Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Ratu Ilmu Putih (Wisdom)

Bagikan Post Ini :

Mimpi ini pengalaman terindah buat ku. Setiap malam aku bermimpi hal yang sama. Mengajar ku untuk terbang tinggi di langit. Semenjak Aku menghafal Al Quran, aku beroleh kelebihan untuk terapung dan kaki ku tidak menjejaki bumi saat berjalan.
Guru mursyid ku tidak membenarkan kami mengamalkan bacaan Al Quran, kerana membaca Al Quran tanpa mengetahui ucapan isi kandungan bisa membawa kemusnahan. Aku faham dan aku taat. Aku tidak pernah membaca Al Quran sejak di beritakan sebegitu oleh Guru.
Tapi ku menghafaz Al Quran, lalu disimpan di dalam jiwa beserta ertinya setiap ayat itu. Saat lidah mengucap ayat-ayat Quran, jiwa ku mengerti apa yang ku ucapi. Aku tidak membaca ayat-ayat Al Quran dari Buku!

Dengan mengambil isim Al Quran, aku belajar terbang di langit. Isim Al Quran bisa membawa ku meneroka alam langit dunia. Tiap kali aku menghafaz ayat, malamnya aku akan terbang di langit. Risau juga andai aku bisa musnah dengan hafalan Al Quran. Namun keajaiban yang terjadi.

Bermula dari tolakan kaki yang rendah, aku sudah tidak menjejak kaki ke bumi apabila berjalan. Aku seperti terapungan diatas angin, badan menjadi seringan dan sealunan irama angin. Seolah-olah seperti berenang. Apabila badan serasi dengan alunan angin, tolakan kaki menjadi ringan dan tinggi. Seni ini semakin meningkat dari sehari ke sehari sehingga lompatan dan terbangan aku menjadi tinggi. Aku mencoba seni ini beberapa kali di dalam mimpi-mimpi yang berlainan. Ketika aku ingin pergi lebih jauh dari kemampuan badan, terasa berat untuk menerjah angin, lompatan terganggu dan penatnya terasa sehingga terjaga. Mungkin juga kerna amalan ku belum cukup atau aku masih memiliki spirit-spirit (kejahatan) yang menarik ku ke bumi.
Pada mimpi kali ini, aku bertarung ilmu dengan seorang wanita (wajahnya tidak kelihatan) tetapi dia memakai pakaian serba hitam dan sebentuk cincin yang juga hitam. Pertarungan itu menggunakan satu kuasa yang aku sendiri tidak fahami bagaimana ia boleh berlaku di alam ghaib. Suasana pertarungan seperti satu pertandingan. Akhirnya aku berjaya mengalahkan wanita itu kerana kepantasan aku yang tidak terkejar oleh nya. Aku terbang tinggi setinggi langit dan jauh sehingga tiada yang dapat melepasi kepantasan aku.

Lalu Aku mendengar suara mereka berkata, ‘Dia (iaitu aku) menang pertandingan ini kerana Ratu Ilmu Putih berada didalam dirinya’.
Siapakah Sang Ratu Ilmu Putih?
Itu kah nama ruhani ku di panggil di alam al ghaib?
Apakah dia seorang atau lebih dari seorang di bumi ini?
Apakah maksud pada nama itu ya Allah?

Tidak pernah aku mendengar cerita tentang Ratu Ilmu Putih. Pernah cari-cari maklumat tersebut namun tiada siapa yang tahu. Dan ini kali kedua bermimpi tentang ILMU PUTIH setelah bertahun-tahun dulu pernah aku mimpikan Nabi Adam, Bapa Segala Ilmu Putih.
Apa maksudnya ya Allah? Subhanallah.

Nah, di tahun 2021, aku mendatangi helaian mimpi ini sekali lagi untuk mengupas lebih lanjut tentang Mimpi ini.

Adam adalah ciptaan Tuhan yang cemerlang daripada Malaikat dan Jin. Satu-satunya perkara yang membezakannya ialah penggunaan otak dan akses kepada pengetahuan. Dia jauh lebih cemerlang daripada semua ciptaan Tuhan dan dia boleh naik ke pengetahuan Tuhan dalam tempoh yang singkat tanpa bersusah payah untuk berfikir. Yang Ghaib telah memanggilnya Bapa segala pengetahuan dan kebijaksanaan.

Ratu ini memiliki Ilmu Putih mungkin saja bermaksud memiliki Keilmuan yang bisa menyingkap rahsia-rahsia Allah. Ilmu dari keyakinan HATI. Ilmu Putih tidak bergantung kepada pacaindera mata ketiga untuk mengenali Ghaib.
Nah, walaupun Sang Ratu melihat ghaib tetapi bukan dengan mata zahir.
Itu beda! Mata zahir aku tidak pernah di buka untuk melihat ghaib (batin) tetapi hati ku melihat ghaib (ruhani) dengan jelas.

Ilmu membuka mata ketiga tidak dapat mengenal rahsia Allah yang tinggi tersimpan di Illiyin. Ilmu yang tinggi, ilmu para nabi dan rasul hanya bisa menembusi dengan keyakinan hati, ketulusan, kesucian, kesabaran, ketekunan, ketaatan tanpa hati yang prasangka dan was was terhadap Allah dan Ghaib. Inilah Ilmu Putih.

Ilmu yang tidak berunsurkan mistis, tiada unsur syariat dan tatakarma, ilmu ringan dan tidak memberatkan – inilah Ilmu putih.

Berasal dari kebijaksanaan Nabi Adam dan Nabi Isa yang keduanya di hidupkan oleh ‘Kun’ Allah, ruh mereka di beri hikmah Ilmu Allah dengan tidak mempelajari tetapi Ilmu itu di beri dan di kurniai.

Nah, kenapa Ilmu Putih bisa mengembalikan kamu ke Alam Al Ghaib, Alam Al Mulk dan Alam Syurga dan bukan Ilmu Keramat? Bukankah Ilmu keramat hanya memberatkan jasad mu dengan ayat-ayat? Keuntungan nya sudah kamu tuai; kekuatan, kesenangan, kecantikan, kesaktian dan penghormatan. Kamu tidak bisa melewati langit tinggi dengan Ilmu kebatinan, tapi hanya dengan Ilmu Putih.

Dari Allah kamu datang seperti kain putih dan kepadanya kamu kembali seperti kain putih.

Subscribe For Latest Posts