Ini merupakan mimpi yang tidak pernah di jangka akan hadir dalam hidup ku. Memandangkan saat ini, 2011 aku belum lagi mengenal Islam sejati, namun Allah lebih mengetahui apa yang Dia semai buat ku di masa depan. Mimpi ini adalah mimpi yang dicemburui oleh ramai muslim dan para pengikut Nabi Muhammad.
Aku melihat dua orang lelaki sedang berbual di hadapan kami, yang ketika itu kami sedang duduk berdua di sebuah meja panjang, di sebuah warung. Suasana seperti di waktu Dhuha, atau pagi menghampiri tengahari. Mereka kelihatan seperti orang Arab dan agak kasar perwatakan. Aku bersama seorang lelaki muda, duduk berdua di sebuah bangku panjang.
Aku bersama sosok pemuda itu, melihat dan menunggunya makan. Dia makan agak tertunduk sopan, tidak menoleh sana sini.
Pemuda ini memilki tubuh yang sedang-sedang kurusnya, agak tinggi dari aku dan memiliki iras-iras wajah seperti pelakon Bront Palarae dari Malaysia.
Aku melihat rambutnya lurus belahnya tengah, agak panjang melebihi bawah paras telinga atau hampir mencecah bahu. Rambutnya sama panjang kesemuanya dan beralun lembut ketika di buai angin.
Rambut putih (uban) kelihatan agak beberapa helaian dan dia memilki janggut lurus, sedikit, dan pendek yang juga kelihatan uban. Wajah pemuda ini agak panjang dan tidak bulat atau tidak bujur kerana aku melihat dia dari sisi tepi. Tidak putih, warna kulit coklat kemerahan. Kami duduk rapat sebangku seperti sepasang teman.
Aku melihat wajah lembut pemuda ini. Kerana uban dan rambut putih, aku berseloroh dengan nya.
Kataku, ‘banyaknya rambut putih awak, kalau hitamkan pasti cantik….(terdiam sebentar) Tapi kalau perang (brown color) lagi handsome,…..awak masih muda tapi rambut dah beruban?’. Aku seakan mengomen penampilan rambut sang teruna disisi ku.
Maklumlah jarang bertemu pemuda yang beruban pada usia muda. Umur nya sekitar 26 – 32 tahun dari pandangan mata ku. Walaupun uban tidak banyak tetapi tetap kelihatan. Begitulah kata-kata ku seakan teman rapat.
Beliau menoleh ke kanan, kepada ku dan berkata, ‘perang?’ ….tersenyum sinis lalu diam, no comment agaknya. Hanya sepatah kata dia berbicara dengan ku.
Aku terasa seperti sudah lama mengenalinya. Akrab. Terasa seperti teman lelaki pun iya juga.
Sambil menunggu dia makan, dua lelaki arab di hadapan kami pun berkata – ‘ya rasulullah, kita harus beredar’.
Aku segera bangun dan membayar makan dan minumannya rasulullah… semuanya RM6.00 ringgit.
Lalu aku terjaga dari mimpi di subuh hari. Masya Allah. Aku tersenyum sendirian. Masyaallah luarbiasa. Siapa sangka andai aku bisa bertemu Muhammad dengan dua mata ku?
Sungguh sederhana wataknya, juga watak ku.
Hanya perbualan biasa!
Jika Aku tahu terlebih dulu andai sang pemuda itu adalah Rasulullah pasti perbualan ku jauh berbeda!
Apakah perbualan yang ingin hati ku berbicara dengan seorang rasul? Pasti keinginan ku hanya ingin mengetahui rahsia –rahsia Allah.
Nah ternyata semua tidak berlaku disini.
Apapun maksudnya, Allah mengingini ku menatap wajah Nabi Muhammad untuk ku tulis tinta ini.
Baginda tidak seperti kebanyakan Arab yang yang memiliki iras garang dan keras. Wajah Rasulullah agak ‘Asian’ , lembut seperti orang Pakistan.
Rasulullah mendatangi manusia dengan menampakkan rambutnya yang sedikit beruban, nipis panjang di paras bahu serta berjanggut.
Muhammad tidak datang ke dalam mimpiku dengan jubah, serban, tasbih, kuda atau pedang. Biasa saja. Hanya baju dan seluar biasa..
Mungkin kerana Aku juga seorang yang biasa-biasa saja. Siapa sangka dia adalah Rasulullah. Sungguh biasa saja orangnya.
Kenapa Muhammad TIDAK menunjukkan wajahnya yang bercahaya sehingga aku tidak bisa melihatnya?
Kenapa Muhammad TIDAK hadir diwaktu malam cahaya samar agar aku tidak melihat wajahnya?
Kenapa aku di sisinya, merenung wajah beliau sehingga bisa menggambarkan jelas?
Sesungguhnya ini adalah keajaiban dan keagungan Allah yang memberi ku gambaran jelas agar aku bisa khabarkan kepada manusia tentang wajah Rasul mereka.
Aku yakin ramai Muslim bertemu Nabi Muhammad namun rupa paras tidak sama seperti deskripsi ku.
Nah, Rasulullah bukan seorang. Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim juga ‘Rasulullah’ di alam al ghaib. Mereka memiliki pakaian (wajah) berlainan namun memakai gelaran yang sama.
Sosok siapa yang kamu temui itu?
Baca buku ini sehingga ke penghujung muka surat kerana, kamu akan mengerti apa yang ku sampaikan nanti.
Begitu juga Nabi s.a.w tidak dapat dilihat dalam rupa baginda yang asli, kecuali mereka yang menjadi waris kepada hikmah kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda.
