP dan Tidak Mati.
Manusia MATI , kerana itu tiada kesamaan dengan ALLAH.
Malaikat TIDAK mati, namun Allah juga tidak ada kesamaan dengan malaikat.
KEINSANAN hanya ada pada MANUSIA yang HIDUP dan Ia TIADA pada MALAIKAT.
Manusia yang mati, akan hilang semua Keinsanan mereka. Kerana manusia hidup adalah imej Allah dari imej-imej Nya.
Ketika hilang keinsanan manusia, hilanglah semua emosi, cemburu, marah, menangis, sakit, makan, minum dan kebutuhan untuk tidur.
Rasul yang sudah wafat tidak ada Allah bersama batin mereka. Mereka adalah hal hakiki, yang sudah terjadi. Mereka adalah raja-raja di alam al Ghayb. Pakaian kekuasaan (garment of power) mereka di tanggal dan di simpan di langit dunia, untuk umat-umat yang berjaya. Ambil lah pakaian itu jika kau mampu tapi kau harus hadap dulu para iblis dan setan yang akan menggagalkan usaha mu.
Sedarilah bahwa manusia pilihan Allah, yang masih hidup hari ini, yang masih bernafas di bumi, adalah membawa kekuatan El, nama Allah Asmaul Husna. Mereka lah yang memiliki autoriti Allah dan kunci-kunci Syurga untuk umat pelbagai bangsa.
Seluruh isi alam dan penduduk langit termasuk para nabi di alam syurgawi akan mengintai gerak geri Sang Pilihan Allah ini, untuk menyelamat KEINSANAN (humanity) manusia.
Ketika kau mendapat kesempatan itu, hargai lah MASA. Kerana MASA akan berlalu pergi dengan pantas, dan kau akan ketinggalan melihat Allah Yang BATIN.
Tandai kata-kata ku!
Asmaul Husna
Yang benar itu adalah, Tuhan Yang Maha Kuasa bukanlah Allah, tetapi Allah dalam NAMA-Nya yang Maha Perkasa adalah Al (Sang El).
Kamu bertanya-tanya mengapa kau usir setan dengan nama Allah, tapi kejahatan masih tetap ada?
Ya wajar. Kerana kau tidak tahu jika memanggil Allah itu harus ‘invoke’ nama -Nya Sang El yang Maha.
Sebut Allah dengan Nama-nama-Nya Yang Maha, Asmaul Husna.
Allahu Al Akbar. Allahu Al Hayyu Al Qayyum, Allahu Ar Rahman Ar Raheem. Allahu Al Malikul Quddus. Allahu Al Azeezul Hameed, Allahu Al Hakeemul Khabir dan begitu banyak nama-nama mulia bagi Nya.
Keesaan dalam kesatuan nama-nama-Nya adalah apa yang ingin Allah tajali kan dalam Asmaul Husna sehingga manusia mampu menyingkap lapisan hijab mereka sendiri di akhir zaman.
Allah telah siapkan sesuatu yang manusia tiada ketahui.
Apakah kau melihat kedalaman Allah dalam kata-kata ku?
Pakaian yang Nabi Musa dan Nabi Muhammad kenakan hanyalah pangkat mereka di bumi.
Kau arif dan tahu jika Allah adalah Al Hayyu Al Qayyum, Hadirat Hidup.
Tapi kau lupa…, sementara Allah bergerak dan hidup di hadirat, nabi-nabimu telah mati. Mereka bukan lagi nabi bagi umat manusia yang hidup tetapi seorang Dewa di alam Ghayb.
Mengapa kau mengisi hati mu dengan memori ruh para nabi yang sudah JAUH dari bumi?
“Mereka akan menangis, “Kami percaya pada mereka semua.” Tetapi bagaimana mereka bisa mencapai IMAN dari tempat yang begitu JAUH dari dunia.’ (As Saba’ 34:52)
Para nabimu berada di alam yang jauh. Sampai kah amalan mu kepada mereka jika bukan dengan belas kasih Allah?
Di mana kisah mu sendiri dengan Allah dalam kehidupan ini?
Kamu mengidolakan Rasul selain Allah, membuat mu begitu hampir dengan kesyirikan.
Hadirat Hidup adalah Dia, All Hear and All Near; As Sami’ Al Qareeb.
TULIS semula di hatimu Asmaul Husna-Nya, BUKAN nama-nama mereka yang sudah wafat.
Salawats (صَلَاة) atas Nabi Muhammad tidak ada salahnya untuk dimasukkan dalam doa-doa mu. Membesarkan salawats dari nama-nama Allah, itu tidak diajar oleh Muhammad.
Apa pun nama yang kau panggil dan simpan di hati , nama itu harus SATU dan inklusif.
La ilaha illa anta, Al Wahidul Ahad, Al Samad. Tiada Tuhan Selain Allah, Dia Satu, Esa dan Maha Mencukupi.
Aku percaya, jika pengikut Nabi Isa memahami arti Keesaan dalam doa-doa mereka kepada Isa. Tidak ada Tritunggal dalam ajaran asli Nabi Isa, tetapi Semua itu adalah SATU.
La ilaha ilallah Isa Ruhullah. Ini SATU, tiada TIGA dalam kesaksian ini.
Tidak ada agama yang bisa membatasi kedalaman Allah. Mengapa kau BERPINDAH (CONVERT) Agama?
Ada apa dengan Agama di banding kedudukan mu disisi Allah?
Penting beragama atau lagi penting kesaksian mu di depan Tuhan?
Agama sudah selesai. Tidak ada yang salah dengan agama, tetapi keputusan kamu untuk mengikuti orang-orang beragama yang tidak pernah bertemu Allah, itu adalah SATU KEJATUHAN diri mu sendiri.
Masakan kau mengikuti para ustad dan kiyai yang belum mendapat BINTANG Allah?
Agama bukanlah tiket ke Syurga. Imanmu yang mampu mewujudkan Kehendak Allah, itu akan membawamu ke gerbang Syurga.
Kenapa?
Kerana jiwa dan jasad mu tidak BERUBAH, tiada was-was sedikit pun dengan kebenaran Allah, kau tidak kalah dengan kejahatan dan kegelapan bumi, kau tidak akan jatuh sakit kerana hasad dengki jin dan manusia, kau seorang yang merindui kematian, kau SAMA saja dan tidak pernah berubah KEYAKINAN mu terhadap Allah dulu, kini dan selama-lamanya dan Kau sabar dalam mencari Keagungan Allah.
Itulah mereka yang mendapat PETUNJUK.
Bukan Mufti atau Paderi yang mampu memimpin mereka, tetapi KESAKSIAN mereka lah yang memimpin mereka.
Mereka bukan orang-orang yang senang mengikuti suruhan dan larangan dari kamu, kerana Darjat mereka melebihi malaikat dan Kau SIAPA cuba menakut-nakutkan mereka?
Ketenangan dalam hati mereka kerana mereka orang-orang yang TAHU akan kebenaran dan sabar dengan kebodohan kamu yang sombong.
Iman itu bila kau menyaksi Tuhan. Tulis lah cerita mu dan kesaksian mu, biar ia melekat di dalam dada mu. Ketika kau solat, dengarkan oleh mu kalam-kalam Allah agar telinga mu di buka kan, dan suara mu akan di ulang-ulang di alam bawah sedar mu.
Sehingga itu terjadi, dengarkan suara ALAM. Suara Alam yang SEPI. Ya, keheningan alam memiliki suara, seperti malam yang hening. Kuat kan bunyi keheningan itu di sisi telinga mu sehingga meneggelamkan semua bunyi di sekelilingmu. Ada getaran di situ, cari getaran itu.
Sabar lah mencari keagungan Allah, nescaya at Tariq akan turun laju menuju kepada mu dengan getaran hebat menggoncang seluruh cakra mu. Kau akan terbuka dan melihat keagungan Allah.
Pernahkah kau mendengar tentang at-Tariq?
وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ; Demi langit dan “At-Taariq”;
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa itu “At-Taariq”? Ia adalah bintang yang menembusi (the piercing star) ; at-Tariq 86:1-3
Itulah BINTANG yang datang menembusi mu dari hujung langit MALAM.
Pabila at-Tariq mendatangi mu, ia seperti bunyi rangkaian mesin kenderaan langit dengan kelajuan tinggi menghentam jasad mu dengan goncangan seperti guruh. Ia akan menikam degupan jantungmu dengan cahaya biru yang panas, membuat kamu jatuh pengsan. Bersedia dan kuat lah wahai diri , untuk melihat Cahaya Ketibaan tanpa kau pengsan lagi.
“Biarkan manusia memikir dari mana mereka datang? ˹Mereka˺ dicipta daripada cecair mani yang memancut (merangsang). berpunca dari antara tulang sulbi dan tulang dada. Sesungguhnya Dia mampu mengembalikan mereka ˹ untuk hidup˺ pada hari semua RAHSIA akan didedahkan.” (at- Tariq 86: 5-9)
Rahsia apakah yang akan didedahkan pada akhir zaman? Kenapa ayat tentang kejadian manusia di sebut setelah ayat panahan at-Tariq?
Itulah RAHSIA tentang kejadian diri mu sendiri.
Berdoa lah kepada Allah, agar kau boleh mi’raj!
Ketika kau menyebut nama-nama Allah (Asmaul Husna), goncangan dada mu ketika kau diam membeku dalam keasyikan zikir kalbu, itu lah at Tariq!
KEINTIMAN mu itu bagai memanggil at-Tariq untuk mendatangi mu dengan panahan cahaya Allah kedalam lapisan-lapisan Rahim diri mu.
Jantung berdegup laju, bahang panas haba yang keluar dari celah-celah kulit mu sehingga peluh mengalir di tapak kaki dan belakang mu. Lenyapkan diri mu dalam pancaran bunyi degupan Allah.
Bunyi jantung mu akan berhenti sendiri pabila kau mencapai kemuncak keintiman.
Jika kau tidak kuat dengan getaran itu, pasti kau pengsan dalam menyebut nama Allah.
Kau merasai seperti nama Allah itu hidup, ia menggerakkan seluruh cakra mu tanpa kau berbuat apa-apa. Itulah Kehebatan Allah dalam nama Nya!
Siapa kamu mau mengatakan tidak ada getaran dalam nama Allah?
Getaran itu adalah keintiman mu dengan Allah, saling merindui sehingga sesak nafas mu jika tidak menyebut nama-Nya.
Keintiman jasad dan kulit akan memancarkan panahan cecair ke DALAM Rahim manusia.
Keintiman ruhani dan jiwa akan memancarkan panahan cahaya bintang ke LUAR Rahim Bumi.
Pernahkah kau tertanya-tanya bagaimana doa mu sering di dengari Allah?
Bagaimana Allah menampakkan kehendak-Nya melalui kamu?
MIMPI menunjukkan kedalaman maqam di sisi Allah. Doa seorang alim didengari oleh kedalaman Alam Semesta (the deep face of the Universe). Kuasa Alam ‘The Forces’ akan menuntun kamu untuk kemenangan (victory) melawan spiritual warfare yang ada di astmosfera agar kau menyandang kerusi mu di kerajaan langit seperti yang telah tertulis di lauhul mahfudz.
Takutilah akan Kuasa Alam itu, kerana nama-Nya adalah Rabbul Alamin.
#ELtheGod #EL #AsmaulHusna