Hari Perhitungan

KEAGUNGAN TUHAN

Mimpiku Rahsia Laduni

Perjalan Mimpih Ibunda White Pigeon

Debu Biru dan Gunung Qaf

Bagikan Post Ini :

Aku bermimpi lagi di tahun 2009, tika menjelang tengah malam sebelum subuh. Berada di sebuah padang yang luas dan cahaya nya sungguh terang. Rupanya ia adalah sebuah padang pasir. Kelihatan ramai orang-orang arab tinggal di sini, dan rumah-rumah mereka seperti RUMAH GUA dari padang pasir.

Pemandangan padang pasir itu indah seperti dunia lain. Aku berjalan menghampiri perkampungan gua pasir tersebut. Rumah gua agak berbukit, kelihatan sesak. Aku melalui rumah-rumah kecil di kiri dan kanan gua umpama melalui lorong-lorong yang berpasir halus. Padat dan sempit. Beberapa wanita Arab sedang menyapu debu-debu biru yang memasuki rumah mereka. Pasir seperti debu halus tidak terasa seperti debu yang kotor.

Apakah mungkin debu biru kerna anginnya biru atau langitnya biru sehingga ia bisa memancar warna debu yang biru? Aneh.
Aku berhenti di sebuah rumah. Mereka sedang menghidangkan makanan dan mengajakku menjamah makanan bersama-sama. Alhamdulillah. Dengan tidak segan silu aku makan bersama. Aku melihat seakan seperti nasi arab atau nasi tomato ber-lauk ayam masak merah. Sungguh sedap, bau dan rasa seperti masakan Ibu ku.
Masya Allah, rupanya masakan Ibu mungkin berasal dari sini, kata-ku dalam hati.

Wanita-wanita arab sungguh montel semuanya. Kulit wajah mereka begitu mulus dan putih. Saiz badan mereka agak montok dan gemuk, tidak seramping orang melayu. Rata-rata mereka memakai jubah atau pakaian berwarna hitam. Ketika sedang menikmati makanan nasi arab, aku tersedar dari mimpi yang asyik itu. Sehingga kini aku tidak pasti itu di negeri mana, di bumi atau di syurga. Namun pengalaman melihat dan menyentuh debu berwarna biru sungguh mengasyikkan sekali.

Di Tahun 2021, aku kembali ke helaian mimpi ini untuk menghabiskan maksud mimpiku setelah mendapat petunjuk yang jelas.
Pabila ku membaca cerita tentang hamparan padang putih yang luas, aku teringatkan akan tempat ini. Padang pasir seakan warna putih, sehingga ia memantul warna biru langit.
Andai ini benar, sungguh aku telah sampai ke alam yang didiami oleh bangsa Jinn di daerah Gunung Qaf.

Kuh-i-Qaf ialah gunung lagenda di Timur Tengah, di katakan kawasan penempatan kaum Jin yang di perbuat dari zamrud hijau oleh Allah. Ia mengelilingi dunia sebagai gagasan tulang belakang bumi. Tiada yang boleh merentasi Gunung Qaf ini. Jaraknya dari bumi ialah 500 tahun perjalanan. Tiada manusia dapat melewati kerana perjalanan mengambil masa 4 bulan dalam kegelapan tanpa matahari, bulan dan bintang. Langit disini adalah biru terang sehingga ia menyebabkan langit bumi menjadi biru dari refleksi kebiruan Qaf.

Aku teringat ketika menemani seorang teman Lisa, menemui guru auliya di perkampungan. Dia merupakan teman baik ku, berasal dari Ireland, negara nenek moyang nya dan migrasi ke Afrika Selatan setelah salsilah keturunannya di buru dan di bunuh oleh orang-orang Kristian. Mereka adalah kaum Celtic (Wicca) yang menyembah Tuhan-Dua-Tanduk (the Two Horned God) dan berkitabkan ‘the Book of Shadows’.

The Two Horned God

Kemudian Lisa akhirnya berpindah ke Australia. Menurut Lisa, dia selalu mendapat mimpi seakan-akan terapung di puncak gunung yang corongnya sempit. Dia melihat BAYANG-BAYANG yang tidak jelas wajahnya tetapi tahu itu adalah dirinya.

Guru mursyid ku melihat sekilas pandang lalu berkata, “Itu adalah bayang mu tanpa identiti, dimana kamu di lahirkan ke bumi dari Gunung itu. Kamu dan kaum mu BUKAN dari jalur putih Nabi Adam. ‘Ketua’ mu boleh mengeluarkan turunan dalam bentuk ‘karbon’ seperti bayang hitam”.
Yang Guru maksudkan disini adalah Azazel, Sang Raja Bertanduk Dua, seorang yang memiliki keilmuan tinggi dikalangan para malaikat. Ya dia BOLEH melahirkan bangsanya sendiri di muka bumi, bukan jiwa yang di ‘posess’ (kuasai) tetapi darah mereka itu memiliki jalur hitam dari Adam yang sudah sebati.

Guru ku melihat jauh kedalam jiwa di hadapannya. Aku dengar dan masih ingati Ilmu ini. Yang tidak ku tahu ketika itu adalah tentang gunung itu kerana guru TIDAK menyebut di mana. Sebenarnya itu adalah sebahagian dari lapisan Pergunungan Qaf. Masyaallah.
Aku terpegun mendengar kearifan guru yang bukan sembarangan Ilmu makrifah dimilikinya mengetahui sesuatu yang ghaib dengan begitu telus penglihatan kalbu dan ruh.

Dunia biru yang ku lihat itu mungkin adalah tempat penempatan kaum Jin? Mereka penghuni lapisan kedua. Namun di Lapisan Qaf, dimensi berbeda juga tempatnya sesak dengan para setan di lapisam ke enam dan para malaikat penghuni lapisan ketujuh.

Aku mempelajari Ilmu laduni yang berharga tentang benih-benih keturunan The Two Horned God, berada terapung-apung di alam pergunungan Qaf, yang disembunyikan. Mimpi Qaf, telah memperkasakan kefahamanku jika DUNIA ini mempunyai benih Adam dan juga benih selain Adam.

Mimpi bertemu orang-orang arab yang di Dunia Biru, adalah jin yang baik terhadap ku, pengembara asing. Bertemu dengan kaum asing, orang asing dan tempat asing adalah sebuah perjalanan ruhani yang mampu pergi jauh tanpa kita ketahui dan menyingkap sejarah alam yang merentasi jarak masa yang panjang.

Subscribe For Latest Posts