Ada beberapa rahsia tersirat belum tersingkap dari mimpi-mimpiku yang ditulis sekian lama. Pasti yang cerah kalbunya bisa menangkap lebih cepat dari diri ku.
Namun ku menjumpai sesuatu berharga, sesungguhnya mengenal Allah bukanlah dengan mencari Allah JIKA kamu tidak bisa menerima apa yang mustahil itu adalah tidak mustahil. Pencarian itu hanya akan membingungkan diri mu.
Tidak perlu kamu mempertikaikan tentang tangan Allah, duduk Allah di arasy, turun Allah bagaimana atau dekat Allah seperti urat leher.
Kamu kira dengan berdebat tentang sifat-sifat Allah pada makhluk atau tidak, apakah kamu tidak pernah lelah mencari tahu hal-hal tentang Allah sedang kamu tidak mencari tahu tentang diri mu sendiri?
Jika kamu masih membeda-beda kan nabi-nabi Allah itu bermaksud kamu belum melihat Allah. Selagi kamu melihat perbedaan agama ada didepan mu selagi itu kamu belum bisa mengenal Allah. Kerana Sang Dia adalah Sang Awal dan Sang Akhir.
Agama itu adalah tempat untuk mencari perlindungan kepada Sang Pencipta Alam Semesta melalui Rasul-Nya. Ikuti Rasul, kamu akan mengikuti jalan yang lurus.
Namun hijab yang menutupi penglihatan mu didalam ‘beragama’ itu harus di buang dulu!
Selagi kamu berkata agama mu benar, selagi itu kamu akan SUKAR bertemu dengan kebenaran. Agama hanya guidance, kebenaran itu BUKAN terletak pada agama.
Kebenaran agama tidak akan bisa melebihi the Words of God (Kalam Allah).
Agama hanyalah ad-deen. Ia jalan yang akan membawa kamu kepada sumber kebenaran, tetapi ia bukan kebenaran mutlak. Tiada yang mutlak sehingga kamu keluar dari jasadmu dan lingkungan agama mu.
Jalan-lah kamu dan jika kamu berhenti, disitulah makam mu. Jika jalan mu berpusing-pusing disitu, begitu lah kamu tidak akan menaiki.
Semakin jauh kamu berjalan, semakin jalan itu menjadi tidak familiar. Ini basis evolusi alam spiritual. Setiap satu dimensi kamu akan cross-over (melintasi). Tidak perlu tunggu mati untuk masuk ke alam spirit. Kerana kematian didalam emosi, marah dan dendam hanya akan membawa kamu ke dimensi kegelapan. Langit tidak ada kegelapan. Kamu belajar menyeberangi di kehidupan ini bukan nanti!!
Semakin dekat dengan Allah, semakin kamu tidak bisa berbicara SELAIN hal kamu lalui sendiri BUKAN dari Riwayat si fulan.
Apatah lagi berbicara tentang hal-hal Syurga? Kamu lah ‘criminal’ itu, bercerita tentang sesuatu yang palsu yang kamu tidak laluinya. Mengajak manusia kepada ‘hukum agama’ dan menjanjikan mereka syurga?
Kamu kah pemilik Syurga itu?
“Sudahkah kamu menerima janji dari Allah, sehingga Allah tidak akan mengingkari janji-Nya, ataukah kamu mengatakan tentang Allah, sesuatu yang tidak kamu ketahui?”- al Baqarah.
Katakanlah, “Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar.”- Al Baqarah
Mereka yang menghampiri kebenaran mutlak, tidak akan punya masa berbicara tentang kitab si fulan dan si fulan, ilmu si fulan dan si fulan, akidah si fulan dan si fulan…kerana kitab mu sendiri tidak habis di kupas sehingga mati.
Diri mu, percakapan mu, tulisan mu, perbuatan mu semua sedang kamu teliti rapi dan kupas, sibuknya kamu dengan diri mu sendiri.
Masakan kamu punya masa meneliti perihal orang lain? Tidak takutkah kamu kepada Allah yang sedang menghitung perkataan mu?
Bukankah Allah itu Ganjil? Rahmat-Nya sungguh luas, begitulah Ilmu-Nya tidak terjangkau akal fikir mu.
Semakin jauh mendaki… semakin kamu menjumpai keganjilan. Dirimu adalah makhluk spirit yang memiliki energi. Jika getaran nya bisa melipat masa dan tempat, pasti Allah menghantar ILMU-Nya dari sumber tertinggi. Jantung kalbu mu itu generator elektrik, menjadi portal kepada para malaikat.
Itu lah kebenaran, walau ia pahit untuk di telan, aku akan berkata benar!
Walau tiada yang mempercayai ku, Allah mendengar ku!
Kamu tidak akan bersedia untuk ini, ikuti saja jalan orang ramai..kerana nama mu tidak tertulis sebagai Pencari Tuhan yang hakiki.
Jangan meragui aku tidak bisa melihat Tuhan, kerana kamu tidak bisa? Apakah sama mereka yang mukmin dan mereka yang fasiq?
Mencari kebenaran itu, kepala dan dadamu harus kosong dari kefahaman sebelumnya yang kaku. Buang apa yang kaku dalam diri mu. Selagi kamu dan nafsu tidak berpisah, kamu tidak akan mengerti. Walau didalam kecanduan mencari ilmu, mencari guru, NAFSU yang mengingini itu hanya akan menjadi hijabmu.
Jika Allah memilih mu Dia akan memberi mu Ujian terhebat sehingga hati mu pecah berkeping-keping lalu menarik mu keluar dari kelompok (circle) perguruan mu, Dia akan menarik mu keluar dari manusia ramai, Dia akan menarik mu dari keluarga mu. Dia akan menarik mu ke dalam kesepian, dan kesepian itu hanya untuk-Nya.
Dia akan sembunyikan mu dari keriuhan alam lalu mensucikan mu dan mengangkat mu. Kerana kesucian tidak bisa di kotori emosi dan nafsu, kamu tiada punya teman ruhani! Teman sekelilingmu tiada yang mengetahui tentang mu kerana Allah sedang memelihara kamu dari terjatuh.
Apabila kamu mengenal Ruh Allah, apakah masih membedakan nabi-nabi dengan kemurnian pangkat siapa dan agama mana yang lebih tinggi disisi Allah?
Jika masih ada perbedaan begitu, bermaksud kamu masih terhijab dalam agama mu sendiri.
Kerana yang melihat dan bertemu nabi-nabi itu adalah petunjuk dirimu sendiri. Allah tidak akan turun petunjuk untuk mu dengan tidak mengikut sukatan UKURAN amalan mu sendiri.
Bukankah Allah Maha Teliti?
Yang tidak teliti itu adalah dirimu sendiri!
Kamu kira aku bertemu dengan nabi-nabi itu adalah ‘nabi’ seperti dalam pengetahuan mu? Aku tidak melihat mereka nabi-nabi melainkan mereka adalah Ruh dan Nur ke-Ilahian Allah semuanya. Pangkat berbeda, wajah-Nya berbeda.
Lailaha ilallah. Tiada Tuhan yang disembah selain Allah.
Kerana aku memandang dengan kesedaran bahwa semua itu perbuatan Allah dan lakunan Allah. Mereka adalah Dia dan Dia adalah Satu.
Ikuti lah Rasul, kamu akan mengikuti jalan yang lurus!
Bukan kerana amalan mu bisa bawa mu kepada Allah! Amalan mu itu tidak ada apa-apa nya disisi Allah. Tidak pantas!
Ingat, Rasul yang membawa mu kepada Allah.
Sudahkah kamu bertemu Rasul mu?
Jika tidak bisa memahami ku, teruskan berjalan dengan amalan mu. Sehingga kamu menjumpai apa yang ku khabarkan.
Ya Rabb, aku tidak akan berhenti mencari Mu. Aku sudah melihat mereka, aku tidak membeda-bedakan Mu kerana ku kenal Raja ku, Ilahi.
Apakah sudah tertulis di lauh mahfuz akan pertemuan ku dengan Mu Wahai Sang Pemilik Arasy? Aku menunggu saat itu tiba…dan berdoa untuk perlindungan Mu dari mereka yang tidak beriman, hijaban masturo.
Andai ini keinginan ku, lenyapkanlah ia dalam keinginan Mu, Rabbi.
Jika ia kebenaran yang berat harus ku pikul, ringankan lah.
Bebaskan Ruh ku…mengikuti Rabb ku.
Lakunan Allah Maha Hebat, Sang Dia yang menciptakan Skrip cerita ku.
Tahu kah kamu tentang ‘bayang’?
Bukankah hidup mu ini adalah bayang sebuah cerita yang sudah tertulis? Akan datangnya TAKDIR penentu cerita mu seterusnya..
Apakah pernah kamu mempersoalkan kepada Tuhan tentang takdir mu, kenapakah jadi begini?
Itu kerana kamu tidak kenal cerita mu sendiri.
Jika kamu sudah tahu cerita mu sendiri, pasti kamu menanti kehebatan cerita itu di akhir episode. Kamu tidak akan bertanya kepada Tuhan kenapa!
Bukankah His ‘Words’ precede (mendahului) ‘Action’ (perbuatan)’?
Jangan kamu ‘block’ apa di depan mu kerana nafsu, itu hanya akan menghalang kamu dari melihat kehebatan Allah dalam perbuatan-Nya.
Jika ia pergi, biarkan ia pergi dengan sendiri bukan dengan perkataan atau perbuatan kamu.
Jika hal sebegini telus kamu tidak bisa meneliti, bagaimana kamu bisa meneliti perbuatan Allah?
Rahsia Allah ada dalam kalbu mu, kalbu itu adalah alam-alam malakut, alam jabarut dan lahut mu.
Kamu mengira-ngira kamu keturunan mana? Hakikat yang terlihat oleh mata tentang keturunan mu hanya elusi, sedangkan dirimu yang dilihat Allah adalah hakiki.
“Thumma ja’ala naslahu min sulalatim mimma immaheen” – al Sajadah.
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Allah melihat kamu dari benih yang sedikit dan tidak terlihat manusia. Begitulah Allah memelihara bani Israel dari hilang lenyap di mukabumi. Kamu itu tersembunyi dari mata mu sendiri.
Bukankah Rahsia Allah ada di dalam rahsia dirimu sendiri?
Apakah telah kau lupa ketika bayi, mereka berkira-kira untuk menjaga mu kerana kau menangis dari lahir sehingga bertahun-tahun lamanya? Ibu mu memberi gelaran ‘mek-aw’ kerana tangisan mu bisa memecah gegendang telinga sesiapa mendengar. Saking tidak henti menangis sehingga biru mulut mu, tangisan itu menyebabkan semua bayi lain turut menangis. Bukankah ibu mu selalu menghalau sesuatu di bawah buaian setiap malam kerana tangisan mu membuat dia lupa jika dia sudah melihat IBLIS yang mengganggu bayi nya?
Iblis sudah tahu tentang mu!
Kamu lahir 11 bulan. Seakan tidak sanggup untuk melihat dunia yang penuh kesengsaraan? Allah memaksa mu…lahirlah wahai bayi kerana rambut mu sudah lebat dan kuku mu sudah panjang kerana lamanya dalam kandungan ibu. Kamu memiliki tanda lahir dari darah berwarna putih berbentuk ‘Hati’ (heart-shaped).
Bukankah dari kecil kamu merasai tarikan kegelapan itu sangat kuat? Kamu adalah di antara Bayang Gelap dan Terang Cahaya. Takdir menjadi penentu mu bila dewasa..
Baca tanda-tanda lahir mu dengan telus lagi. Allah telah memelihara mu sedari bayi dengan segala kesenangan, kamu dijaga persis seorang Puteri! Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Inilah Keagungan Tuhan!
Aku membuka rahsia ku kerana aku sedang membicarakan tentang Keagungan Tuhan dan memuja-muji Sang Pencipta-Ku.
“Wahai Bani Israil! Ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu dari semua umat yang lain di alam ini !” – Al Baqarah.
Kenapa diri di datangi Dhul-Qarnayn yang membantu ku di malam huru-hara dinegeri yakjuj makjuj? Bukankah Dhul-Qarnyan adalah turunan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud dan dia memiliki Sakti! Ada apa hubungan pertalian ku dengan Sang Raja Alexander ini?
Kerana salsilah ilmu ini, justeru Kitab ku di pegang oleh Nabi Musa. Diriku menerima semua Ilmu pengetahuan ini dari mimpi-mimpi, ia adalah tanda-tanda nyata (riddles) dari Allah!
Apakah kamu hairan jika sebahagian Ilmu putih itu adalah dari ayat-ayat Taurat dan Injeel? Bukankah aku melihat diri ku membaca Kitab Old Testament dalam Bahasa Hebrew? Apakah aku seorang yang berbahasa Hebrew?
Itu lah kebesaran Allah! Mimpi ku adalah Keagungan Allah.
“Arise! Let your light shine for all to see. For the glory of the LORD rises to shine on you” – Isaiah 60:1
Allah memilih hanya sedikit dari yang paling sedikit diantara sedikit benih Bani Israel yang akan di pelihara untuk tujuan-Nya.
Lihat lah diri mu yang paling dalam. Kamu tidak memerlukan buku salsilah kerana salsilah nasab mu ada dalam darah mu sendiri!
Wisdom is Power.
Begitu teluslah jika kamu ingin melihat Allah.
Di dalam sebesar-besar cahaya pasti ada Sang Dia disitu. Di dalam matahari saja ada sosok-nya. Apakah kamu bisa melihat wajah Sang Matahari itu?
Kerana Nabi Musa tidak dapat melihat wajah Allah didalam cahaya terang itu, tidak bermaksud Allah tidak bisa di lihat.
Apakah Allah tidak mahu manusia melihat wajah-Nya?
Walau sebesar mana cahaya atas cahaya mengelilingi cahaya, pasti ada Sosok-Nya di situ.
Aku memahami Bahasa mimpi. Jika dikhabarkan itu sebuah ‘nikmat’, yang datang itu adalah ‘ujian’.
Keagungan Tuhan, begitu halus Bahasa-Nya!
Aku hanya memiliki satu ayat dan ayat itu adalah Bismillah ar-Rahman ar-Raheem.
Dengan ‘Kun’ Basmallah semua bisa terjadi dengan sendiri dengan kehendak Allah.
Naluri ku mengetahui dekatnya hari kematian bapa lalu menghantar bapa ke rahmatullah.
Nafas ku berzikir sendiri (‘tiada lain yang menyembuhkan selain Allah’) ketika tubuh yang sedang sakit.
Bukankah ini terjadi sendiri dengan kehendak-Nya?
Tidakkah kamu melihat? Lihatlah hasil ketaqwaan mu, kerana itu adalah diri mu sendiri.
Kenapa nafas dan kalbu mu tidak bisa terus menerus berzikir? Payah menetapkan kalbu untuk mengingati Allah?
Kalbu mu tidak bisa bergetar sendiri?
Itu tandanya Kalbu mu belum mendapat bimbingan dari Ruh Suci. Ia masih terpisah dengan hijab mu sendiri.
Se’alim’ apa pun manusia belum dikatakan ‘hidup’ apabila dalam kesedaran kalbunya belum dikuasai oleh Ruhul Qudus.
Katakanlah, “Barangsiapa menjadi musuh Jibril, bahwa dia yang telah menurunkan (Al-Qur’an) ke dalam hatimu dengan izin Allah, membenarkan apa (kitab-kitab) yang terdahulu, dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman.”- al Baqarah.
Firman Allah hanya diturunkan kedalam hati yang bersih, ia membenarkan kitab yang ada dalam dadamu DULU, dan menjadi petunjuk mu KINI.
Petunjuk adalah ‘true guidance’ yang Allah letakkan di dalam kalbu.
Ada dua penyebab Allah akan melirik kepada mu; Yakin dengan petunjuk mu itu benar dan memiliki hati yang bersih dan suci.
“Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, “Mengapa Allah tidak berbicara dengan kita atau datangkan tanda-tanda kepada kita?” Demikian pula orang-orang sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kepada orang-orang yang yakin”. – Al Baqarah
Namun bukan semua manusia memiliki ‘rasa’ (senses) ini. Mohon lah kepada Allah agar kamu mendapat kalbu yang bisa berbicara dan menyingkap rahsia-rahsia Allah.
Jangan kamu menunggu tua untuk mencari kemakrifatan. Itu sudah terlambat, kaki mu sakit duduk lama, tulang belakang mu rapuh untuk tunduk sujud lama. Usia mu menyebabkan mata mu cepat mengantuk jika berdiam diri sepanjang malam.
Maka, mereka yang mencari Allah ketika usia muda adalah mereka yang ‘terpilih’. Allah mencintai orang-orang muda yang bersungguh mencari Nya.
Ini lah rahsia ku, kesabaran dalam mencari kebenaran itu bukan suatu hal yang mudah, kerana mengenal Allah adalah perkara yang tidak mudah.
