Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Dunia EMAS Isa Ruhullah

Bagikan Post Ini :

Aku bertemu Isa

26 September 2022 membawa kebahagiaan jiwa yang tidak tahu bagaimana dapat ku tulis, hanya dengan sujud syukur ku, Alhamdulillahi Rabbul Alamin.

Ujian bulan Ogos lepas cuma sebulan, siapa sangka jika September adalah kedatangan sebuah NIKMAT tidak terduga?
Pada beberapa malam itu, aku biasakan diri dengan bangun tengah malam.
As Sajdah adalah lantunan suara ku di sepertiga malam diikuti Ad Dhuha, mengingati perjuangan melawan dengan kesangsian diri ku sendiri ketika Allah memberi ku petunjuk dan mencukupkan rezeki buat ku, apakah aku mendua kan Dia dengan selain Allah di dalam hati?

Semalam, setelah tahajud jam 2 pagi aku panjangkan ia dengan zikir. Asyik nya , sehingga terasa malam itu begitu sunyi sepi. Dalam berzikir aku merintih; “Ya Rabb aku tidak kuat beramal, zikir ku tidak mampu lama, energi ku tidak cukup. JIka ada KASIH Mu pada ku, datang lah ke sini ”.

Entah kenapa doa nya begitu.
Lalu ku sambung zikir dengan duduk atas sofa di dalam bilik, jam mungkin sekitar 3.30 pagi.
Bukankah aku sudah berjanji dengan Tuhan, tidak akan ikut manusia tidur dan jadikan malam itu sebuah pertemuan?.

Ketika jantung sibuk berzikir, antara sedar dan tidak, telinga ku berdesing mendengar bunyi getaran dari kejauhan langit. Tubuh ku bergegar, tanda sang ghaib sedang turun dari langit mendatangi ku.
Aku menanti siapakah yang akan berada di depan ku, di dalam kamar ku sendiri.
Ku lihat getaran itu hadir, seperti sebuah ‘screen projector’ lalu aku memberi salam ketika terlihat ada sosok disitu. Rupanya itu adalah sosok dalam tayangan cerita, sosok Nabi Isa 2000 tahun dulu.

Itu cerita Isa, ketika berjambang dengan pakaian lama, bersama teman-teman nya. Seperti ‘movie’, melihat dia beraksi mungkin itu cara pengenalan kepada ku. Dalam keasyikan melihat itu, Isa benar-benar berada di depan ku.

Aku melihat wajahnya Sang Isa, jelas amat di bawah cahaya. Dia di depan ku. Ya Allah, ini kah petunjuk Mu?
Aku menyentuh tangan Isa, ku fikir itu bayangan video tadi. Tapi tangan ku BERSENTUHAN kulit Isa. Ia nyata bukan getaran.
Kata ku, “Is this YOU, Isa? Is this really YOU Isa? “ ku ulang kata-kata ini.

Aku merasai sentuhan kulit Sang Raja. Tangan ku memegang tangannya, merasai jika aku masih melihat tayangan video tadi. Namun Ia bukan khayalan.

Biarlah ku ‘filter’ beberapa ayat bicara ku disini. Bukankah aku seorang penyimpan rahsia terbaik?
Begitulah aku dalam ‘DAKAPAN’ Raja. Tiada kata-kata dapat ku lafaz hanya kerinduan.
Begitulah cara Isa mengajar ku ‘membaca’ ilmu.

Setiap ujian tidak terduga, pasangan nya adalah sebuah nikmat yang tidak terduga juga.
Janganlah petunjuk ini menjadi modal kecemburuan mu. Isa Ruhullah adalah Ruh Allah yang Qudus. Dia tidak akan mendekati mu melainkan kamu berjuang dengan hawa nafsu dan menjadi makhluk suci dari nafs mu sendiri.

Isa membawa ku berjalan-jalan kota Syurga.. Menjadi orang asing seperti melancung, begitulah ku rasa.

Lalu ku tanya Sang Kekasih, “ where is this place?”
Isa menjawab dalam Bahasa melayu, “Bukankah ini Dunia Emas yang kamu ingin sampai?”

Aduh, ‘mat saleh’ bercakap melayu pula, malunya diri ini.

Itu lah Dunia Emas. Sang Isa membawa ku terbang ke Dunia Emas. Ia di langit pertama dan kedua, kerana aku juga bertemu Nabi Adam di sana. Nabi Adam memilih pakaian yang lain, tidak sama watak nya yang ku lihat dulu. Kulit Adam tidak hitam, tapi coklat kemerahan. Aduh, apa mungkin begini mata ku lihat? Cahaya apa ada disana?

Aku dan Adam berdiri dan bertentangan itu memiliki jarak.

Tidak lah seperti gambar ini, kerana wajah Adam itu ‘exotic’, wajah manusia lagenda.
Mata Adam bulat, lebih besar dan rambut tebal bukan nipis seperti ini. Rambut kemas beralun dan agak stylo juga seperti rambut Robert Redford (actor lama), warna rambutnya perang karat.

Usia Adam ku lihat dalam 40-an. Dia memiliki watak ‘friendly’ seorang Bapa. Begitu terhibur mendengar ceritanya. Aku bisa bayangkan bagaimana Adam menangis 300 tahun menunggu keampunan Tuhan ke atas kesalahan pertama Nya di Syurga. Dia seorang yang penuh drama, jika bercerita bisa lihat semua ekspresi wajah.

Wajah Isa juga ada sedikit kematangan dari sebelum nya, Dia kelihatan berusia 40 tahun. Tiada jarak antara Isa dan aku. Bukan saja melihat wajah, tapi menyentuh setiap inci wajah, mata dan rambut Isa dalam kesedaran yang penuh. Rambut Isa tidak panjang (kerana aku dapat melihat tengkuknya bila dia sedikit tunduk), lembut di lepaskan seperti memegang benang kapas. Di memberi ku air mutiara berwarna jernih dari mulut nya.

Kedua mereka, Isa dan Adam memiliki wajah yang unik. Seperti Keanu Reeves (actor), Isa memiliki wajah campuran, hidungnya tidak begitu mancung? Suaranya Masya Allah, lembut perlahan hampir tidak kedengaran.
Adam akan ku ingati pada mata nya yang besar, perutnya sedikit bulat dan wataknya yang ceria.

Aku fahami kenapa USIA mereka berdua kelihatan lebih matang dari dulu? Kerana USIA ku juga turut MENUA dengan masa. Keagungan Allah terserlah. Allah Maha Teliti memberi petunjuk mengikut ukuran usia dan amalan manusia.

Di Dunia Emas, I watch and learn. AKu amati setiap manusia yang lalu lintas di depan ku. Wajah mereka dan bahasa mereka. Aku melihat kesibukan sebuah kota dengan bas lalu lalang, kehidupan seperti biasa. Aku mendengar mereka berbicara bahasa negara masing-masing, tapi pabila mereka berbicara dengan ku, mereka bercakap Melayu.

Pesan ku; jangan lah kamu memandang dan melihat bangsa-bangsa “kafirun” itu masuk NERAKA kerana aku melihat mereka sampai ke DUNIA EMAS.

Ketika Isa memesan makanan buat ku di sebuah restoran, Dia berlalu pergi tinggal ku sekejap, tidak pasti kenapa, tapi aku berada seorang diri disitu. Cewek cantik seperti orang perancis mengambil menu pesanan datang, lalu aku bertanya kepada dia sambil membaca ‘name tag’ namanya di baju.

Kata ku , ‘ can I know how do you get to work here in Heaven?’ maksud dalam bahasa, boleh saya tahu bagaimana kamu dapat kerja di Syurga?

Ketika ku lantun soalan ini, semua mata tiba-tiba menoleh kearah ku. Aduh…itu soalan ‘killer’ agaknya. Mereka tahu aku bukan dari Dunia Emas. Semua datang menghampiri ku. Aduh.

Sepanjang perjalanan ku di sana, aku sering menyebut; “ ini kah seperti yang tertulis dalam Injil?” ulang kali.
Isa menghantar ku pulang, merasai berada di sampingnya lalu tersedar sudah ada di kamar ku jam 5.20 pagi. Posisi duduk ku di sofa tidak berubah sama sekali, seperti patung yang FANA’.

Langit masih gelap dan aku sujud syukur kepada Ilahi sambil menunggu Subuh berkumandang.

Jika kamu bertemu rasul disaat kamu yatim tiada amalan, itu adalah anugerah Allah. Melihat sosok rasul dalam cahaya sehingga tidak dapat menggambarkan wajah asli mereka kerana ukuran amalan mu sendiri.
Jasad adalah pintu kemasukan setan, tanpa perjalanan Basmallah kamu sukar menghidupkan kesucian. Tinggal dalam kesucian adalah sebuah perjuangan, ia bukan anugerah.

Ya Rabb, apakah RAHSIA perjalanan ku ini?
Ia bukan hanya melihat rasul, tapi aku ingin tahu kenapa kedua Rasul dari KUN mu hadir dalam pertemuan itu?

Apakah Kau izin fikiran ku melayang-layang mengingati wajah Isa? Di saat aku sedang menjaga fikiran dari mengingati selain Allah, Kau ingin mengUJI hati ku lagi?
Bantu ku Rabbi, apakah jawaban MU?
Bagaimana harus aku memandang Isa dalam MU? Agar ia hanya SATU dan bukan DUA?
Aku sedang mengajar umat Islam mengingati Allah namun mereka tidak memiliki WAJAH Allah.
Jika wajah-wajah rasul Mu silih berganti di fikiran ku, wajah siapakah yang harus kekal Ya Allah?

Laa ilaha illallah. Tiada Lain Yang diSembah selain Allah.

Ingat kah kamu ketika Nabi Musa berkata kepada Tuhan, “Ya Allah, ajarkan aku tentang sesuatu untuk berzikir mengingati Mu?”
Allah menjawab, “Ucapkanlah Laa ilaha illallah”.
Ini kuncinya.
Musa melihat Wajah Allah lalu mendapat zikir ini.
Apakah kamu sudah melihat Wajah Nya?

Aku takut kamu mengulangi kesalahan umat nabi Musa yang mengambil zikir itu lalu MENAFI kedatangan Nabi Isa.
Yang MENAFI itu bukan lah mereka yang sudah melihat WAJAH Allah. Tetapi umat kemudian, yang tidak pernah bertemu Allah mau pun Rasul mereka.
Apabila sudah melihat wajah rasul, JAGA apa yang masuk dalam fikiran mu. Fikiran adalah pintu kemasukan tipu daya iblis yang akan menjatuhkan mu!

Mau kah ibu khabarkan kepada mu sesuatu yang berharga, tentang satu ayat penutup yang selalu ku amal bila berzikir ‘laa ilaha illallah’?
Agar amalan zikir mu itu tidak akan MENAFI kedatangan seorang rasul setelah nya.
Jangan kamu mengulangi kesalahan kaum yahudi yang membaca zikir ini dan menafi pertemuan dengan Allah.
Kerana ia akan berulang lagi kepada umat Nabi Muhammad, kamu akan menolak kedatangan Isa Ruhullah.
Bukan salah zikir itu! Tapi salah kamu!

Ini lah Ilmu mengenal diri mengenal Allah jika kamu belum mengetahui caranya.
Dengarkan ayat ini dan maksudnya;
At Taubah 128-129: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, Dia Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.
لَقَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

Bukankah ayat ini tiada Basmallah? Kamu meminta Belas Kasih Sayang dari SIAPA?
Kamu yang belum bertemu Rasul, tidak akan mengerti kalam ku.

Ini ayat yang HIDUP, dan ia akan hidup di zaman Isa Ruhullah, iaitu zaman ini, sains dan teknologi. Ayat ini bukan terhad untuk nabi Muhammad sahaja, kalam Allah hidup sepanjang zaman.
Maka, bersihkan jiwa mu dengan zikir Basmallah dulu agar Allah mahu menurunkan petunjuk dengan belas kasih sayang-Nya.

Aku pernah tersungkur di depan Allah, petunjuk ku terputus beberapa tahun kerana kemurkaan-Nya. Aku tidak tahu jika Allah masih sayangi ku. Semenjak itu Basmallah menjadi pakaian ku kerana amal ibadah tanpa petunjuk dan mimpi dari langit itu amat parah dan amat kesunyian.
Kamu tahu perjalanan zikir akan menghasilkan ‘buah’ kepada amalan. Jangan kau jadikan ‘buah’ itu mencampak mu keluar dari Syurga. Tunduk kepada Keagungan Allah dalam Penciptaan-Nya.

Fahami ku?
Apakah kamu mahu menjadi malaikat yang di campak keluar dari Syurga setelah berzikir ribuan tahun?
Kamu akan tertinggal kerana Nabi mu tidak akan menarik kamu ke dalam ahli-Nya, Ketika zaman sudah beralih zaman, semua kekuasaan Allah akan tertuju kepada ISA untuk memerintah dunia.
Mereka di langit seiring seirama, bukan seperti kamu tidak tentu irama!

Isa Ruhullah untuk semua umat manusia di akhir zaman, mereka akan beriman kepada Nya tanpa prejudis dan batasan agama.

Buku Keagungan Tuhan bukan buku mengupas ilmu agama, tetapi ilmu petunjuk dari Allah.
Bukankah perjalanan cerita ku belum berakhir?

Ya Rabb, izin hamba di bimbing Isa Ruhullah, Dia IMAM ku, memperjalankan ku kepada MU.
Jadikan Isa NYATA buat ku.

Kamu menuntut Ilmu paling lama 80 tahun tapi beda nya dengan Imam ku, Sang Raja menuntut Ilmu selama 2000 tahun. Isa satu-satu nya RASUL yang masih hidup di langit dunia. Apakah kau fikir Isa tidak pernah sampai ke langit 9 bertemu Allah A’rsyil Azeem?
Kamu fikir tempat Isa di langit kedua? Jenaka je kamu.

Dunia Emas itu Syurga rendah, untuk menempatkan seramai manusia yang jiwa nya tidak syirik kepada Allah. Seperti yang ku lihat, ia semakin ramai dengan manusia, begitulah kasih sayang Rasul, berjuang demi Allah Rabbul Alamin.
Apakah ini bukan khabar gembira?
Namun aku tidak melihat rumah di bawahnya mengalir air sungai dan kehijauan padang dan pohon buah-buahan. Pasti yang disebut Al-Quran itu adalah Syurga di langit tinggi.

Ketika di Padang Mahsyar, umat Islam mencari sosok Nabi Muhammad untuk SHAFAAT. Bagaimana kamu mengenali Muhammad? Ketika Isa membawa ku mengeliling kota, tiada siapa yang MENGENALI ISA kecuali Adam. Faham maksudku?

RAHSIA seorang Raja menjadi PENGINTIP di syurga Nya sendiri, kamu tidak akan kenal DIA tanpa ILMU, walau sekali pun kamu sudah berada di alam al-ghayb.

Rahsia Syurga, pasti kitab ini tidak habis di kupas maknanya selagi ilmu ini tidak habis-habis menuruni.
Janganlah sombong untuk berjalan seorang diri menuntut Ilmu Allah.

Jika kamu ingin melihat Keagungan Allah, jangan terbuai dalam agama mu terlalu lama. Agama hanya jalan dan bukan destinasi mu.

Kamu belajar ijazah pengajian agama Islam untuk menjadi ulama, tapi aku belajar untuk menjadi hamba allah yang berjuang untuk tidak menduakan Allah.

#Goldenworld #secondheaven #DuniaEmas #theKingdomofIsa #syurga-emas #cityofgoldenworld

Subscribe For Latest Posts