Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon
Bagikan Post Ini :

Kembali ke bulan Jun tahun 2012, ketika menulis dairi ini, Aku bermimpi lagi. Kisah yang agak sama, terbang dan tidak menjejaki bumi ketika berjalan. Terbang menjelajahi bumi, mengapung diri di langit, kali ini benar-benar sedikit kelainan dari sebelumnya.
Kali ini di tunjukkan bagaimana cara aku mengapung diri dan terbang di udara. Aku juga di temani seorang ‘sahabat’ yang baru di kenali, iaitu seorang gadis berusia 17 tahun. Aku juga seakan-akan mengenali dia di zaman persekolahan, kami sebaya dan satu tempat pengajian. Melihat diri dia seperti remaja sekolah, aku merasakan seperti berumur 17 tahun juga. Kelihatan cuma kami berdua sahaja ketika itu berada di langit yang luas.

Keadaan di waktu subuh sungguh dingin sekali. Aku melihat cara sahabat ini terapung dan terbang agak sedikit berlainan dengan aku. Tangannya mendepa luas dan kakinya di angkat satu dengan membengkok sedikit lututnya. Agak mudah juga cara terbangan begitu. Seperti terbangan burung helang.

Namun aku lebih selesa dengan gaya tersendiri. Mendekatkan kedua tapak tangan di dada dan menekan sekuat yang boleh dan kaki kami sama-sama di posisi yang sama, iaitu sebelah kaki kanan di angkat di atas. Kekuatan tangan yang melekat antara satu sama lain itu menjadi stereng ketika aku terbang, dan ia boleh membelokkan seluruh badan ke kiri dan ke kanan. Sekali lihat, seperti orang bertapa. Dia menemaniku menjelajahi bumi dan kami melihat bumi dari pandangan atas setinggi langit malah lebih tinggi dari gunung ganang yang ada. Kami membuat beberapa singgahan termasuk satu singgahan di sebuah puncak gunung. Aku melihat gunung yang tinggi bersalji dan gaung di bawah. Masya Allah. Begitu gayat sekali terasa diri ini, hanya Tuhan saja yang tahu.

Sahabatku ini sungguh berani sekali dan mengajak aku teruskan terbangan melewati gaung-gaung tersebut. Kami seperti dalam kedudukan yoga, berdiam diri namun dapat terapungan di awan melewati kawasan perkampungan manusia menuju ke sebuah bandar kecil.
Beginilah keadaan kami terbang sehingga boleh pergi kemana-mana saja. Bebas. Sungguh bebas. Tiada kuasa jahat yang menghampiri kami di malam itu. Cuma kami berdua.
Tidak seperti superman seperti yang di gambarkan di dalam filem. Terbangnya seperti tidur meniarap dengan tangan satu. Tapi kami cuma berdiri dan terapung di udara.
Ketika berdua, aku sempat berbual dengan sahabat ini. Rupanya sahabat sudah lama mempunyai kelebihan ini sejak dari kecil.

Kami berhenti disebuah pekan kecil. Terlihat orang menjual ‘bubble tea’ dan yong tau fu. Entah di mana, seperti kawasan di pekan cina (china town). Suasananya sungguh meriah di waktu malam, dengan lampu neon di sana sini. Kami berjalan lagi sehingga aku terkejut dari mimpi. Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi.
Seperti biasa, aku akan tersenyum seorang diri pabila tersedar dari mimpi yang pelik tetapi manis untuk di ingati perjalanannya.

Birds signify intellectual things: those which are gentle, useful, and beautiful, signifying intellectual truths;

Aku umpama, burung dari Syurga yang tercipta sebelum adanya manusia. Simbol kebenaran, kecantikan dan kepintaran. Dengan izin Allah.

Subscribe For Latest Posts