Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Kitab Lauhul Mahfudz

Bagikan Post Ini :

Di Bulan Mac 2012, kami solat berjemaah dan berzikir bersama keluarga di rumah. Ketika tidur Aku bermimpi, bertemu Sang Arifbillah, Sang Hakim yang Bijaksana, yang membaca kepada ku buku amalan ku. Mimpi yang pendek namun cukup padat dan sempurna.

Dia yang menyimpan kitab amalan kami, kitab kehidupan dan kitab peringatan. Kitab itu juga disebut Ummul-Kitab (Ibu Kitab), Kitabun Hafiz (Memelihara Kitab), Kitabun Mubin (Kitab Yang Jelas), Kitabun Maknun (Kitab Tersembunyi), Imamun Mubin (Petunjuk Yang Jelas) dan al-Kitab (Kitab). ) dalam al-Quran.

Aku bertemu Sang Arifbillah, di suatu kawasan yang cerah sehingga tidak dapat melihat sosok Nya. Namun aku mengenali Nya.

Sambil mengadap wajah ku kepada wajah-Nya di sebuah meja, Dia mengeluarkan tiga (3) kad dari fail amalan aku yang sebesar saiz kertas A4, berwarna kuning air kecoklatan. Lalu Dia membacanya di hadapan aku.

Katanya, ‘amalanmu sudah di terima di lauhul mahfudz’. Kata-nya, ‘mu akan seperti tersentak dari satu lamunan pendek ketika membancuh air, dan air itu tertumpah. Itu adalah bukti amalan mu diterima dan nikmat dunia sudah sampai ke atas mu’.

Kad pertama di baca, kedua di baca dan ketiga di baca.. Dan kad itu tentang hal-hal yang akan berlaku di dunia dan telah berlaku di dunia.
Aku anggukan kepala, faham.
Didalam hati berbisik, ‘Masya Allah betapa Dia arif, tahu akan semua perkara tentang aku’.

Lalu aku tersedar dari mimpi di subuh hari.
Inilah Keagungan Tuhan. Memberikan aku satu tiupan ilmu tentang buku amalan kitab lauhul mahfudz.

Siapakah sosok Sang Arifbillah ini yang bisa membuka fail kitab ku di Lauhul mahfudz?
Sesungguhnya Dia Sang Al-Hakim bijaksana lagi mengetahui apa tercatat didalam timeline kehidupan-ku yang lepas dan bakal terjadi. Kehebatan Allah tiada terhingga. Hanya dengan kad, mereka membaca aku.

Di bulan Ramadhan 2013, setelah setahun berlalu dari mimpi ini, aku merasakan diri ku yang telah di ‘BACA’ di hadapan Hakim kini mendapat sesuatu yang tidak terduga.
Bulan Ramadhan 2013 yang menjelma bersama UJIAN duniawi yang hebat tidak tertanggung oleh ku….tentang seseorang yang ku jamin untuk hutangnya di sebuah institusi kewangan. Peminjam ini seolah-olah melarikan diri dari hutangnya. Aku sebagai penjamin pula yang dituntut hutang.
Apakah aku harus ‘halal’ kan perbuatan si peminjam menganiayai ku?

Ketika manusia sedang nyenyak dibuai tidur, tepat jam 3 pagi, mata akan terbuka lalu dalam kerinduan aku mencari Rabb ku.
Rumah yang sunyi di penuhi dengan alunan zikir ku yang mendayu. Entah siapa lagi yang akan terdengar suara ku di waktu malam.

Aku dibuai keasyikan, kerinduan yang panjang untuk-Nya. Aku akan berzikir sehingga jam 5 pagi sebelum meneguk air sahur untuk berpuasa esok hari.

Ya Rabb, bukan hanya ketika ku ditimpa kesulitan, namun hakikatnya aku sentiasa bersama-Mu di waktu susah dan senang.
Usai habis tahajjud, aku turun ke dapur untuk membancuh air susu (milkshake) minuman sahur. Ketika bancuh, tangan ku menempis cawan sehingga air susu tertumpah.
Aduh kaget sebentar kerana sayang susu alpha lipid yang mahal sudah tertumpah dek lamunan ku.

Namun aku teringat akan mimpi suatu hari dulu, pernah mengatakan jika amalan ku sudah sampai ke lauhul mahfudz, aku akan mendapat petanda. Ketika sedang membancuh air dan air itu tertumpah oleh lamunan pendek, dan itulah PETANDA bahawa NIKMAT Tuhan telah sampai kepada ku.
Hilang rasa sayang akan susu alpha lipid yang mahal lalu air mataku terus saja mengalir kerana melihat petanda yang sekecil ini sudah cukup memberi ku pengertian tentang kasih sayang Allah kepada ku.

Aku mendapat NIKMAT Allah yang dituruni kepada ku SETAHUN kemudian di bulan Ramadhan Mubarak bersama UJIAN yang BERAT. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar.

Ada yang memberitahu ku tentang sosok ini adalah Malaikat Qolamun. Terima Kasih atas Ilmu nya. Namun aku sebenarnya kenal Sosok ini, yang namanya adalah Al – Hakim of the Ummah.

Subscribe For Latest Posts